Semacam ada yang tidak kena dengan saya pada malam ini. Tidak banyak gambar yang memuaskan lensa mata saya. Namun kelas malam ini amat-amat mencabar kemampuan dan kreativiti . Kudos pada Bro Ahmad Fairus dan rakan-rakan atas tunjuk ajar. Ia tidak akan terhenti setakat ini.
Tuesday, December 21, 2010
Sunday, December 19, 2010
Wednesday, December 15, 2010
Bahagia
2 wajah ini adalah sumber kekuatan saya takkala datang waktu-waktu yang sulit, penuh rencam dalam kehidupan. Memberi saya semangat pada saat-saat yang mahu rebah. Tiada yang dapat menggantikannya. Senyuman dan ketawa mereka adalah tempat penghilang rasa lelah. Syukur tuhan atas kurniaan-Mu.
Tuesday, December 14, 2010
Dustur Ilahi
'Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Al-Baqarah: ayat 2
Sunday, December 12, 2010
Mencari Ketenangan
Di luar kita amat rencam dengan kehidupan dunia. Mencari kesempurnaan yang fana. Kadangkala lupa tanda syukur, rasa mahabbah pada Khaliq. Di rumah Allah ini, sisinya lain. Waima dalam iktikaf, rasa ketenangan meresap ke urat nadi. Mencari kekuatan diri atas kekhilafan yang sebati dengan diri.
Di sini aku mencari ketenangan. Bukan di tempat hibur dan libur. Sungguh.
p/s : hasil kerja lensa 35mm 1.8f memang tidak mengecewakan waima harganya boleh tahan juga mahalnya.
Tuesday, December 07, 2010
Potret - diri
Jarang berjumpa peluang melihat potret diri yang dirakam dari lensa tuan punya kamera itu sendiri. Sudah banyak yang dirakam. Namun ini pertama kali ia datang. Sedar yang diri saya tidak lagi muda. Rambutpun kian berkurang. Kanak-kanak pula sudah mula berani memanggil saya pakcik. Kehidupan ini adalah untuk mencipta pengalaman. Tua itu satu transisi pengalaman. Mustahil kita dilahirkan seperti Benjamin Button yang usianya bergerak sonsang. Tiada apa perlu dikhuatir. Botox ataupun collegen adalah untuk orang-orang pengecut. Takut menghadapi kenyataan. Kehidupan ini indah. Hadapinya dengan senyuman.
Monday, December 06, 2010
Anggur dan wain
Mencari yang halal itu fardu. Masam manis anggur hijau. Ya, yang ini halal. Sebelum framentasi menjadi wain. Tapi ada tak wain dibuat dari anggur hijau.
Sunday, December 05, 2010
Saturday, December 04, 2010
Thursday, December 02, 2010
runsing + kalut = stress
Segalanya bagus jika kita bertenang. Waima dalam situasi yang amat ruwet samasekali. Mencorakkan sesuatu dengan buah butir fikir yang waras. Tidak dengan kekalutan dan kekacauan jiwa. Mana mungkin segala rencam masalah dapat kita kuburkan selaju cahaya. Tanpa tanda rasional dan ketenangan. Namun, hadapi kehidupan ini dengan senyuman. Masih melata keindahan yang tidak kita sedari. Sekeliling kita. Carilah kebaikkan. Dalam hati yang tersorok, atau pada alam yang terbentang luas.
Monday, November 29, 2010
Gigil malam
Merengkuh malam dengan dengkur. Sesetengahnya masih berjaga. Dengan kudrat yang bersisa. Malam ini hujan menuruni setiap inci mayapada. Membawa gebar waktu kesejukan menggigit belulang. Mahu mencari lena. Mahu mencari mimpi-mimpi muluk. Untuk dibawa bekal mengisi siang esoknya.
Saturday, November 27, 2010
@ MAHA 2010 - bhgn 1



Kali pertama di MAHA. Entah MAHA yang keberapa tidak dipastikan. Namun suasananya penuh sesak dengan kedatangan pelbagai lapisan manusia yang datang dari antah berantah. MAHA tempat usahawan IKS mempromosikan produknya. Tempat pelabur mencari peluang baru dalam indusri pertanian, antara industri terawal tamadun manusia.
Bicara tentang pertanian bukan semuanya muluk-muluk. Tidak sekadar untuk kelansungan kehidupan. Ada juga dunia penuh rencam disebaliknya. Kapitalis yang memerah dunia sebelah selatan amerika misalnya. Kopi untuk starbuck jadi contoh si kapitalis memerah hasil dari petani-petani kecil. Jenama yang kita cicip di kafe-kafe yang terletak di gedung-gedung mewah.
Mungkin sudah tiba masanya kita menanam sendiri. Dan memakannya sendiri anak-beranak. Tanpa perlu mencari wang untuk sesuap nasi. Menuai padi, membuat batas-batas sayur-mayur, menternak ayam, kambing dan lembu, menjala ikan dan menahan bubu di sungai. Bila suatu hari nanti takkala segala mesin terhenti berfungsi, kita akan kembali kepada yang asas.
Tuesday, November 23, 2010
Tuesday, November 16, 2010
Raya bertiga
2 hari berturut-turut sore dilimpahi hujan. Amat luarbiasa lebatnya. Dalam 2 hari ini juga saya pulang dari kantor dengan basah kuyup. Lumrah penunggang motorsikal sejak sekian lama. Alhamdulillah, kriss modenas 110 tahun 2002 saya memang cukup pengalaman meredah jalanan dalam apa jua keadaan cuaca dan kesesakan trafik.
Noktah.
Esok cuti hari raya eidil adha. Kami bertiga mengambil keputusan untuk cuma beraya di ibukota. Cuma bertiga. Tanpa lemang, ketupat, rendang, daging korban, lagu raya, etc.
Noktah
Sunday, November 14, 2010
Monday, November 08, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)















































