Sunday, February 13, 2011
Siri hitam putih | Suria KLCC 12.02.2011
Hari ini kami bertiga menjengah ke KLCC. Saya rasa ini adalah kali pertama saya membawa si kecil ke ikon metrokota Kuala Lumpur ini. Niatnya kami kemari adalah untuk singgah ke Aquaria yang letaknya di sini. Akan saya 'upload' gambar di Aquaria kemudian nanti. Semestinya sebagai sebuah ikon besar di ibukota ini, pasti ramai pengunjungnya. Bangsa asing, terutamanya dari timur tengah dan eropah. Indonesia, bangla, pakistan, myanmar memang sudah sedia maklum, di sini tempat mereka mencari eskapisme.Cukuplah sekadar berkumpul ramai-ramai di tepi kolam pancur di dataran KLCC. Tanpa perlu berbelanja besar di butik-butik mewah didalamnya.
Wednesday, February 09, 2011
Cintailah bahasa kebangsaan
Bagi segelintir warga, menulis maupun bertutur adalah suatu perkara yang sukar. Namun disebalik itu semangat untuk menggunakannya sikit atau banyak harus juga diberikan kredit.
Tuesday, February 08, 2011
Siri cuti tahun baru arnab 2011 | Taiping
Menunggu masa ditelan zaman.
Untuk makluman di kedai ini bukan sekadar jual penadol.
Sunday, February 06, 2011
Monday, January 31, 2011
Alamanda 23.01.2011
Sebenarnya tiada apa yang mahu dicari di sini. Sementelah lagi waktu ini gaji bulanan belum lagi dikreditkan ke dalam akaun. Namun masih ramai juga pengunjung. Nafsu manusia pada jenama tidak pernah luput.
Sunday, January 30, 2011
Karnival Buku Karangkraf | 29.01.2011
Hujung minggu ini saya membawa suri dan si comel ke karnival karangkraf di Shah Alam. Jika namanya sudah karangkraf pasti sinonim dengan buku dan majalah. Pengunjung yang ramai, namun kawasan parkir agak selesa dan tiada masalah. Malah berhampiran dengan tapak karnival. Bukan seperti mencari parkir di mid valley atau di up town/down town. Hujan yang turun renyai-renyai langsung tak mematahkan semangat kak kiah, mek som, dan cikgu khamisah memborong buku. Lagaknya seperti membeli ikan di pasar borong selangor. Ada raga plastik disediakan. Siapa kata rakyat malaysia tidak minat membaca. Suri saya lepaskan pergi mencari buku-buku novel 'popcorn' pilihannya. Manakala saya menjaga si kecil yang sedang lena tidur. Dalam pada itu sempat juga saya 'snap' beberapa gambar kandid di situ. Melihat ragam manusia dari lensa kemera saya.
Thursday, January 27, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Love is in the air | Cinta di awangan
Love is in the air
Everywhere I look around
Love is in the air
Every sight and every sound
Antara bait lirik lagu nyanyian Paul Young. Cinta selalu buat kita gila. Seperti Lela dan Majnun, Romeo dan Juliet. Cinta kadang buat kita asing dalam dunia ciptaan sendiri. Indah dan penuh pesona. Dan itulah cinta di awangan.
And I don't know if I'm just dreaming
Don't know if I feel sane
But it's something that I must believe in
And it's there when you call out my name
Don't know if I feel sane
But it's something that I must believe in
And it's there when you call out my name
Sunday, January 16, 2011
Siri Retro | Teringat blok 3, Anggerik Indah Apartment
Malam ini saya menyelongkar gambar-gambar lama, terutamanya zaman-zaman bujang dahulu. Di atas ini adalah keadaan stesyen kerja saya di rumah sewa. Susun atur ikut sedap mata memandang. Dinding penuh dengan bermacam-macam poster (yang paling besar poster abang Thiery Henry). Namun meja inilah jadi eskapisme saya dahulu. Jadi stesyen tempat saya menghasilkan entah berapa banyak puisi. Ada yang pernah saya hantar dan tersiar di majalah, mahupun yang peribadi untuk dikongsi. Seingat saya, hampir 3-4 tahun saya tinggal di sini. Bermula dari zaman belajar, menganggur, hingga berkerja. Zaman edan. Zaman mencari cinta. Bercerita satu persatu memang boleh bikin novel trevelog. Bumbung bocor sampai banjir satu rumah, Layan EPL dengan tv 14 inci, etc. Apapun pengalaman ini buat saya jadi dewasa. Dewasa dari segi umur, dewasa dari segi pengalaman.
p/s: Rumah No 403, Tkt 3, Blok 3, Anggerik Indah Apartment Seksyen 16 Shah Alam akhirnya sudah jadi kenangan. Selepas saya bertukar status di 'fesbuk' menjadi suami, rakan-rakan saya yang tinggal menyewa sudah berpindah. Itupun setelah di tunjukkan jalan keluar oleh tuan rumah lantaran duit sewa lama yang sudah lama terakru. Namun rata-rata teman serumah saya dahulu sudah berjaya. Ada yang dapat peluang kerja di luar negara, bisnes yang makin maju, dan punya kerja yang selesa. Noktah.
Saturday, January 15, 2011
Monday, January 10, 2011
Retro | Taiping
Seperti Ipoh, Taiping juga punya bangunan-bangunan lama yang masih kukuh dari ditelan zaman. Antaranya adalah foto di atas. Banyak lagi bangunan-bangunan lama seputar Taiping. Namun hanya ini sahaja yang saya dapat rakamkan. Mungkin lain kali takkala pulang ke kampung suri akan saya rakamkan dari lensa kemera saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































