Sunday, January 18, 2009
Friday, January 16, 2009
menanti ababil
palestin adalah tanggungjawab kita. milik kita bersama. bumi tempat mikraj nabi bertemu Allah. mereka saudara kita. berkongsi syahadah dan tauhid yang satu. boikot produk amerika dan israel mungkin tidak banyak memberi kesan. namun ia antara cara yang termampu kita lakukan. panjangkan doa dan nazilah kita untuk mereka. mohon abibil tuhan datang membantu.
Wednesday, December 17, 2008
Teringat pada arwah bapak. Waktu membilang saat-saat bahagia. Waima ujananya masih panjang. Ingin aku kongsi rasa bahagia ini. Dengan arwah di dunia seberang sana. Dengan titipan doa. Ikhlas dan kudus.
Monday, December 15, 2008
offline
Sejak talian telefon dan internet dipotong di rumah masa untuk mem’blog’ kian terhad. Waima berahinya masih kekar. Entah masih ada yang mengunjunginya atau tidak. Tapi itu tidak penting. Yang penting nyalarasa perlu di luahkan. Banyak yang berlaku. Semalam, kelmarin, hari ini, esok. Sukar untuk diramal. Macam model telefon sel. Boleh jadi baik. Boleh juga buruk. Keadaan ekonomi dunia yang suram. Harga minyak dunia menjunam di bawah USD 50 setong. Keadaan ini memaksa Negara pengeluar minyak OPEC menghadkan pengeluaran minyak. Inflasi pula mencanak naik. Sedang pengangguran diparas membimbangkan. Ditambah dengan ideolog sesat yang meragut kemanusiaan. tragedi Mumbai contohnya. Juga lanun-lanun jack sparow yang merajalela di teluk edan. Partikel-partikel ini akhirnya akan membarah. Elok saja dicampak dalam lubang hitam, jauh di luar galaksi.
Noktah
Sebelum ini membilang tahun. Kemudian bulan. Kini hari-hari itu kian mampir. Persiapan masih berjalan. Bahkan kian sebuk. Tema dan busana sudah dipilih. Rumah, lengkapan dan lekapan hampir sepenuhnya lengkap. Yang tinggal hanya untuk menjalani kehidupan selepas majlis nanti. Perkahwinan adalah proses kehidupan. Transisi yang perlu kita tempoh. Kondisinya tentu berbeda.
Sunday, November 09, 2008
tawa
noktah
rumah. ada.
perabut. ada.
barang letrik. sen q ada
apa lagi hah...
Friday, November 07, 2008
impian
iya
aku punya impian
yang kadang tak tercapai
tanpa warna
kusam
hitam putih
noir
iya
aku punya impiam
yang kadang tak tercapai
Sunday, November 02, 2008
MASKARA Shorties
semalam. kali pertama ke maskara. bertempat di rumah PENA. program anjuran para blogger yang menggelarkan diri mereka sindiket sol-jah. parkir sesak. libang-libu cari parkir. ramai betul manusia. hidangan pada malam ini ialah tayangan filem-filem pendek. ada abg mamat khalid, dan sebahagian besarnya d.i.y. para blogger. semalam aku seret sekali 'dia' menemani aku ke maskara. tak semuanya yang aku tonton. kesian tengok 'dia' yang polos, rasa macam terpaksa ikut aku tengok benda-benda pelik macam ni. kami balik awal. tapi aku akan datang lagi nanti. untuk maskara yang akan datang.Friday, October 31, 2008
Muara Kata
mencari makna
sungguh takkan bisa
menikmati rahimNya
yang tulus di hati
tanpa hasrat
di hadapanMu
menyentuh sumur cinta
ikhlas membuhul
syukur meniup kencang
di syurga hati
ku seru
kekasihku
dalam doa yang tulus
di muara kata
khusyuk hati ini
memahat luhurnya kasih
aku hambaMu
sungguh tuhan
tanpa ragu
Monday, October 27, 2008
sore
penuh merimbun
ngeletar dalam gebar rasa
rentan jiwa direngkuh pujangga
suara yang membisik
melankolik bunyinya mengusik dinding kalbu
sore berengsot senja
namun sang hujan masih merembes
dan penghuninya larut dalam sepi
Sunday, October 19, 2008
sepetang bersama matahari
Saturday, October 18, 2008
Kami

noktah
p/s: usai menonton kami, bersama penonton-penonton yang tidak sampaipun sepuluh orang. memang selesa. boleh pilih penjuru mana mahu duduk. cuma kondisinya saja yang sejuk. ditambah dengan hujan yang turun di luar. kami. kisah remaja urban. yang membesar di metro yang menjanjikan impian, sedikit harapan, ideologi, dan kekeliruan, transisi sebelum menempuh alam dewasa. ini zaman indie, bukan lagi zaman isabella maupun mimpi syakila.
hilang
Sunday, October 12, 2008
noktah
hari ni bertolak ke IKRAM. kursus 6 minggu di sana. semalam melilau seputar sri kembangan, serdang, sg besi, sri petaling, bukit jalil, bandar tasik selatan, taman bukit cheras, bandar tun razak. cari rumah sewa. hasilnya. nol. bahu ini pula yang sengal-sengal. matahari mencanak tinggi. dan peluh menitik deras. waima ia melelahkan, namun ini tanggungjawab aku.
Thursday, October 09, 2008
Tuesday, September 30, 2008
malam sebelum lebaran diri ini memohon ampun atas kekhilafan diri
noktah
lebaran ini mungkin kali terakhir aku tiada masalah untuk membuat pilihan pulang ke kampung. insyaAllah tahu depan kena ikut giliran pula untuk memilih kampung mana mahu pulang dahulu. proses transisi yang berlaku dalam kehidupan aku dan mungkin anda juga. masa yang menentukan sahaja. sampai atau tidak. semua itu kerja Tuhan.
noktah
buat anda semua. aku memohon gapura kemaafan andai ada terkhilaf dalam mencoret setiap kata, mengguris setiap hati, dan tersasul setiap madah. yang baik itu semua datang dari Tuhan, dan yang lemah datang dari kelemahan diri.
Monday, September 29, 2008
balik kampung dari selatan menuju utara tanah air
noktah
di radio berputar lagu balik kampung nyanyia allahyarham sudirman. dia di sebelah sudah lama lena. mungkin bermimpi biskut raya cukup atau tidak dan baju yang mana dulu hendak di pakai di satu syawal.