Monday, January 31, 2011

Alamanda 23.01.2011






Sebenarnya tiada apa yang mahu dicari di sini. Sementelah lagi waktu ini gaji bulanan belum lagi dikreditkan ke dalam akaun. Namun masih ramai juga pengunjung. Nafsu manusia pada jenama tidak pernah luput.

Sunday, January 30, 2011

Karnival Buku Karangkraf | 29.01.2011

 

Hujung minggu ini saya membawa suri dan si comel ke karnival karangkraf di Shah Alam. Jika namanya sudah karangkraf pasti sinonim dengan buku dan majalah. Pengunjung yang ramai, namun kawasan parkir agak selesa dan tiada masalah. Malah berhampiran dengan tapak karnival. Bukan seperti mencari parkir di mid valley atau di up town/down town. Hujan yang turun renyai-renyai langsung tak mematahkan  semangat kak kiah, mek som, dan cikgu khamisah memborong buku. Lagaknya seperti membeli ikan di pasar borong selangor.  Ada raga plastik disediakan. Siapa kata rakyat malaysia tidak minat membaca. Suri saya lepaskan pergi mencari buku-buku novel 'popcorn' pilihannya. Manakala saya menjaga si kecil yang sedang lena tidur. Dalam pada itu sempat juga saya 'snap' beberapa gambar kandid di situ. Melihat ragam manusia dari lensa kemera saya.

 

Siri Mobil | Chrysler Limo





Tuesday, January 25, 2011

Love is in the air | Cinta di awangan


Love is in the air
Everywhere I look around
Love is in the air
Every sight and every sound

Antara bait lirik lagu nyanyian Paul Young. Cinta selalu buat kita gila. Seperti Lela dan Majnun, Romeo dan Juliet. Cinta kadang buat kita asing dalam dunia ciptaan sendiri. Indah dan penuh pesona. Dan itulah cinta di awangan. 

And I don't know if I'm just dreaming
Don't know if I feel sane
But it's something that I must believe in
And it's there when you call out my name

Sunday, January 16, 2011

Siri Retro | Teringat blok 3, Anggerik Indah Apartment



Malam ini saya menyelongkar gambar-gambar lama, terutamanya zaman-zaman bujang dahulu. Di atas ini adalah keadaan stesyen kerja saya di rumah sewa. Susun atur ikut sedap mata memandang. Dinding penuh dengan bermacam-macam poster (yang paling besar poster abang Thiery Henry). Namun meja inilah jadi eskapisme saya dahulu. Jadi stesyen tempat saya menghasilkan entah berapa banyak puisi. Ada yang pernah saya hantar dan tersiar di majalah, mahupun yang peribadi untuk dikongsi. Seingat saya, hampir 3-4 tahun saya tinggal di sini. Bermula dari zaman belajar,  menganggur, hingga berkerja. Zaman edan. Zaman mencari cinta. Bercerita satu persatu memang boleh bikin novel trevelog. Bumbung bocor sampai banjir satu rumah, Layan EPL dengan tv 14 inci, etc. Apapun pengalaman ini buat saya jadi dewasa. Dewasa dari segi umur, dewasa dari segi pengalaman.
p/s: Rumah No 403, Tkt 3, Blok 3, Anggerik Indah Apartment Seksyen 16 Shah Alam akhirnya sudah jadi kenangan. Selepas saya bertukar status di 'fesbuk' menjadi suami, rakan-rakan saya yang tinggal menyewa sudah berpindah. Itupun setelah di tunjukkan jalan keluar oleh tuan rumah lantaran duit sewa lama yang sudah lama terakru. Namun rata-rata teman serumah saya dahulu sudah berjaya. Ada yang dapat peluang kerja di luar negara, bisnes yang makin maju, dan punya kerja yang selesa. Noktah.


Monday, January 10, 2011

Wajah Nur Alya

Retro | Taiping


Seperti Ipoh, Taiping juga punya bangunan-bangunan lama yang masih kukuh dari ditelan zaman. Antaranya adalah foto di atas. Banyak lagi bangunan-bangunan lama seputar Taiping. Namun hanya ini sahaja yang saya dapat rakamkan. Mungkin lain kali takkala pulang ke kampung suri akan saya rakamkan dari lensa kemera saya.

Bila rumah tanpa penghuni


Seperti rumah ini. Ada pemilikinya suatu masa dahulu. Namun masa berjalan. Yang lama berganti baru. Yang muda kian renta. Akhirnya seperti rumah ini, ikut sama meredah zaman. Apa yang tinggal selain memori. Ingatan pada yang tiada. Kita juga akan serupa seperti rumah ini. Waima betapa gah senibina dalam dan luarnya. Masa jua yang akan menelannya.


Monday, January 03, 2011

Seniman jalanan | DownTown Cheras

Menyanyi adalah sumber rezekinya. Menghibur setiap pengunjung yang datang. Mungkin ada yang memandang sebaliknya. Di sini, masih ada ruang bagi seniman ini memetik gitarnya. Mengalun suaranya. Waima dari retina saya, umurnya mungkin sudah atau hampir-hampir 5 dasawarsa. Ya, saya masih terpesona dengan suaranya. Tanpa rekod label (a.k.a. kapitalis/hedonis tegar) besar, tanpa glamor bintang-bintang. Cuma pentas kecil. Dikelilingi dengan orang-orang kecil. Termasuk diri saya. | Malam 02.01.2011 |


Sunday, January 02, 2011

Low Light | Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Ayah dan Anak

 Ruku'
 Sujud
Antara sujud

Nasihat Luqmun al-Hakim kepada anaknya ; 'Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.'


Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru 2011


Ada yang menyambut tahun baru masihi ini berlebih-lebihan. Ada juga yang skeptikal. Ia bukan satu perayaan yang bersifat keagamaan. Cukuplah sekadar sebagai perubahan kalendar. Namun sebahagian besar dari kehidupan harian kita, tidak boleh lari dari menggunakan kalendar masihi dalam setiap lapangan, melainkan hari yang signifikan dalam perayaan agama. Barulah kalendar hijriah diguna pakai. Apapun ,punya azam, atau impian, atau matlamat, di tahun baru tidak ada salahnya. Kita merancang yang lebih baik untuk kehidupan kita.

Sepetang di Taman Tasik Cyberjaya


Mengambil kesempatan cuti khas kejayaan 'timnas' bolasepak Malaysia memenangi piala AFF buat kali pertama, kami bersantai di taman tasik cyberjaya. Merakam foto-foto dari lensa kemera. saya Melihat keletah si kecil alya yang amat seronok berlarian kesana-kemari. Bebas bagai burung lagaknya. Mengusik , mengutip, ada sahaja yang mahu diterokanya. Biarlah alya berlari. Sejauh manapun dia mahu pergi. Asalkan dia masih ingat pada asal-usulnya, pada ayah dan bonda, dan yang aula pada Penciptanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...