Saturday, February 25, 2012

Rimbun dan mekar


Pokok ini asalnya hampir-hampir saja kering waktu musim panas dahulu. Pernah saya paparkan dalam entri sebelum ini. (sila rujuk di sini). Melihat keadaannya yang uzur, hampir setiap hari saya sirami ia dengan air. Di tambah dengan hujan yang mulai turun. Syukur, daunnya kian merimbun kemudiannya. Dan kini ia mula berbunga. Waima tidak saya ketahui apa nama pokok ini, saya harap usianya akan panjang dan rimbunan daun-daunnya akan menjadi tempat teduh kala panas dan hujan. 

Tuesday, February 21, 2012

Bila kedengaran seruan itu


Bila azan berkumandang dari corongnya maka tinggalkanlah segala urusan dunia. Marilah bersama-sama menunaikan yang fardu ini. Rukun yang wajib kita jaga setiap 5 kali sehari. Terkesankankah hati kita waktu azan memanggil. Seruan yang menyambut kita sewaktu kelahiran. Buat yang muslim, inilah beda antara anutan lain. Menyembah yang satu. Bukan triniti, bukan tuhan pagan. Muslim menyembah Tuhan yang satu. Laillahaillallah. Tiada tuhan melainkan Allah. 

Sunday, February 19, 2012

Momen


Momen-momen terindah dalam hidup kadangkala berlaku di luar kotak sedar. Dan setiap kali momen itu datang saya cepat-cepat saya mahu merakamnya. Meninggalkan kenangan terindah, untuk suatu hari nanti. Waktu sudah renta. Dan membelek momen-momen ini pasti mengukir kembali senyuman di bibir.

Saturday, February 18, 2012

Holding hands


Tangan kecil ini erat memegang jemari saya. Penuh pengharapan. Menerbitkan rasa indah di hati. Suatu hari nanti  genggaman ini akan dilepaskan. Mencari haluan sendiri. Yang kadangkala raujaunya tidak terpikul olehmu. 

Sunday, February 12, 2012

Awan biru

Saya cuba untuk merakam langit dengan latar warna biru. Biru nilam atau biru macam makhluk avatar. Sebenarnya pokok ini hampir saja mati. Waktu musim panas baru-baru ini. Alhamdulillah Tuhan masih mahukan ia subur. Akhirnya daunnya merimbun  kehijauan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...