Tuesday, February 12, 2008

telahku pilih perjalanan ini. entah apa simpang-siurnya tidak kutahu. perjalanan ini antara beberapa perjalanan yang pernah kutempuhi dahulu. jalannya kadangtu penuh berliku, berkerikil, buat kaki yang melangkah terasa perit rasanya. pernah juga jalannya terasa amat mudah, senang dan lurus sahaja destinasinya. namun menanti kebahagiaan dalam perjalanan ini bukan sesuatu yang muluk untuk difikirkan. ia tidak datang begitu sahaja. perlukan pengorbanan. dan inilah pengorbanan yang aku lakukan. dalam perjalanan yang tidak aku pasti. tapi aku yakin ada sesuatu yang menunggu dihujungnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...