Malam ini saya menyelongkar gambar-gambar lama, terutamanya zaman-zaman bujang dahulu. Di atas ini adalah keadaan stesyen kerja saya di rumah sewa. Susun atur ikut sedap mata memandang. Dinding penuh dengan bermacam-macam poster (yang paling besar poster abang Thiery Henry). Namun meja inilah jadi eskapisme saya dahulu. Jadi stesyen tempat saya menghasilkan entah berapa banyak puisi. Ada yang pernah saya hantar dan tersiar di majalah, mahupun yang peribadi untuk dikongsi. Seingat saya, hampir 3-4 tahun saya tinggal di sini. Bermula dari zaman belajar, menganggur, hingga berkerja. Zaman edan. Zaman mencari cinta. Bercerita satu persatu memang boleh bikin novel trevelog. Bumbung bocor sampai banjir satu rumah, Layan EPL dengan tv 14 inci, etc. Apapun pengalaman ini buat saya jadi dewasa. Dewasa dari segi umur, dewasa dari segi pengalaman.
p/s: Rumah No 403, Tkt 3, Blok 3, Anggerik Indah Apartment Seksyen 16 Shah Alam akhirnya sudah jadi kenangan. Selepas saya bertukar status di 'fesbuk' menjadi suami, rakan-rakan saya yang tinggal menyewa sudah berpindah. Itupun setelah di tunjukkan jalan keluar oleh tuan rumah lantaran duit sewa lama yang sudah lama terakru. Namun rata-rata teman serumah saya dahulu sudah berjaya. Ada yang dapat peluang kerja di luar negara, bisnes yang makin maju, dan punya kerja yang selesa. Noktah.