Sunday, February 19, 2012

Momen


Momen-momen terindah dalam hidup kadangkala berlaku di luar kotak sedar. Dan setiap kali momen itu datang saya cepat-cepat saya mahu merakamnya. Meninggalkan kenangan terindah, untuk suatu hari nanti. Waktu sudah renta. Dan membelek momen-momen ini pasti mengukir kembali senyuman di bibir.

Saturday, February 18, 2012

Holding hands


Tangan kecil ini erat memegang jemari saya. Penuh pengharapan. Menerbitkan rasa indah di hati. Suatu hari nanti  genggaman ini akan dilepaskan. Mencari haluan sendiri. Yang kadangkala raujaunya tidak terpikul olehmu. 

Sunday, February 12, 2012

Awan biru

Saya cuba untuk merakam langit dengan latar warna biru. Biru nilam atau biru macam makhluk avatar. Sebenarnya pokok ini hampir saja mati. Waktu musim panas baru-baru ini. Alhamdulillah Tuhan masih mahukan ia subur. Akhirnya daunnya merimbun  kehijauan. 

Monday, January 30, 2012

Sore dari tanah tinggi


Sayup memandang dari atas. Merenung ke bawah. Jauhnya ujana mata. Beranikah mencabar diri bersemuka dengan sekalian sisi di dasarnya. Dari setiap inci nafas kita. Membuka pekung diri. 
Dari atas ini beburung nampak hampir. Dan awan jelas menyarung langit bumi. Sedarkah akan keagungan yang zahir ini?. 
Benar. Saya mengelamun sebentar di sini. Dari ruas pandang mata saya. Cuba untuk bersyukur, dan mengukur hakikat diri, tujuan dan makna. 
Noktah 

Miniatur

Sunday, January 29, 2012

Mekar berkembang


Sebelum kembang

Momen | Senyuman terindah



Senyuman si kecil alya cukup mengambarkan rasa girangnya. Waima ragamnya sudah pelbagai akhir-akhir ini. Melunturnya diusia rebung ini perlu kesabaran. Namun bila melihat senyuman dari tubir bibirnya terangkum seribu harapan dan impian. Senyumlah. Senyumlah semahumu. 
Noktah.

 

Sunday, January 15, 2012

Malam di Putrajaya | 14.1.12




Semalam saya menikmati suasana malam di Putrajaya dari kaca lensa. Sebenarnya usai asar saya sudah ke sana. Mencari shoot langskap yang cantik seorang diri, sementelah saya cuma bersendiri di rumah lantaran suri dan putri-puri saya yang berada di kampung halaman. Jadi saya lakukan aktiviti shooting sendiri buat menghilangkan sementara rasa rindu tersebut. Jika ada si kecil Alya sudah pasti dia akan jadi model tetap saya. 
Noktah
Nampaknya saya perlu menyimpan sedikit-sedikit untuk memiliki lensa ultra luas (UWA) mengantikan prima lensa 35mm ni. Tak puas rasanya dengan 35mm ini. Ada rezeki insyaallah.

Putrajaya in HDR | 14.01.12

Jambatan Putra in 3 colours

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...