Sunday, July 17, 2011
Floria Putrajaya 2011 - siri 4 | Bonsai
Saya sukakan bonsai. Ada nilai klasik dan kelihatan miniatur. Namun belum berpeluang memilikinya. Harganya juga boleh tahan juga mahal. Mungkin bila berpindah ke kediaman sendiri nanti 'bonsai' adalah salah satu deko yang akan saya beli.
Noktah
Floria Putrajaya 2011
Bunga selalu punya cerita-cerita indah. Dipuja kerana kecantikan, yang kadang memukau ruang mata. Similariti ini akan selalu ada. Selagi ada bumi yang subur, di situ juga bunga-bungaan yang akan sentiasa mewangi, atau jika tidak membaunya, cukup dengan melihat keindahannya pancawarna.
Koma.
Saya, suri dan si kecil berkunjung ke Floria Putrajaya siang semalam. Asyik ditelan keindahan yang mewangi. Cuaca amat baik. Pengunjungpun belum ramai, jadi tidaklah rimas sangat. Si kecil Alyapun nampak teruja. Bondanya apatah lagi. Banyak juga gambar yang dirakam (kamera barulah katakan). Nanti akan saya kongsikan dalam 'catatan anjung' ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)