Wednesday, October 16, 2013

[ Allahuakbar! ]


[ CIC's Sporty Fruity Day ]







Sabtu 12.10.2013
Aktiviti sukan pertama buat Alya Insyirah
Bertempat di stadium taman tasik titiwangsa
Ada buak-buak ceria membutir
Menguntum senyuman dari bibirnya
Waima Alya Insyirah asyik mengadu pada kami yang matanya mengantuk
Resam si bocah. Tenaga yang datang entah dari mana.

Sunday, October 13, 2013

[ Dialah Suri ]


Dialah suri, dialah sandaranku, tempat bersandar kala rentan jiwaku. Tempat berkongsi segala ceritera suka dan duka. Dia terbaik di lensa, retina jua di hati. Selamat buatmu, selamat buat kita, selamat buat 2 bocah si putri kita.

Monday, October 07, 2013

[ Bila hati pada yang Satu ]



Bila hati bulat pada yang satu. Subhanallah, akan hadir ketenangan dalam jiwa. Hati akan sentiasa tenang. Syukur dengan rezeki yang sedikit, yang banyak boleh dibedak-bedakkan. Ketenangan itu cabang rohani. Waima untuk mencapainya juga sering sukar. Jauh dibawa hawa nafsu ke lubang zulmat. 
Cinta pada Allah. Waktu senang maupun susah.  Lurus atas sabda dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sunday, October 06, 2013

[ Hidup adalah perjalanan ]


Setiap hari pasti ada sesuatu yang baru berlaku dalam kehidupan. Itulah perjalanan yang terpaksa kita tempuhi samada suka mahupun tidak. Redholah dengan setiap ketentuan. Waima kadang ia sukar. Penuh ranjau dan tribulasi. Itulah jalan solafussoleh. Jalan para Nabi, yang nyata amat jauh mahu dibuat perbandingan.

[ Siapa kita perlukan? ]


Segalanya milik Azzawajalla. Kita ini penumpang dan dunia sebagai transit menuju ke daerah abadi. Setiap helaian nafas yang kita hirup ini adalah percuma. Kenapa kadang sukar untuk menitip syukur. Iya. Kadangkala berat. Berat di hati. Apatah lagi di bibir.
Ya Allah. 
Ampunlah kami yang selalu terlupa ini.
Acapkali bertembung antara haq dan batil, kami terperosok ke lembah kebatilan.
Lemahnya kami di gigit hawa nafsu yang membuas ini.
Ya Allah.
Ampunlah kami yang selalu terlupa ini.
Perkenankanlah. Perkenankanlah.
 

Tuesday, October 01, 2013

[ Jangan dilupa ]


Kala hati ini gusar. Sukarnya memujuk jiwa. Untuk lebih redho. Senang yang kadang melupakan cerita derita. Syukur waktu senang. Pasrah digigit ujian. Sebelah mana kaki kita melangkah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...