Hari ini 31/12/13. Malam ini ada yang orang cuba berguling-guling di Dataran Merdeka. Orang nak berguling-guling inipun ramai yang takut. Bertenanglah. Tak payahlah serabut kan kepala dengan perkara-perkara yang tak pasti lagi. Tenang-tenang sajalah malam ini. Namun saya taklah sampai nak pergi berguling-guling ini. Saya berguling di rumah saja. Guling dengan anak-anak. Layan kerenah mereka di malam tahun baru.
Tuesday, December 31, 2013
Saturday, December 28, 2013
[ Untitled ]
2013 bakal ke penghujung. Ya, tahun masihi. Walaupun Muharam itu lebih layak diberi sambutan penting, namun bohonglah jika tahun masihi tiada signifikannya dalam setiap ruang kehidupan melenia ini. Saban tahun, tahun masihi datang, dan kita sambutnya, langsung atau tidak langsung. Noktah.
2014 mulai jelik kelihatannya. Kelabu warnanya. Entah. Jika pergi lebih jauh, tak banyak pun sedikit, pasti berbaur politik didalamnya. Di tanah malaysia ini tidaklah menjadi satu kepelikan jika sepanjang hari orang-orang di dalamnya akan bicara soal politik, dan politik, dan politik. Isu bantuan banjir; politik; isu utilti air; politik; nuri terhempas; politik; kalah bola; politik. Tapi malangnya kita masih belum celik-celik politik. Masih sempit dengan taksub parti; hidup dan mati atas parti aku. Parti aku masuk syurga; kau punya ke jahanam. Ini aku anggap jenis politik tangki septik. Busuk lagi membusukkan. Noktah.
2014. Orang kata tahun Barang Naik. Ramai yang merungut itu dan ini. Di 'facebook' dah macam-macam cerita. Ramai yang perit mendengarnya. Ah! kalau tak suka barang naik sila bungkus pakaian keluar Malaysia. Itu jawapan singkat, dari otak yang singkat. Sedang perut mereka yang buncit itu bertambah buncit. Bukan mereka sahaja, bahkan anak, isteri, saudara, sepupu sepapat turut membusung membawa perut yang kekenyangan. Melahap dan melapah isi serangka marhaen yang berkais-kais siang malam. Noktah.
2014. Sudah sediakah kita. Dengan nilai RM kita yang makin mengecil. Cuba kita cari ruang-ruang itu berfikiran positif. Ingat! fikir positif. Mereka jerut leher kita separuh tercekik, tapi kena positif. Mungkin kita malas, sebab itu tak kaya-kaya. Orang kaya itu rajin, (dan bijak) sebab itu boleh kaya. Nak jadi kaya kena rajin. Kalau sehari kita kerja 8 jam, kena tambah beberapa jam lagi. Sejam dua untuk tidur cukup. Selebihnya cari duit tambahan. Noktah.
Wednesday, December 25, 2013
[ Raudhah di hati Ku - 2 tahun berlalu ]
Di hari natal ini 2 tahun yang lalu lahir dirimu. Jadi peneman kedua kami.
Ingatlah pesan ayah
'Cinta perlu diperbaharui.
Baharuilah cinta itu dengan kata-kata yang baik.
Jangan bisu dan jangan tuli.
Sentiasalah jadikan lidah
menuturkan kata yang baik
dan telinga sentiasa terbuka untuk mendengar.
Kita akan diuji.
Melalui apa yang kita sayangi.
dan oleh apa yang selalu kita katakan.
Ingatlah, hati yang tidak mencintai Allah
akan sangat mencintai dunia dan takut mati.
Cinta Allah itu tujuan,
Cinta Rasulullah itu jalan.'
Selamat Hari Lahir jantung hati kami. Barakallahufiki....
Sunday, December 22, 2013
[ untitled ]
Lurus belum tentu lulus.
Berapa ramai orang yang tidak lurus ketika berjalan di jalan yang lurus...
-Ust Pahrol Mohamad Juoi-
Thursday, December 12, 2013
Tuesday, December 10, 2013
[Sobahan Khair]
Selamat pagi hari yang baru. Pagi yang cerah. Butir-butir cahaya yang menembusi celah-celah hari yang indah. Hari ini bersendiri. Suri ke kantor. Anak-anak di rumah pengasuh. Saya pulang lewat malam semalam. Ada majlis makan malam di hotel Concorde Shah Alam. Sengal-sengal rasanya tangan ini memetik 'shutter' kamera. Namun saya masih gagahkan jua. Tugas saya berada di belakang kemera, tanpa satupun gambar untuk diri. Gambar kenangan saya dalam wajah orang lain, bukan wajah sendiri. Namun begitu saya puas dengan apa yang saya lakukan.
Pagi ini ada beberapa urusan mau dilakukan.
Wednesday, December 04, 2013
Sunday, December 01, 2013
[ Senyumlah ]
Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa.
Tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain.
Nescaya hidup kita akan ceria!
Subscribe to:
Posts (Atom)