Saturday, June 25, 2016

halo

Kemana aku pergi beberapa bulan ini. Hilang dari sini. Kemudian muncul semula. Mungkin juga aku akan hilang buat beberapa lama lagi selepas dari tulisan ini. Mungkin juga idea sudah usang sepantas usia aku. Mungkin dan mungkin.
Beberapa bulan ini macam-macam cerita berlaku. Cerita berantakan aparat pemimpin negara, politik mechiaveli yang kian membusuk. Ekonomi pula dalam gelombang, dan kurang daya.  Makin menjadi-jadi barah yang melanda negara. Mungkin sudah 'stage 4'.
Noktah.
Sungai Besar dan Kuala Kangsar kekal dalam cengkaman BN selepas PRU kecil. UEFA Euro dah masuk 16 pasukan kalah mati. Britain dah buat keputusan untuk keluar EU, Cameron lantas letak jawatan lantaran 'Brexit' ini. Perdana baru keluar di pasaran. Mukhriz dan Muhyiddin dipecat dari UMNO. Dan Ramadhan sudah masuk 10 yang terakhir.
Noktah.
Jumpa lagi.

Thursday, February 04, 2016

Peduli

Adakah aku peduli
Tiap onar yang membuak
Membuka aib diri
Atau orang lain
Label-melebel

Lalu apa sudahnya

Friday, January 01, 2016

Anjung 2015


Benar. Blog ini sudah terbengkalai sekian lama. Antara sebuk dan malas. Bertembung antara duanya. Noktah.
Alahai sudah masuk tahun baru rupanya. Waima segalanya biasa-biasa bagi saya. Cuma perkara besar yang bakal tahun hadapan ialah dua orang puteri saya akan bersekolah. Yang sulung (alya) sudah ke tahun satu, yang kedua (raudhah) baru menginjak ke pra sekolah. Perbelanjaan persekolahan nampaknya sudah berganda. Untuk yuran kemasukan sekolah (Sek. kebangsaan, agama dan pra-sekolah) kira-kira hampir 2 ribu untuk dua orang. Persiapan sekolah merangkumi baju, kain, kasut, alat tulis juga hampir 2 ribu. Ya alhamdulillah, kami ada sikit kemampuan untuk menampung semuanya, walaupun perit juga menanggungnya. Terdetik dihati. Bagaimana ibubapa yang purata gaji kurang 3 ribu sebulan, punya anak ramai, tinggal di bandar besar menampung kos-kos ini. Mungkinkah sarana menteri cendekia kita yang anjurkan untuk buat lebih dari satu kerja boleh selesaikan masalah? Berapa lama bertahannya duit BR1M? Noktah.
Tahun 2016, tahun yang mencabar untuk negara amnya dan para ibubapa khususnya.
Good luck!! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...