Wednesday, April 02, 2014

[LASIK : Pengalaman pertama dan terakhir - siri 1]


Bismillahirahmanirrahim. Lafaz suci saya mulakan pangkal hari ini. Usai subuh hati saya sudah berombak-ombak. Bergelombang bak lautan hindi. Namun keputusan sudah saya buat. Tawakkal pada rabbuljalalah saya bentangkan seluas-luasnya. Selepas menghantar si cilik saya, si kakak, langsung saya mengluncur ke ibukota kuala lumpur. Bergerak meredah trafik yang kian macet. Kenderaan bersimpang siur memenuhi lebuhraya MEX. Ke kantor mungkin sebahagian besarnya.
Sampai ke destinasi hampir 8.30 pagi. Mencari parkir yang tidak seruwet di pasaraya. Kemudian ke tingkat 1 mendaftar temujanji yang telah dibuat. Usai daftar di bawa ke klinik lasik di sayap kiri tingkat 3. Pra rawatan lasik dibuat oleh para jururawat mengjangkau hampir 4 jam, termasuk masa menunggu. Dari satu bilik ke satu bilik, dari satu mesin ke mesin yang lain. Namun Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sewaktu pra rawatan berjalan, Beberapa jenis ubat mata dititskan di retina. Sedikit tidak selesa dan pedih. Penglihatan jarak dekat saya kabur, kesan dari ubat titis tersebut.
Usai solat zohor barulah di bawa berjumpa Prof Muhaya. Kenal dengan Prof Muhaya bukan, penceramah inspirasi yang dikenali ramai itu. Prof orang yang tenang. Tutur katanya sentiasa positif. Sungguh saya yakin dengan kepakaran yang dianugrahi Allah pada Prof Muhaya. 
Selesai sudah hari ini. Dan esok adalah harinya. Rawatan lasik dijangka pada tengahari. Insyaallah. Moga Allah membantu. Rabbi yassir wala tu'assir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...