Monday, November 29, 2010

Gigil malam

Merengkuh malam dengan dengkur. Sesetengahnya masih berjaga. Dengan kudrat yang bersisa. Malam ini hujan menuruni setiap inci mayapada. Membawa gebar waktu kesejukan menggigit belulang. Mahu mencari lena. Mahu mencari mimpi-mimpi muluk. Untuk dibawa bekal mengisi siang esoknya.

Saturday, November 27, 2010

Siri Bunga - @ MAHA 2010





@ MAHA 2010 - bhgn 2




@ MAHA 2010 - bhgn 1




Kali pertama di MAHA. Entah MAHA yang keberapa tidak dipastikan. Namun suasananya penuh sesak dengan kedatangan pelbagai lapisan manusia yang datang dari antah berantah. MAHA tempat usahawan IKS mempromosikan produknya. Tempat pelabur mencari peluang baru dalam indusri pertanian, antara industri terawal tamadun manusia.
Bicara tentang pertanian bukan semuanya muluk-muluk. Tidak sekadar untuk kelansungan kehidupan. Ada juga dunia penuh rencam disebaliknya. Kapitalis yang memerah dunia sebelah selatan amerika misalnya. Kopi untuk starbuck jadi contoh si kapitalis memerah hasil dari petani-petani kecil. Jenama yang kita cicip di kafe-kafe yang terletak di gedung-gedung mewah. 
Mungkin sudah tiba masanya kita menanam sendiri. Dan memakannya sendiri anak-beranak. Tanpa perlu mencari wang untuk sesuap nasi. Menuai padi, membuat batas-batas sayur-mayur, menternak ayam, kambing dan lembu, menjala ikan dan menahan bubu di sungai. Bila suatu hari nanti takkala segala mesin terhenti berfungsi, kita akan kembali kepada yang asas.

Tuesday, November 16, 2010

Raya bertiga

2 hari berturut-turut sore dilimpahi hujan. Amat luarbiasa lebatnya. Dalam 2 hari ini juga saya pulang dari kantor dengan basah kuyup. Lumrah penunggang motorsikal sejak sekian lama. Alhamdulillah, kriss modenas 110 tahun 2002 saya memang cukup pengalaman meredah jalanan dalam apa jua keadaan cuaca dan kesesakan trafik. 
Noktah.
Esok cuti hari raya eidil adha. Kami bertiga mengambil keputusan untuk cuma beraya di ibukota. Cuma bertiga. Tanpa lemang, ketupat, rendang, daging korban, lagu raya, etc. 
Noktah

Wednesday, November 03, 2010

Kebahagiaan yang tidak dapat dibeli



Bahagia punya konotasi yang berbeza sesama manusia. Kadangkala ukurannya adalah dalam bentuk material berharga. Namun bukan semua kebahagiaan punya tanda harga. Kasih-sayang tidak boleh dibeli dengan harta. Ia datang bersama perasaan yang tulus dan ikhlas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...