Thursday, August 22, 2013

[ Erti Bahagia ]


“Kebahagiaan yang diukur dari hartan yang melimpah bukanlah sesuatu yang salah. Namun berucap syukur atas apapun yang telah Tuhan beri adalah kebahagiaan sejati.”


Apa erti bahagia. Definisi bahagia itu sudah subjektif. Barangkali. Adakala wujud secara zahir. Kadangkala hadir secara batin. Keamanan yang kita hirup di bumi malaysia ini juga bahagia. Bagi sesetengah orang. Bangun pagi dengan tenang, meneruskan rutin harian. Sama ada ruwet atau tidak. Hidup tanpa rencam. Lurus saja. Ikut konotasi masing-masing. 
Ada juga sampai waktu-waktu sulit dan rencam mengundang jiwa untuk diuji. Bahawa Ilahi masih memandang kita. Apa tingkah kita. Lalu hampir dengan kita setiap saat.

'Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya' -Al-kahfi ayat 7-

Benarlah. Kita masih belum bahagia jika belum diuji. Bumi Mesir dibakar api khianat si munafik. Bumi Sham pula diracun senjata kimia. Dunia datang kepada mereka dalam keadaan yang hina. Namun pergi mengadap Tuhannya dengan penuh bahagia. Kurnia apakah yang lebih besar daripada syahid bagi orang awam yang tidak maksum ini. Syahid yang tidak dijumpai oleh Saidina Khalid al-Walid kendati badannya penuh digaru mata-mata pedang musuh. 

Bahagialah buat mereka yang di uji. Sesungguhnya Allah sedang memandang mereka. Sesungguhnya Allah senantiasa dekat di hati-hati mereka.

'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?' -Al-ankabut ayat 3-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...