Sunday, April 27, 2014

Stesen Transit Aliran Ringan







Curse Of Ham


Saya dan suri ke karangkraf siang tadi. Bukan memborong novel tapi ke kuliah siasah syariyyah oleh Dr Maszlee Malik. Kali pertama mengikuti kuliah siasah beliau anjuran Rumah Ngaji yang dinaungi Karangkraf.
Noktah.
'Curse of ham'. Di catit dalam 'Old Testament'. Nuh @ Noah versi bible ini amat jelik diceritakan. Usai sahaja banjir besar seakan Nuh@Noah ini hilang timbang tara akal yang waras. Jadi pemabuk yang hina. Lalu datang Ham anaknya sebagai pemberi nasihat. Dipendekkan cerita lalu disumpah anaknya itu hinggakan kulitnya bertukar hitam. Lalu jadilah keturunan ham selepasnya yang kita panggil negro hari ini. Kisah biblikal ini cukup memberi kesan kepada manusia kulit hitam. Maka tidak hairanlah mereka berada dalam kelas yang hina; dijadi hamba terun-temurun. Dilayan diluar batas manusiawi. Benar, bible ini jika didalami sungguh-sungguh pasti mengerti rasisme yang menjalar dalam jurus kristianiti. Beza sungguh kisah Nuh@Noah di bible dengan dinukilkan dalam al-Quran. Kisah Nuh@Noah dalam al-Quran adalah kisah perjuangan tanpa anjung, kesabaran yang tiada bandingnya serta cinta yang tulus pada Rab, keluarga dan kaumnya. Nuh@Noah adalah Rasul ulul azmi. 
Islam sehingga ke hari ini menolak rasisme. Waima perhambaan masih berlaku di zaman Rasulullah. Namun menjadi hamba di zaman gemilang itu buka satu kehinaan. Bahkan ada dikalangan sahabat adalah hamba namun menjadi tempat rujukan kepada sahabat-sahabat Rasulullah saw yang lain. Mulianya mereka para sahabat adalah kerana Islam. Wallahualam.....
Noktah


Melihat mereka dalam jalur yang indah


Melihat mereka gembira
Terkumpul kekuatan
Perca-perca kehidupan
penuh pancawarna
Betapa indahnya latar hidup ini

Friday, April 18, 2014

Polos





Wajah polos ini jadi pendamai jiwa
Redup mata mereka
Suci jiwa mereka
Manakan sama dengan kita si pendosa

Merekalah ubat penenang
Dari igau dunia porak peranda


Thursday, April 03, 2014

[LASIK : Pengalaman pertama dan terakhir - siri akhir]



Saya, bonda, suri dan paman, bersama Prof Muhaya. Prosedur kurang 20 minit. Amat tenang rasanya layanan prof. Langsung tiada gementar. Sebab saya tahu dia Prof Muhaya.Tidak putus mulutnya menuturkan kata-kata inspirasi dan zikir. Ditambah dengan dendangan terapi zikir hafiz hamidun. Syukur. Tiada lagi melihat dunia dibalik kacamata. Syukur Allah atas nikmat dunia yang satu ini. 

Ps: balik nanti pasti putri sulung saya tertanya-tanya dimana kacamata saya.

Wednesday, April 02, 2014

[LASIK : Pengalaman pertama dan terakhir - siri 1]


Bismillahirahmanirrahim. Lafaz suci saya mulakan pangkal hari ini. Usai subuh hati saya sudah berombak-ombak. Bergelombang bak lautan hindi. Namun keputusan sudah saya buat. Tawakkal pada rabbuljalalah saya bentangkan seluas-luasnya. Selepas menghantar si cilik saya, si kakak, langsung saya mengluncur ke ibukota kuala lumpur. Bergerak meredah trafik yang kian macet. Kenderaan bersimpang siur memenuhi lebuhraya MEX. Ke kantor mungkin sebahagian besarnya.
Sampai ke destinasi hampir 8.30 pagi. Mencari parkir yang tidak seruwet di pasaraya. Kemudian ke tingkat 1 mendaftar temujanji yang telah dibuat. Usai daftar di bawa ke klinik lasik di sayap kiri tingkat 3. Pra rawatan lasik dibuat oleh para jururawat mengjangkau hampir 4 jam, termasuk masa menunggu. Dari satu bilik ke satu bilik, dari satu mesin ke mesin yang lain. Namun Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sewaktu pra rawatan berjalan, Beberapa jenis ubat mata dititskan di retina. Sedikit tidak selesa dan pedih. Penglihatan jarak dekat saya kabur, kesan dari ubat titis tersebut.
Usai solat zohor barulah di bawa berjumpa Prof Muhaya. Kenal dengan Prof Muhaya bukan, penceramah inspirasi yang dikenali ramai itu. Prof orang yang tenang. Tutur katanya sentiasa positif. Sungguh saya yakin dengan kepakaran yang dianugrahi Allah pada Prof Muhaya. 
Selesai sudah hari ini. Dan esok adalah harinya. Rawatan lasik dijangka pada tengahari. Insyaallah. Moga Allah membantu. Rabbi yassir wala tu'assir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...