Thursday, April 12, 2012

Di pinggiran Tasik





Cuti pertabalan yang dipertuan agong yag baharu 11.04.2012, saya membawa si kakak ke tepian tasik, tasik prima. Tidak berapa jauh dari kediaman kami, sementelah rumah saya sememangnya di tepian tasik, Taman Tasik Prima. Kami berdua saja. 'Photoshoot' si kakak. Si kakak bukan jenis duduk diam. Jadi gambar banyak yang senget sana, senget sini. Adalah beberapa foto yang saya kira ok.

Monday, April 09, 2012

Bunga April | Irdina Raudhah





Melihat telatah si kecil saya ini, menerbitkan rasa indah di zulmat. Terasa amat pantas masa berlalu. Siang dan malamnya. Segala menimbulkan bibit syukur. Menikmati hidup ini dengan senyuman. Sungguh, kekayaan tidak dapat memberi keindahan ini. Tidak ia dijual dimana-mana. Segalanya datang dari Rabbuljalil. Suatu hari nanti, saat ini pasti jadi kenangan dan imejan yang akan senantiasa terakam di kotak fikiran. Memutar semula memori, yang pastinya berbaloi untuk dikenang. Permata hati ini memberikan saya makna kehidupan. Memberi sebab untuk saya terus kuat meredah setiap ranjau dan denai. Lihat dia membesar di ruang retina saya. 

Saturday, March 10, 2012

Ritma Raudhah di bulan ke-2




Irdina Raudhah sudah hampir di hujung bulan ke-2. Beberapa hari lagi mulai masuk bulan ke-3. Dari lahir hingga ke hari ini, saya dan suri membilang acapkali hari. Melihat tumbuhserannya. Syukur tuhan, taman hati kami ini sihat. Tiada yang terindah seorang ayahibu kala melihat zuriatnya mulai membesar dihadapan mata.

Thursday, March 01, 2012

Merenung langit petang


Merenung ke atas sana
Tanda memerhati
Tanda mentaddabbur
Tanda rendah jasad diri
Menerang jiwa
Membuka lautan fikir
Tidak akan mampu menyentuh sayap awan
Apatah lagi beburung

Merenung langit petang
Bagai merenung diri dengan kekhalifan

Anjung Prima



Saturday, February 25, 2012

Rimbun dan mekar


Pokok ini asalnya hampir-hampir saja kering waktu musim panas dahulu. Pernah saya paparkan dalam entri sebelum ini. (sila rujuk di sini). Melihat keadaannya yang uzur, hampir setiap hari saya sirami ia dengan air. Di tambah dengan hujan yang mulai turun. Syukur, daunnya kian merimbun kemudiannya. Dan kini ia mula berbunga. Waima tidak saya ketahui apa nama pokok ini, saya harap usianya akan panjang dan rimbunan daun-daunnya akan menjadi tempat teduh kala panas dan hujan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...