Masih terpakaikah hukum permintaan lawan penawaran waktu stok gula dipasaran sedang meruncing. Gula adalah barang kawalan. Harganya masih tetap sama, dan selagi subsidi masih ditanggung kerajaan, rakyat seluruh pasti menikmatinya. Bagi marhaen, susah mahu mengcongak gerak-tari dan keluk-keluk pasaran. Mungkin rakyat kena berubah selari dengan kempen kerajaan, 'satu sudu sudah cukup'. Atau lebih baik tak payah bergula langsung. Kalau mahu teh dan kopi ada manis-manis gula, boleh cuba mencari alternatif lain dengan menggantikannya dengan gula icing, gula batu, gula merah atau gula kabung.
Koma.
Sore ini hampir setiap kedai berhampiran saya lewati. Bertanyakan gula barang sekampit dua. Namun apa yang saya dapat hanya peluh yang menitik. Bagus juga bagi yang kurang bersenam macam saya ini. Akhirnya saya gantikan sekampit gula dengan setin susu pekat manis kesukaan ramai, susu f & n.
p/s: gambar di atas sekadar hiasan.