Saturday, February 19, 2011
Wednesday, February 16, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Taman KLCC | 12.02.2011
Selepas banjir di selatan dan timur tanahair mulai surut, cuaca kian memijar. Panas dan kering pula menerima baton dari musim tengkujuh. Namun begitu dalam keadaan cuaca sebegini bermacam aktiviti boleh dilakukan. Bagi yang berkeluarga dengan aktiviti keluarganya. Yang bujang pula dengan cara mereka.
Kami bertiga menjengah ke taman KLCC usai dari berkunjung ke aquaria. Niat dihati mahu membawa si kecil mandi kolam di sini. Namun kami batalkan saja niat itu. Cuaca terlampau panas. Takut-takut demam pula nanti. Jadi kami biarkan se kecil alya berlarian di bawah redup rimbunan pohon-pohon dan hamparan rumput-rumput hijau.
Sunday, February 13, 2011
Aquaria KLCC | 12.02.2011
Sebahagian dari rakaman lensa saya ketika berkunjung ke aquaria KLCC. Membawa suri dan sikecil meneroka hidupan marin yang perbagai. Riak sikecil alya membutir rasa gembira. Retinanya yang kadangkala tidak berkelip menikmati panorama yang terhidang buat pertama kali dalam hidupnya. Subhanallah, Maha suci Allah. Sungguh kerdil kita di sisi Khaliq apabila menikmati ciptaanNya yang pelbagai, mengundang juga rasa kagum, dan syukur. Di sini kami cuma menikmati sebahagian kecil sahaja dari sekalian makhluk Allah dari perut lautan. Masin airnya. namun disitulah kita jamah ikan yang manis isinya, yang datang dari perutnya yang maha luas. Subhanallah. maha suci Allah.
Siri hitam putih | Suria KLCC 12.02.2011
Hari ini kami bertiga menjengah ke KLCC. Saya rasa ini adalah kali pertama saya membawa si kecil ke ikon metrokota Kuala Lumpur ini. Niatnya kami kemari adalah untuk singgah ke Aquaria yang letaknya di sini. Akan saya 'upload' gambar di Aquaria kemudian nanti. Semestinya sebagai sebuah ikon besar di ibukota ini, pasti ramai pengunjungnya. Bangsa asing, terutamanya dari timur tengah dan eropah. Indonesia, bangla, pakistan, myanmar memang sudah sedia maklum, di sini tempat mereka mencari eskapisme.Cukuplah sekadar berkumpul ramai-ramai di tepi kolam pancur di dataran KLCC. Tanpa perlu berbelanja besar di butik-butik mewah didalamnya.
Wednesday, February 09, 2011
Cintailah bahasa kebangsaan
Bagi segelintir warga, menulis maupun bertutur adalah suatu perkara yang sukar. Namun disebalik itu semangat untuk menggunakannya sikit atau banyak harus juga diberikan kredit.
Tuesday, February 08, 2011
Siri cuti tahun baru arnab 2011 | Taiping
Menunggu masa ditelan zaman.
Untuk makluman di kedai ini bukan sekadar jual penadol.
Sunday, February 06, 2011
Monday, January 31, 2011
Alamanda 23.01.2011
Sebenarnya tiada apa yang mahu dicari di sini. Sementelah lagi waktu ini gaji bulanan belum lagi dikreditkan ke dalam akaun. Namun masih ramai juga pengunjung. Nafsu manusia pada jenama tidak pernah luput.
Sunday, January 30, 2011
Karnival Buku Karangkraf | 29.01.2011
Hujung minggu ini saya membawa suri dan si comel ke karnival karangkraf di Shah Alam. Jika namanya sudah karangkraf pasti sinonim dengan buku dan majalah. Pengunjung yang ramai, namun kawasan parkir agak selesa dan tiada masalah. Malah berhampiran dengan tapak karnival. Bukan seperti mencari parkir di mid valley atau di up town/down town. Hujan yang turun renyai-renyai langsung tak mematahkan semangat kak kiah, mek som, dan cikgu khamisah memborong buku. Lagaknya seperti membeli ikan di pasar borong selangor. Ada raga plastik disediakan. Siapa kata rakyat malaysia tidak minat membaca. Suri saya lepaskan pergi mencari buku-buku novel 'popcorn' pilihannya. Manakala saya menjaga si kecil yang sedang lena tidur. Dalam pada itu sempat juga saya 'snap' beberapa gambar kandid di situ. Melihat ragam manusia dari lensa kemera saya.
Thursday, January 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

















































