Sunday, July 17, 2011

Floria Putrajaya 2011 - siri akhir


Floria Putrajaya 2011 - siri 4 | Bonsai



Saya sukakan bonsai. Ada nilai klasik dan kelihatan miniatur.  Namun belum berpeluang memilikinya. Harganya juga boleh tahan juga mahal. Mungkin bila berpindah ke kediaman sendiri nanti 'bonsai' adalah salah satu deko yang akan saya beli. 
Noktah

Floria Putrajaya 2011 - siri 3 | Orked

Floria Putrajaya 2011 - siri 2

Floria Putrajaya 2011


Bunga selalu punya cerita-cerita indah. Dipuja kerana kecantikan, yang kadang memukau ruang mata. Similariti ini akan selalu ada. Selagi ada bumi yang subur, di situ juga bunga-bungaan yang akan sentiasa mewangi, atau jika tidak membaunya, cukup dengan melihat keindahannya pancawarna. 
Koma.
Saya, suri dan si kecil berkunjung ke Floria Putrajaya siang semalam. Asyik ditelan keindahan yang mewangi. Cuaca amat baik. Pengunjungpun belum ramai, jadi tidaklah rimas sangat. Si kecil Alyapun nampak teruja. Bondanya apatah lagi. Banyak juga gambar yang dirakam (kamera barulah katakan). Nanti akan saya kongsikan dalam 'catatan anjung' ini.
Noktah.

Thursday, July 14, 2011

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita
demokrasi luka;
lama duka kita
demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Julai. Selain bulan ulang tahun kelahiran saya tiada apa-apa yang istimewa. Namun julai tahun ini satu catatan penting tercipta dalam lembaran sejarah nusa. Nada gelora jiwa rakyat yang dahagakan sebuah demokrasi yang luhur. Segalanya di coretkan Pak Samad dalam puisi di atas. Hayati baitnya. Selami gelodak nyalarasa insan atas nama demokrasi ini. Unggun sakti. Kuning membara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...