Monday, January 10, 2011

Bila rumah tanpa penghuni


Seperti rumah ini. Ada pemilikinya suatu masa dahulu. Namun masa berjalan. Yang lama berganti baru. Yang muda kian renta. Akhirnya seperti rumah ini, ikut sama meredah zaman. Apa yang tinggal selain memori. Ingatan pada yang tiada. Kita juga akan serupa seperti rumah ini. Waima betapa gah senibina dalam dan luarnya. Masa jua yang akan menelannya.


Monday, January 03, 2011

Seniman jalanan | DownTown Cheras

Menyanyi adalah sumber rezekinya. Menghibur setiap pengunjung yang datang. Mungkin ada yang memandang sebaliknya. Di sini, masih ada ruang bagi seniman ini memetik gitarnya. Mengalun suaranya. Waima dari retina saya, umurnya mungkin sudah atau hampir-hampir 5 dasawarsa. Ya, saya masih terpesona dengan suaranya. Tanpa rekod label (a.k.a. kapitalis/hedonis tegar) besar, tanpa glamor bintang-bintang. Cuma pentas kecil. Dikelilingi dengan orang-orang kecil. Termasuk diri saya. | Malam 02.01.2011 |


Sunday, January 02, 2011

Low Light | Masjid Sultan Mizan, Putrajaya

Ayah dan Anak

 Ruku'
 Sujud
Antara sujud

Nasihat Luqmun al-Hakim kepada anaknya ; 'Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.'


Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru 2011


Ada yang menyambut tahun baru masihi ini berlebih-lebihan. Ada juga yang skeptikal. Ia bukan satu perayaan yang bersifat keagamaan. Cukuplah sekadar sebagai perubahan kalendar. Namun sebahagian besar dari kehidupan harian kita, tidak boleh lari dari menggunakan kalendar masihi dalam setiap lapangan, melainkan hari yang signifikan dalam perayaan agama. Barulah kalendar hijriah diguna pakai. Apapun ,punya azam, atau impian, atau matlamat, di tahun baru tidak ada salahnya. Kita merancang yang lebih baik untuk kehidupan kita.

Sepetang di Taman Tasik Cyberjaya


Mengambil kesempatan cuti khas kejayaan 'timnas' bolasepak Malaysia memenangi piala AFF buat kali pertama, kami bersantai di taman tasik cyberjaya. Merakam foto-foto dari lensa kemera. saya Melihat keletah si kecil alya yang amat seronok berlarian kesana-kemari. Bebas bagai burung lagaknya. Mengusik , mengutip, ada sahaja yang mahu diterokanya. Biarlah alya berlari. Sejauh manapun dia mahu pergi. Asalkan dia masih ingat pada asal-usulnya, pada ayah dan bonda, dan yang aula pada Penciptanya.

Santapan di anjung 2010 | Saba Restaurant, Cyberjaya


'Kabsah Lamb'. Mujurlah saya cuma memesan set 'regular'. Itupun dah cukup menyeksa perut saya. Kali pertama mencuba masakan dari timur tengah. Akhirnya saya terlantar kekenyangan. 


'Barbican Malt' perisa lemon. Minuman berkarbonat dari timur tengah. Harga RM 4. Boleh cari di Carrefour dengan harga cuma RM 2.70 jika teringin.

Sunday, December 26, 2010

Jabatan Perdana Menteri

Di dalamnya ada penguasa yang perlu kita taat. Itupun selagi penguasa itu taat pada Allah dan Rasulnya.

Gerbang | Masjid Putrajaya

Ruang Rohani | Masjid Putrajaya




Interior dan arkitektur yang indah dan memukau. Chedeliar yang tergantung, dan petikan ayat-ayat suci di dinding. Seni ini telah kita perolehi lama dahulu. Sejak dari zaman Umayyah hingga Uthmaniyah. Ruang ini masih kosong seperti biasa. Tetapi penuh bumbu ketenangan. Mana-manapun. Rumah Allah sentiasa jadi tempat pertama untuk mengisi kekontangan jiwa, waima hanya sekadar iktikaf di dalamnya.

Kubah | Masjid Putrajaya

Menara | Masjid Putrajaya


Sayup memandangnya dari bawah. Seakan matahari berada di sisinya. Menjaga dan berdamping saat siang mengetuk hari. Tetap agam di situ. Persis makhluk tuhan yang memerhati setiap langkah manusia-manusia seputarnya. Adakah telah tertunai tanggungjawab yang lima itu.

Tuesday, December 21, 2010

Basic Photography | Night Shooting




Semacam ada yang tidak kena dengan saya pada malam ini. Tidak banyak gambar yang memuaskan lensa mata saya. Namun kelas malam ini amat-amat mencabar kemampuan dan kreativiti . Kudos pada Bro Ahmad Fairus dan rakan-rakan atas tunjuk ajar. Ia tidak akan terhenti setakat ini.

Wednesday, December 15, 2010

Bahagia


2 wajah ini adalah sumber kekuatan saya takkala datang waktu-waktu yang sulit, penuh rencam dalam kehidupan. Memberi saya semangat pada saat-saat yang mahu rebah. Tiada yang dapat menggantikannya. Senyuman dan ketawa mereka adalah tempat penghilang rasa lelah. Syukur tuhan atas kurniaan-Mu.

Tuesday, December 14, 2010

Dustur Ilahi

'Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
 Al-Baqarah: ayat 2

Sunday, December 12, 2010

Mencari Ketenangan







Di luar kita amat rencam dengan kehidupan dunia. Mencari kesempurnaan yang fana. Kadangkala lupa tanda syukur, rasa mahabbah pada Khaliq. Di rumah Allah ini, sisinya lain. Waima dalam iktikaf, rasa ketenangan meresap ke urat nadi. Mencari kekuatan diri atas kekhilafan yang sebati dengan diri.
Di sini aku mencari ketenangan. Bukan di tempat hibur dan libur. Sungguh.

p/s : hasil kerja lensa 35mm 1.8f memang tidak mengecewakan waima harganya boleh tahan juga mahalnya.

Tuesday, December 07, 2010

Tunjuk muka buruk macam mana

Anak ayah.....

Noir

Wajah-wajah noir dua insan kesayangan saya.

Model baru untuk nikon

Potret - diri

Jarang berjumpa peluang melihat potret diri yang dirakam dari lensa tuan punya kamera itu sendiri. Sudah banyak yang dirakam. Namun ini pertama kali ia datang. Sedar yang diri saya tidak lagi muda. Rambutpun kian berkurang. Kanak-kanak pula sudah mula berani memanggil saya pakcik. Kehidupan ini adalah untuk mencipta pengalaman. Tua itu satu transisi pengalaman. Mustahil kita dilahirkan seperti Benjamin Button yang usianya bergerak sonsang. Tiada apa perlu dikhuatir. Botox ataupun collegen adalah untuk orang-orang pengecut. Takut menghadapi kenyataan. Kehidupan ini indah. Hadapinya dengan senyuman.

Monday, December 06, 2010

Anggur dan wain

Mencari yang halal itu fardu. Masam manis anggur hijau. Ya, yang ini halal. Sebelum framentasi menjadi wain. Tapi ada tak wain dibuat dari anggur hijau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...