Sunday, December 12, 2010

Mencari Ketenangan







Di luar kita amat rencam dengan kehidupan dunia. Mencari kesempurnaan yang fana. Kadangkala lupa tanda syukur, rasa mahabbah pada Khaliq. Di rumah Allah ini, sisinya lain. Waima dalam iktikaf, rasa ketenangan meresap ke urat nadi. Mencari kekuatan diri atas kekhilafan yang sebati dengan diri.
Di sini aku mencari ketenangan. Bukan di tempat hibur dan libur. Sungguh.

p/s : hasil kerja lensa 35mm 1.8f memang tidak mengecewakan waima harganya boleh tahan juga mahalnya.

Tuesday, December 07, 2010

Tunjuk muka buruk macam mana

Anak ayah.....

Noir

Wajah-wajah noir dua insan kesayangan saya.

Model baru untuk nikon

Potret - diri

Jarang berjumpa peluang melihat potret diri yang dirakam dari lensa tuan punya kamera itu sendiri. Sudah banyak yang dirakam. Namun ini pertama kali ia datang. Sedar yang diri saya tidak lagi muda. Rambutpun kian berkurang. Kanak-kanak pula sudah mula berani memanggil saya pakcik. Kehidupan ini adalah untuk mencipta pengalaman. Tua itu satu transisi pengalaman. Mustahil kita dilahirkan seperti Benjamin Button yang usianya bergerak sonsang. Tiada apa perlu dikhuatir. Botox ataupun collegen adalah untuk orang-orang pengecut. Takut menghadapi kenyataan. Kehidupan ini indah. Hadapinya dengan senyuman.

Monday, December 06, 2010

Anggur dan wain

Mencari yang halal itu fardu. Masam manis anggur hijau. Ya, yang ini halal. Sebelum framentasi menjadi wain. Tapi ada tak wain dibuat dari anggur hijau.

Sunday, December 05, 2010

Miniatur

Sungguh dunia ini kecil. Dari lensa mata yang memandang. Tidak perlu meninggi diri. Pandanglah dengan mata hati, bukan dengan sisi ujub. Sungguh, kita ini miniatur disisi Khaliq.

Saturday, December 04, 2010

tangisan dan senyuman

antara tangisan....

.....dan senyuman....

di mana diri kita
wajah kita
di balik tangis
dan senyum


Thursday, December 02, 2010

runsing + kalut = stress

Segalanya bagus jika kita bertenang. Waima dalam situasi yang amat ruwet samasekali. Mencorakkan sesuatu dengan buah butir fikir yang  waras. Tidak dengan kekalutan dan kekacauan jiwa. Mana mungkin segala rencam masalah dapat kita kuburkan selaju cahaya. Tanpa tanda rasional dan ketenangan. Namun, hadapi kehidupan ini dengan senyuman. Masih melata keindahan yang tidak kita sedari.  Sekeliling kita. Carilah kebaikkan. Dalam hati yang tersorok, atau pada alam yang terbentang luas. 

Monday, November 29, 2010

Gigil malam

Merengkuh malam dengan dengkur. Sesetengahnya masih berjaga. Dengan kudrat yang bersisa. Malam ini hujan menuruni setiap inci mayapada. Membawa gebar waktu kesejukan menggigit belulang. Mahu mencari lena. Mahu mencari mimpi-mimpi muluk. Untuk dibawa bekal mengisi siang esoknya.

Saturday, November 27, 2010

Siri Bunga - @ MAHA 2010





@ MAHA 2010 - bhgn 2




@ MAHA 2010 - bhgn 1




Kali pertama di MAHA. Entah MAHA yang keberapa tidak dipastikan. Namun suasananya penuh sesak dengan kedatangan pelbagai lapisan manusia yang datang dari antah berantah. MAHA tempat usahawan IKS mempromosikan produknya. Tempat pelabur mencari peluang baru dalam indusri pertanian, antara industri terawal tamadun manusia.
Bicara tentang pertanian bukan semuanya muluk-muluk. Tidak sekadar untuk kelansungan kehidupan. Ada juga dunia penuh rencam disebaliknya. Kapitalis yang memerah dunia sebelah selatan amerika misalnya. Kopi untuk starbuck jadi contoh si kapitalis memerah hasil dari petani-petani kecil. Jenama yang kita cicip di kafe-kafe yang terletak di gedung-gedung mewah. 
Mungkin sudah tiba masanya kita menanam sendiri. Dan memakannya sendiri anak-beranak. Tanpa perlu mencari wang untuk sesuap nasi. Menuai padi, membuat batas-batas sayur-mayur, menternak ayam, kambing dan lembu, menjala ikan dan menahan bubu di sungai. Bila suatu hari nanti takkala segala mesin terhenti berfungsi, kita akan kembali kepada yang asas.

Tuesday, November 16, 2010

Raya bertiga

2 hari berturut-turut sore dilimpahi hujan. Amat luarbiasa lebatnya. Dalam 2 hari ini juga saya pulang dari kantor dengan basah kuyup. Lumrah penunggang motorsikal sejak sekian lama. Alhamdulillah, kriss modenas 110 tahun 2002 saya memang cukup pengalaman meredah jalanan dalam apa jua keadaan cuaca dan kesesakan trafik. 
Noktah.
Esok cuti hari raya eidil adha. Kami bertiga mengambil keputusan untuk cuma beraya di ibukota. Cuma bertiga. Tanpa lemang, ketupat, rendang, daging korban, lagu raya, etc. 
Noktah

Wednesday, November 03, 2010

Kebahagiaan yang tidak dapat dibeli



Bahagia punya konotasi yang berbeza sesama manusia. Kadangkala ukurannya adalah dalam bentuk material berharga. Namun bukan semua kebahagiaan punya tanda harga. Kasih-sayang tidak boleh dibeli dengan harta. Ia datang bersama perasaan yang tulus dan ikhlas.

Sunday, October 31, 2010

J.O.M. Edisi Batu Caves 30.10.10 - Bhgn 2





Malaysia negara multi-budaya dan agama. Punya ritual yang berbeza dari yang lainnya. Kita hormati pegangan mereka. Apa yang mereka anuti selama ini. Namun sebagai Muslim yang mentauhidkan Allah tetap kita iktikad sepenuhnya dalam hati bahawa 'Tiada agama yang diterima di sisi Allah melainkan Islam. 

J.O.M. Edisi Batu Caves 30.10.10




Kredit kepada bro Ijam atas penganjuran J.O.M edisi Batu Caves. Banyak ilmu yang diperolehi. Program yang santai, tapi bermanfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...