Monday, July 09, 2012

Mencari masa untuk mengisi ruang yang sudah lama tidak diisi


Lama rasanya diri saya tidak diulit dengan bahan-bahan bacaan, samada bacaan jenis ilmiah, separa ilmiah, bacaan ringan atau berat, atau kosong tanpa punya apa-apa makna. Mungkin saya perlu membaca semula. Rujukan di alam maya tidak segalanya absah. Banyak yang perlu disaring. Meninggalkan dunia maya amat sukar untuk saya. Sering juga menerima teguran dari suri. Eskapisme mungkin. Ecstasy untuk saya keluar. Memulakan semula minat menulis. Puisi utamanya. Lavanya masih mengalir. Namun kadangkala hujan turun jadikannya keras. Idea demi idea kian membungkus. Aksara-aksara mulai mengecil. Anak-anak mula ajak saya melayan kerenah mereka. Suri mohon bantu urusan lauk-pauk, baju dan (shopping!!!). Memilih jenis bacaan bersastera tinggi tak termampu retina saya menatapnya sekarang ini. Menulis seperenggan ayat atau sebari puisi sudah jadi payah. Namun saya mahu cuba mulakannya semula. Walaupun dengan satu berkataan.
p/s : Pesta buku selangor adalah langkah mula saya. Namun berapa lama pula dapat saya khatam semuanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...