Saturday, March 30, 2013

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya



Gambar ini dirakam di simpang empat presint 2 kala lampu trafik masih merah. Kebetulan saya dan famili ke sini dengan tujuan mahu ke taman permainan di putrajaya. Namun hujan turun sore tadi lantas merencatkan rancangan kami. Mahu mencari parkir tapi nampaknya sesak dengan pengunjung, dan saya tidak betah untuk membawa anak-anak dalam keadaan begini. Jadi sayup-sayup dari motokar sajalah. 
Terima kasih kerajaan barisan nasional atas pesta ini. Sungguh besar jasa kalian membawa belon-belon ini untuk tatapan rakyat secara percuma. Pakatan Rakyat belum tentu dapat membawa belon-belon ini ke putrajaya. Long Live Be END....

Friday, March 29, 2013

Isi dan Raga




Mereka isi dan raga ku
Menjana kekuatan ku kala gundah
Teman ceria ku kala murung
Mereka memberi ku tujuan atas kelana ini

Sunday, March 24, 2013

Bonda


segalanya jelas
dari segenap rasa
membuhul kasih
betapa tak terhempang jasamu
dari setiap renta diwajahmu
bonda
dari kecil tapak tangan ku
hingga dewasanya aku
manakan sama kasih ku
dengan kasih mu
tanpa beza
bonda
ku titip segala doa
buat dirimu

Sunday, March 10, 2013

Raudah



Allah masih sudi menguji kita


“Anakku, kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana ujian ini masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Kalau gagal, kita masih berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia… kerana ada ‘syurga’ di sini, yang wajib kita miliki sebelum layak menikmati syurga di sana.”

“Syurga di hati kita…”

“Yang ditempa oleh setiap hamba Allah yang sejati… dengan keringat, dengan air mata dan sesetengahnya dengan darah. “

“Hidup di dunia untuk menderita?”

“Tidak anakku… hidup di dunia untuk diuji. Kita akan tenang, berjaya dan bahagia selagi Allah ada di hati kita. Ingat, ‘all is well’, kerana semuanya dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila diuji, jangan katakan.” ya Allah, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besar.”

‘Allah is bigger than your problems… insyaAllah, all is well!’ . Tetap adalah lautan kasihNya di sebalik ujianNya yang setitis.


- dari blog genta rasa -

Tuesday, March 05, 2013

hitam + putih = simbol



Boleh sahaja kita memilih simbol demi simbol yang merata keliling kita. Kanan kiri depan belakang. Kita bebas memilih. Dan merdeka untuk wisata kemana suka. Bila muncul sosok yang mahu menjarah keamanan ini kita lantas marah dan baran. Menuntut hak yang sudah jadi sejarah. Kedaulatan dan sempadan ini perlu dijaga. Ada maruah di situ. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...