Kemana aku pergi beberapa bulan ini. Hilang dari sini. Kemudian muncul semula. Mungkin juga aku akan hilang buat beberapa lama lagi selepas dari tulisan ini. Mungkin juga idea sudah usang sepantas usia aku. Mungkin dan mungkin.
Beberapa bulan ini macam-macam cerita berlaku. Cerita berantakan aparat pemimpin negara, politik mechiaveli yang kian membusuk. Ekonomi pula dalam gelombang, dan kurang daya. Makin menjadi-jadi barah yang melanda negara. Mungkin sudah 'stage 4'.
Noktah.
Sungai Besar dan Kuala Kangsar kekal dalam cengkaman BN selepas PRU kecil. UEFA Euro dah masuk 16 pasukan kalah mati. Britain dah buat keputusan untuk keluar EU, Cameron lantas letak jawatan lantaran 'Brexit' ini. Perdana baru keluar di pasaran. Mukhriz dan Muhyiddin dipecat dari UMNO. Dan Ramadhan sudah masuk 10 yang terakhir.
Noktah.
Jumpa lagi.
Kanta Hati
Aku ialah kata. Aku ialah sihir daripada kata. Aku ialah cinta daripada kata.
Saturday, June 25, 2016
Thursday, February 04, 2016
Peduli
Adakah aku peduli
Tiap onar yang membuak
Membuka aib diri
Atau orang lain
Label-melebel
Lalu apa sudahnya
Tiap onar yang membuak
Membuka aib diri
Atau orang lain
Label-melebel
Lalu apa sudahnya
Friday, January 01, 2016
Anjung 2015
Benar. Blog ini sudah terbengkalai sekian lama. Antara sebuk dan malas. Bertembung antara duanya. Noktah.
Alahai sudah masuk tahun baru rupanya. Waima segalanya biasa-biasa bagi saya. Cuma perkara besar yang bakal tahun hadapan ialah dua orang puteri saya akan bersekolah. Yang sulung (alya) sudah ke tahun satu, yang kedua (raudhah) baru menginjak ke pra sekolah. Perbelanjaan persekolahan nampaknya sudah berganda. Untuk yuran kemasukan sekolah (Sek. kebangsaan, agama dan pra-sekolah) kira-kira hampir 2 ribu untuk dua orang. Persiapan sekolah merangkumi baju, kain, kasut, alat tulis juga hampir 2 ribu. Ya alhamdulillah, kami ada sikit kemampuan untuk menampung semuanya, walaupun perit juga menanggungnya. Terdetik dihati. Bagaimana ibubapa yang purata gaji kurang 3 ribu sebulan, punya anak ramai, tinggal di bandar besar menampung kos-kos ini. Mungkinkah sarana menteri cendekia kita yang anjurkan untuk buat lebih dari satu kerja boleh selesaikan masalah? Berapa lama bertahannya duit BR1M? Noktah.
Tahun 2016, tahun yang mencabar untuk negara amnya dan para ibubapa khususnya.
Good luck!!
Sunday, August 23, 2015
Bila 'keyboard' berbunyi semula
Lama benar berhibernasi. Tiada tulisan baru, cerita baru. Padahal dalam beberapa bulan ini pelbagai peristiwa besar berlaku dalam negara. Kadangkala mengundang gusar dalam diri. Jika mahu diperinci mungkin tidak. Apatah lagi di sini.
Isu 1MDB belum kenampakan makin surut. Bahkan gelombangnya seakan menjadi tsunami. Memang sukar jika mahu ditebak ceritanya satu-persatu. Itulah jenayah kolar putih. Lapis-lapis yang sukar dimengerti oleh rakyat biasa.
Ringgit. Sudah hampir tiada nilai tukaran. Setiap hari pasti ada rekod baru tercipta. Kejatuhan demi kejatuhan yang membimbangkan. Pelajar kita di luar negara mulai menerima dampak yang kurang enak. Kedengaran antara mereka ada yang melupakan sementara menuntut ilmu di negara asing; kembali semula ketanahair sambil menhitung hari-hari mendatang yang kelam. Jadi mana benarnya kata aparat kejatuhan ini positif kesannya pada negara?.
Sunday, April 19, 2015
Momen Indah
Hidup ini sekali. Jangan cacatkannya dengan amarah.
Wisatalah sejauh manapun. Jangan dilupa dimana bumi dipijak.
Rendahlah dirimu pada Tuhan. Nescaya kamu dipandang tinggi di langit.
Sunday, April 05, 2015
Kaktus-kaktus cinta
Saya pilih kaktus-kaktus ini. Cinta ini sebagai eskapisme diri. Merenung masa depan dan mendepaninya. Koreksi masa lampau untuk panduan kemudian hari. Ya benar. Kita tidak akan dapat semuanya yang kita mahu. Kadangkala yang sedikitpun tidak hadir, apatah lagi yang banyak. Memikirkan tambah memeritkan lagi. Mahu capai segalanya dalam hidupn namun kita letakkan tanda aras yang tinggi untuk menggapainya.
Noktah.
Jadi saya pilih pokok-pokok ini. Disamping cinta-cinta saya yang lain. Melayan murba jiwa kadang buat diri jadi sungul. Teruskan langkah. Hidup memang ruwet. Jangan tambahkan lagi.
Noktah.
Tuesday, March 10, 2015
Mereka ku namakan Cinta
Perempuan-perempuan ini
Jadi obor pembakar diri
Agar lebih kuat
Mendepani hari depan
Dengan segala lautan duga
Sela masa yang panjang
Bawa diri terbang tinggi
ke langit biru lazuardi
Mereka ini ku namakan cinta
Mekar di hati
Senyum di bibir
Tiada sesal dan lelah
Bersama cinta-cinta ini
Memungkinkan segala kemungkinan
Menzahirkan segala keindahan
Mengumpul sejuta impian
Sunday, March 01, 2015
Sawan
Ujian Allah, juga kaffarah. Syukur tuhan masih belum minggir dari batang tubuh ini.
Ujian Allah, juga kaffarah.Ujian Allah, juga kaffarah Istighfar. Istighfar.
Ujian Allah, juga kaffarah.Ujian Allah, juga kaffarah Istighfar. Istighfar.
Ujian Allah, juga kaffarah. Hadir buat sebagai ingatan buat si pendosa ini.
Ujian Allah, juga kaffarah. Buat kita sedar betapa berharganya insan-insan kesayangan ini.
Hari ini Rania hampir-hampir di serang sawan. Syukur sang kakak tidak leka dengan mainannya. Menjerit memanggil kami berdua. Dari laman dan dapur kami berkejar ke arah Rania. Tubuhnya hampir saja tidak bergerak. Namun masih ada hembusan dari nonsilnya. Gegas kami semua ke rumah sakit. Demamnya sudah cecah 39 selsius ujar doktor. MasyaAllah. Lalu dimasukkan ubat ke anusnya, yang biasa diberikan doktor bagi demam yang sebegini panas. Namun Alhamdulillah tiada simpton-simpton lain.
Ujian Allah, juga kaffarah. Buat kita sedar betapa berharganya insan-insan kesayangan ini.
Hari ini Rania hampir-hampir di serang sawan. Syukur sang kakak tidak leka dengan mainannya. Menjerit memanggil kami berdua. Dari laman dan dapur kami berkejar ke arah Rania. Tubuhnya hampir saja tidak bergerak. Namun masih ada hembusan dari nonsilnya. Gegas kami semua ke rumah sakit. Demamnya sudah cecah 39 selsius ujar doktor. MasyaAllah. Lalu dimasukkan ubat ke anusnya, yang biasa diberikan doktor bagi demam yang sebegini panas. Namun Alhamdulillah tiada simpton-simpton lain.
Sedikit info untuk tatapan bersama berkenaan sawan tarik:-
APAKAH itu sawan tarik? Apakah puncanya? Adakah ia berpunca daripada keturunan atau daripada penyakit lain?Bagaimana cara mengubati atau mengatasinya daripada terus berlaku?
SAWAN tarik atau sawan demam (febrile fit) kerap berlaku pada kanak-kanak berusia antara enam bulan dengan enam tahun.Ia boleh berlaku jika kanak-kanak mengalami demam panas melebihi 38.5 darjah Celsius yang memuncak secara mendadak. Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang. Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan. Demam itu sendiri selalunya berpunca daripada jangkitan kuman virus seperti demam flu, demam yang beruam dan kadangkala ekoran jangkitan air kencing. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.
Apakah langkah-langkah yang anda boleh lakukan di rumah apabila berlaku sawan tarik?
- Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu.
- Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata dan miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
- Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
- Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
- Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
- Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit.Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan seperti kerap meminum air putih dan memberinya ubat demam seperti paracetamol atau supplement-supplement yang dipercayai...Sebab-sebab utama berlakunya kematian pada bayi dan kanak-kanak di negara ini ialah kerana serangan penyakit-penyakit sawan akibat demam panas. Penyakit sawan atau 'fits' ataupun tarik-tarik ini terjadi apabila kanak-kanak diserang demam panas yang terlalu tinggi. Penyakit ini hanya boleh dicegah sekiranya anda bertindak segera.
Sawan terjadi akibat dari beberapa sebab;
1. Akibat demam panas.
2. Kerana kerosakan otak semasa bayi masih dalam kandungan ataupun ketikadilahirkan.
3. Tetanus (berlaku akibat memotong tali pusat bayi dengan alat-alat kotor atau karat).
4. Atau sebab-sebab lain.
1. Akibat demam panas.
Sebab-sebab berlakunya demam panas kepada bayi ini biasanya disebabkan oleh:
1. jangkitan kuman virus
2. jangkitan kuman bakteria
3. sebab-sebab yang tidak dikesan
Contoh-contoh demam akibat jangkitan kuman virus ini ialah selsema dan campak. Contoh-contoh bagi demam akibat jangkitan bakteria ialah jangkitan kerongkong, jangkitan saluran kencing, paru-paru bronchitis (sejuk paru-paru) dan lain-lain.Sekiranya demam ini tidak dikawal sawan akan menyerang. Bagaimana demam panas yang tidak terkawal mengakibatkan sawan dan akhirnya membawa kecacatan atau kemungkinan besar maut? Bila demam tidak dikawal atau tidak dirawat segera, anak itu akan diserang sawan atau 'tarik-tarik'.Ketika sawan menyerang, kesesakan nafas akan berlaku. Sesak nafas ini mengakibatkan kurangnya penyaluran oksigen ke otak. Apabila ini terjadi otak akan rosak. Inilah yang mengakibatkan cacat otak seumur hidup kepada bayi.Sekiranya segala usaha untuk menyelamatkan bayi ini gagal maka bayi akan menjadi biru dan akhirnya maut.Tanda-tanda demam yang terlalu tinggi ialah apabila mata kanak-kanak itu mula liar dan bergerak-gerak tidak tentu haluan ataupun jari-jari tangan atau kaki juga bergerak-gerak. Ini adalah juga tanda-tanda awalan bahawa kemungkinan besar anak itu akan diserang sawan.
Langkah-langkah penting yang perlu diambil apabila anak-anak demam panas untuk mengelakkan sawan berlaku:
1. Tanggalkan semua pakaian anak itu.
2. Ambil tuala, basahkan dengan air sejuk dan demah badan kanak-kanak itu - khasnya di bawah ketiak, peha, lengan, kepala dan seluruh badan supaya suhu panasnya turun.Sekiranya anak itu menunjukkan tanda-tanda akan kena sawan seperti yang telah disebutkan tadi, apa yang ibu-ibu harus lakukan ialah mandikan anak itu dengan segera supaya demamnya turun.Suhu badan yang bahaya ialah 102 atau 39 darjah Celsius ke atas. Apabila saja suhu badan anak yang demam naik ke paras 100 darjah F. atau 38 darjah Celsius segeralah mendemahnya tubuhnya dengan air sejuk.
3. Pastikan anak itu selain dari demam juga kena sakit sampingan. Pastikan sama ada dia batuk,susah kencing, kudis badan, tali pusat bernanah dll. Ibu-ibu perlu memeriksa keadaan anak-anak itu sendiri.
4. Cepatlah bawa anak itu berjumpa doktor.
5. Sekiranya sawan menyerang anak itu, ambil sudu dan sengkangkan ke mulutnya untuk mengelakkan anak itu dari menggigit lidahnya.
Cara-cara mencegah sawan dan demam.
Penyakit sawan dan juga demam memang susah hendak dicegah kecuali para ibu menjaga kesihatan anak-anak dengan rapi serta memberi anak-anak makanan yang berzat lagi sempurna. Hanya dengan penjagaan kesihatan secara rapi dan juga pemakanan yang berzat sahaja anak-anak boleh beroleh daya tahan yang tinggi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit.
Kedua, ibu-ibu dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil ke tempat-tempat keramaian atau di mana ada ramai orang kerana di tempat-tempat tersebut bayi atau kanak-kanak terbuka kepada berbagai jenis jangkitan dan penyakit.
Langkah yang ketiga yang paling penting ialah, anak-anak haruslah diberi suntikan pelalian untuk mencegah penyakit-penyakit yang boleh dikawal seperti campak, tetanus dan lain-lain.
Cara keempat, pastikan apabila anak itu demam panas, suhu badannya dikawal dengan cara mendemah tubuh dengan air sejuk. Bahaya utama bukanlah demam itu tetapi sawan yang bakal menyerang apabila suhu meningkat ke paras yang tinggi.
Kelima, bersalinlah dengan bidan-bidan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kecuaian ketika menyambut bayi atau ketika mengendalikan potong tali pusat.
2. Sawan akibat dari kecacatan otak
Kerosakan otak terjadi oleh beberapa sebab seperti jangkitan otak yang digelar 'Encephalatis' ataupun 'meningitis' ataupun kecederaan otak yang berlaku ketika bayi dilahirkan - misalnya ketika melahirkan anak songsang, 'forceps' atau akibat - jangkitan tertentu.
3. Sawan akibat lain-lain sebab.
Yakni sebab-sebab berlakunya sawan tidak diketahui seperti keadaan 'idiopathic' atau sawan babi atau 'epilepsi'.
4. Sawan akibat tetanusIni boleh berteku akibat jangkitan kuman tetanus - yakni kuman yang menyerang luka.
Sawan ini juga boleh berlaku kepada bayi apabila tali pusatnya dipotong dengan menggunakan alat-alat seperti gunting dan sebagainya yang tidak bersih.Sawan akibat tetanus ini sangat merbahaya dan boleh membawa kepada cacat otak seumur hidup. Jangkitan tetanus ini boleh dicegah sejak bayi itu masih berada dalam kandungan. Untuk melindungi bayi dari diserang sawan tetanus ini ibu-ibu dinasihatkan supaya mengambil suntikan tetanus sebaik sahaja bayi dalam kandungan mula bergerak.
Tindakan doktor untuk mengatasi demam dan sawan.
Para doktor akan periksa seluruh anggota anak itu termasuk tekak dan sebagainya. Ujian makmal ke atas darah dan air kencing juga dibuat untuk memastikan sekira ada penyakit sampingan.Sekiranya terdapat penyakit sampingan doktor akan memberi antibiotik untuk diambil oleh kanak-kanak itu. Sekiranya tiada didapati sebarang jangkitan maka doktor akan bertanya akan riwayat ibu ketika melahirkan anak itu. Untuk memastikan sama ada anak itu ada mengalami sebarang kecederaan ketika dilahirkan ataupun memang dilahirkan begitu.Sekiranya didapati anak itu dijangkiti sawan tetanus maka anak itu akan diberi rawatan khas. Dan kalau sawan yang menyerang itu sawan babi, doktor akan memastikan latar belakang keluarga anak itu.
Peringatan:
1. Demam panas yang mengakibatkan sawan adalah penyakit yang serius dan merupakan pembunuh kanak-kanak yang utama.
2. Jangan pakaikan anak anda pakaian yang terlalu tebal. Pakai pakaian yang ringan yang mudah serap peluh seperti yang dibuat dari kain kapas. Jangan bedung anak anda atau menyelimutkan anak anda ketika anak itu demam.
3. Anda perlu bertindak cepat. Demahlah tubuh dan seluruh tubuh dan kepala anak anda dengan air sejuk apabila demam panas menyerang. Segera bawa berjumpa doktor.Ingatlah tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anak anda.
Monday, January 26, 2015
Ku Ingin Terbang
Ku ingin terbang. Waima tanpa sayap. Melewati langit biru nilakandi. Kepul-kepul persis gula kapas. Manisnya ke liang gusi. Apalah lagi yang tinggal pada usia. Jika pandangan ini mulai kabur. Tiada langit biru. Tiada awan kumulus. Yang tinggal hanya masa lalu. Nostalgia. Menjerut urat mareh hingga lupai segala. Noktah
Langit dan awan terbentang luas setiap pepenjuru dunia. Wakalah minda untuk menaakul. Melihat baik atau buruk. Makhluk di bawah ini. Bergeser mengejar habuan; halal dan haram. Memilih sejarah mana yang mahu ditulis. Ya. Sejarah ditulis oleh mereka yang menang; (waima si bangsat yang menang!)Yang kalah menukil sejarah sendiri . Noktah
Sunday, January 11, 2015
PK?
Ya. 5 tahun selepas '3 idiots'. Serasa PK merupakan magnum opus Amir setakat ini. Jika '3 idiots' mengkritik dunia pendidikan yang sempit, PK melangkaui jauh dari itu; ras, kaum, bangsa dan tentu sahaja agama. .
Wednesday, December 10, 2014
Memasuki Disember
Berada di anjung tahun ini. Melihat setiap telatah dan tingkah putri-putri saya ini membesar di depan retina saya. Kadang mengundang tawa, kadang juga datang amarah. Begitulah anak-anak kecil ini. Ragam mereka sukar juga ditelah. Menangis, ketawa, usik-mengusik, berselang-seli, tapi saya yakin mereka masih mahu bersama dan tidak mahu dipisahkan. Namun sebagai manusia, rasa geram juga timbul melihat kerenah mereka. Bila direnung kembali wajah mereka, jiwa ini terasa tenteram dalam hingar. Terasa terisi jiwa yang kosong. Terasa hidup ini perlu terus demi kehidupan mendatang mereka.
Noktah.
Wednesday, November 26, 2014
Sunday, November 23, 2014
MAHA 2014
Ya. Sektor pertanian punya pengaruh besar di malaya ini. Dari sekecil-kecil pekebun hingga sebesar-besar konglomerat. Cerita petani yang rencam kehidupannya. Susah senang menyelongkar apa yang bumi rezkikan. Buat di makan anak beranak. Ia berbaur cerita derita. Macam Jeha dan Lahuma. Jalan yang penuh ranjau sepanjangnya. Jauh di selatan amerika, kapitalis memerah keringat anak watan untuk secangkir espresso di cafe-cafe mewah.
Sunday, November 09, 2014
Selamat hari lahir permata hati kami Nur Alya Insyirah 7/11/09 - 7/11/14
Wahai anakku tercinta.
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.
Wahai penyempurna hidupku.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal Bahwa
Yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal Bahwa
Yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.
Wahai masa depanku.
Hiduplah demi akhiratmu karena itu yang akan abadi kekal selamanya
Janganlah kamu hidup demi duniamu karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu
Hiduplah demi akhiratmu karena itu yang akan abadi kekal selamanya
Janganlah kamu hidup demi duniamu karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu
Wahai permataku,
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meridhoimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu.
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meridhoimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu.
Sunday, October 26, 2014
Hikayat srikandi cinta - volume 1
Kita ketemu. Di ruang cafe' di jantung kota. Di sebelah toko buku. Rencam manusia. Dan jalanraya masih tetap macet seperti selalu. Aku fahami setiap kali detak jiwa menggelegak sejauh rasa. Engkau masih belum mengerti kala langit hamil menggugurkan hujan. Musim penggal tengkujuh. Dingin menyelimuti tubuh. Tanpa gebar rasa.
Wednesday, October 22, 2014
Amanah
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)
Thursday, October 09, 2014
Cinta pertama
Lakukan tugas cinta yang pertama jika anda benar-benar cintakannya
....dengarkanlah, pandanglah matanya, belai tangannya, sapa rasanya dengan rasamu.
Insya-Allah dengan mendengar, kita seolah-olah terus berkata:
"Aku tetap setia, aku tetap cinta!"
....dengarkanlah, pandanglah matanya, belai tangannya, sapa rasanya dengan rasamu.
Insya-Allah dengan mendengar, kita seolah-olah terus berkata:
"Aku tetap setia, aku tetap cinta!"
Friday, September 26, 2014
Srikandi-srikandi Cinta
Hadiah terbaik seorang bapa kepada anak-anaknya adalah dengan mencintai ibu mereka (isteri kita).
Janganlah hendaknya berebut kasih sayang dengan anak-anak.
Ingatlah selalu hukum kasih sayang....
Siapa yang banyak memberi, dia akan lebih banyak menerima.
Thursday, September 25, 2014
DIAM, SENYUM dan DOA
Kadangkala tidak perlu buat apa-apa untuk mendapat pahala.....cuma DIAM.
Kadangkala tidak perlu berbelanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan.....cuma SENYUM.
Dan kadangkala tidak perlu apa-apa untuk meraih cinta.....cuma DOA.
DIAM, SENYUM dan DOA adalah kerja mudah yang payah, tanpa hati yang ingat ALLAH.
Wednesday, September 24, 2014
Bahagia
Tidak ada kejayaan untuk mereka yang tidak bermula pada hari ini.
Semalam berakhir pada malam semalam.
Orang yang sering diganggu masa silam tidak akan mampu melangkah kehadapan.
Apabila ditanya, "Bilakah kita akan bahagia?"
Jawablah, "Hari ini!"
Saturday, September 13, 2014
Thursday, September 11, 2014
Perempuan lagi?
Memiliki seorang lagi
puteri. Ketiga sebenarnya. 'Perempuan lagi?' getus si penanya. Itu respon yang
selalu saya terima. Saya cuma tersenyum tanpa sebarang jawapan. Ya. saya akui
anak lelaki itu penting buat menyampung nasab. Namun lelaki atau perempuan bagi
saya anak-anak ini masih tetap amanah yang perlu dipikul. Tiada sesal atau
kecewa. Saya yakin dengan ketentuan Ilahi. Siapa kita untuk buat kerja tuhan.
Lalu saya ketemu dengan hadis ini:
Rasulullah
s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang
memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar
dengan kerenah,
kesusahan dan
kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t
akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki
bertanya,
“Juga untuk dua anak
perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak
perempuan.”
Seorang lelaki
berkata,
“atau untuk seorang
wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w
menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad
dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini
diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah
s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi
sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu
dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala
akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat
Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a.,
dari Rasulullah s.a.w
baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung
sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan
memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka
menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat
Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
'Perempuan lagi? Ya,
perempuan. Jadi?
Sunday, August 17, 2014
Memilih nota atau apa
Antara nota-nota, formula dan teori.
Antara rancu pelawak-pelawak politik.
Antara sepak mula EPL di kaca tivi
Saya lantas memilih dia.
Tidak begitu ruwet jawapannya
Di usia ini menguliti setiap nota-nota, formula dan teori lantas saya segera bosan.
Helaian-helaian 'slide' kosong di mata.
Lalu saya memilih dia tanpa ragu.
Saturday, August 16, 2014
Tuesday, August 12, 2014
Kita panggil cinta
Tiada berdua yang lebih baik
Untuk kita panggil cinta
Suram lampu neon
Senja merah
Di langit jingga
Euforia
Kita panggil itu cinta
Ya. Tinggal saya dengan si alya. Suri dan anak-anak yang lain masih dikampung. Suri masih belum habis pantang anak ketiga kami. Alya saya bawa bersama meneruskan pembelajarannya di sekolah. Rutin yang sebelum ini dilakukan oleh suri diambil alih oleh saya. Bangun awal sebelum sebelum subuh, kemudian kejutkan alya dan bawanya ke kamar mandi, (dalam keadaan masih lagi mamai dihurung kantuk), bancuhkan untuknya secawan susu, pakaikan baju dan tudung sebaiknya. Saya hantar dia ke sekolah kemudian saya melaju ke kantor yang mengambil masa 40-45 minit Puchong-Shah Alam dengan motosikal modenas kris 110 tahun 2002. Saya merungut? Kadangkala tersisa keletihan. Ya. Tanpa bantuan suri di sisi. Astagfirullah saya detikkan dalam hati. Ini tanggungjawab dan amanah.
Ya. Suri akan habis pantangnya. Kemudian akan mula berkerja seperti biasa. Tugas-tugasnya di kantor juga kadangakala berikan tekanan. (selalu juga saya berikan telinga saya untuk mendengar luahan demi luahan tentang kerjanya seputar di kantor).
Kata orang bila anak sudah masuk tiga ini cabarannya lagi getir. Tambahan lagi bagi ibubapa yang berkerja. Ya. Saya mula merasainya. (Allahu mustad'an). kami sama-sama berkerja. Cari rezeki di ibukota rencamnya lain. Kira-kiranya tidak seperti tinggal di kampung. Ada kos-kos yang perlu dibayar (zahir ataupun tersembunyi). Jadi kedua kami berkerja untuk menampung kos-kos ini. Adakalanya saya terfikir untuk mohon bertukar ke cawangan pejabat yang hampir dengan kampung. Jual saja rumah di sini, dan duit hasil tersebut boleh buat modal untuk beli tanah untuk buat rumah yang sederhana di kampung. Ya. Itu rancangan saja. Sama ada suri setuju atau tidak saya enggak tahu.
Adapun buat masa sekarang kehidupan berjalan seperti biasa. Ke kantor mencari rezeki yang halal. Usai kerja pulang melayan anak-anak pula.
Ya. Kita dambakan hidup yang mudah. Namun hakikatnya tidak begitu. Senyumlah setiap kali. Ikhlaskanlah hati setiap hari.
Friday, August 08, 2014
Tuesday, August 05, 2014
Sunday, July 13, 2014
Salam cinta 10 Ramadhan 1435H / 08 Julai 2014
Lahirmu saat membaranya intifadhah ke3 di bumi Palestina
Sengketa warisan tanpa anjung
10 Ramadhan, dalam cinta dan harapan
Rasailah denyut keperitan mereka.
Insafilah sengsara mereka.
Akuilah kita ini lemah
Yakinlah kita ada Allah Yang Maha Berkuasa.
Salam cinta 10 Ramadhan 1435H / 08 Julai 2014.
-Nur Rania Sofia-
Monday, June 30, 2014
Berikan Senyummu
Berikan senyuman mu
Pada gerimis petang agar terbias pelangi nan indah
Berikan senyuman mu
Pada hati mengubat rawan
Berikan senyuman mu
Sebagai sedekah yang terindah dan rasa syukur Alhamdulillah
Sunday, June 08, 2014
4+1
Sunyi rasanya laman ini. Sebuknya mengurus duniawi. Dunia yang jadi titian
untuk ke alam abadi. Mengurus dunia dengan baik, InsyaAllah terjaga ukhrawi
hendaknya. 5? ya kami berlima kini. 4 yang nampak, 1 di rahim. 4+1. Perjalanan
yang Allah rancangkan ini, dengan syukur rezki yang cukup ini. Alhamdulillah
ucapku. Engkau tidak pernah lupakan hamba-Mu si pendosa ini. Aku tidak hanya
memohon hidup yang mudah, tapi juga agar diberikan hati yang tabah.
Daripada Mus'ab bin Sa'ad, daripada bapanya, dia
berkata, " Saya pernah bertanya,
"Wahai Rasulullah! Siapa manusia yang paling berat ujiannya?" Baginda menjawab,
"Para Nabi, lalu orang-orang soleh kemudian orang yang paling mulia dan yang paling mulia daripada manusia. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya, jika agamanya kuat, maka akan ditambah ujiannnya, dan jika agamanya lemah maka akan diringankan ujiannya
"Wahai Rasulullah! Siapa manusia yang paling berat ujiannya?" Baginda menjawab,
"Para Nabi, lalu orang-orang soleh kemudian orang yang paling mulia dan yang paling mulia daripada manusia. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya, jika agamanya kuat, maka akan ditambah ujiannnya, dan jika agamanya lemah maka akan diringankan ujiannya
Tidaklah ujian itu berhenti pada seorang hamba sehingga dia berjalan di
muka bumi tanpa mempunyai dosa (HR Ahmad)
Wednesday, May 28, 2014
Monday, May 12, 2014
Sunday, April 27, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)