Tuesday, March 18, 2014
Thursday, March 13, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Sunday, February 16, 2014
[Ziarah Tanah Haram - Siri 1 - Madinah Al-Munawwarah]
Di bawah kubah hijau itulah bersemadinya jasad agung baginda Rasulullah s.a.w.
Makam yang mulia Kekasih Allah
Raudhah - Taman diantara taman-taman syurga
Kembara rohani saya dan suri menyusuri sungai sejarah. Tenang jiwa ini. Tulus mengharap redho yang esa. Menempuh perjalanan yang amat panjang dari tanahair; KLIA ke Madinah. Namun semangat untuk menunaikan ibadah ini tidak pernah pudar. Dinihari kami sampai ke lapangan terbang Madinah. 9 jam yang lelah dalam pesawat; Saudi Airlines. Penat bercampur gembira. Terkenangkan juga 2 puteri kami di tanahair. Dengan jurang waktu di Saudi yang kelewatan 5 jam, mungkin mereka sudah bangun. Sedang kami di sini berselubung dengan pekat malam.
Sekitar 2 pagi kami sampai di hotel. 'Check in' langsung rebah di atas katil. Tentatif esok paginya ziarah ke Masjid Nabawi.
Bersambung.
Sunday, January 26, 2014
[ Kelana Rohani ]
Terasa lama singgah ke sini. Ya! waima cuma saya. Saya seorang yang bercerita, tanpa pembaca, tanpa pendengar. Ya! ruang ini sejak lama sudah jadi peribadi. Bukan tentang saya. Tapi seputar cerita putri-putri saya. Biarlah kadang ia menjengkelkan yang cuba singgah di sini. Seperti saya katakan tadi, ruang ini sudah peribadi sifatnya.
Sudah 25 januari 2014. Si kakak baru usai kebah dari demam. Si adik pula menyusul. Moga Allah memelihara mereka berdua.
P/s: InsyaAllah pagi 27 januari ini saya dan suri akan menunaikan umrah. Persiapan material alhamdulillah hampir siap. Cuma persiapan hati kadangakala jadi kerisauan saya. Kelana ke daerah suci, adakah hati ini sudah bersih? Astaghfirullah...Ampunilah daku. Permudahkan kembara rohaniku ini.
Sunday, January 12, 2014
[ 2 cahaya ]
2 cahaya saya. Menerangi hati saya kala suram. Malampun jadi cerah. Siang makin bersinar. Kadang juga cahayanya kadang malap. Namun yang malap itu lekas hilangnya. Kemudian berbunga-bunga semula hati saya.
Sunday, January 05, 2014
[ Semetri ]
Saya tidak menyambut ritual tahun baru seperti orang-orang lain. Sama ada berkonsert atau berguling. Cuma saya duduk diberanda rumah bersama puteri sulung saya memerhati percikan bunga api dari jauh. Suri dan si puteri bungsu sudah berselimut mimpi. Noktah.
Rasanya sudah lewat jika mahu bercerita tentang awal tahun baru. Tahun ujian buat rakyat Malaysia. Noktah.
p/s: Gambar satu Jan di Putrajaya. Langsung dari peranti telefon bijak saya. Terlupa pula mengusung X100s .
Saturday, January 04, 2014
Tuesday, December 31, 2013
[ Pangkal 2014 - Menanti segalanya mahal ]
Hari ini 31/12/13. Malam ini ada yang orang cuba berguling-guling di Dataran Merdeka. Orang nak berguling-guling inipun ramai yang takut. Bertenanglah. Tak payahlah serabut kan kepala dengan perkara-perkara yang tak pasti lagi. Tenang-tenang sajalah malam ini. Namun saya taklah sampai nak pergi berguling-guling ini. Saya berguling di rumah saja. Guling dengan anak-anak. Layan kerenah mereka di malam tahun baru.
Saturday, December 28, 2013
[ Untitled ]
2013 bakal ke penghujung. Ya, tahun masihi. Walaupun Muharam itu lebih layak diberi sambutan penting, namun bohonglah jika tahun masihi tiada signifikannya dalam setiap ruang kehidupan melenia ini. Saban tahun, tahun masihi datang, dan kita sambutnya, langsung atau tidak langsung. Noktah.
2014 mulai jelik kelihatannya. Kelabu warnanya. Entah. Jika pergi lebih jauh, tak banyak pun sedikit, pasti berbaur politik didalamnya. Di tanah malaysia ini tidaklah menjadi satu kepelikan jika sepanjang hari orang-orang di dalamnya akan bicara soal politik, dan politik, dan politik. Isu bantuan banjir; politik; isu utilti air; politik; nuri terhempas; politik; kalah bola; politik. Tapi malangnya kita masih belum celik-celik politik. Masih sempit dengan taksub parti; hidup dan mati atas parti aku. Parti aku masuk syurga; kau punya ke jahanam. Ini aku anggap jenis politik tangki septik. Busuk lagi membusukkan. Noktah.
2014. Orang kata tahun Barang Naik. Ramai yang merungut itu dan ini. Di 'facebook' dah macam-macam cerita. Ramai yang perit mendengarnya. Ah! kalau tak suka barang naik sila bungkus pakaian keluar Malaysia. Itu jawapan singkat, dari otak yang singkat. Sedang perut mereka yang buncit itu bertambah buncit. Bukan mereka sahaja, bahkan anak, isteri, saudara, sepupu sepapat turut membusung membawa perut yang kekenyangan. Melahap dan melapah isi serangka marhaen yang berkais-kais siang malam. Noktah.
2014. Sudah sediakah kita. Dengan nilai RM kita yang makin mengecil. Cuba kita cari ruang-ruang itu berfikiran positif. Ingat! fikir positif. Mereka jerut leher kita separuh tercekik, tapi kena positif. Mungkin kita malas, sebab itu tak kaya-kaya. Orang kaya itu rajin, (dan bijak) sebab itu boleh kaya. Nak jadi kaya kena rajin. Kalau sehari kita kerja 8 jam, kena tambah beberapa jam lagi. Sejam dua untuk tidur cukup. Selebihnya cari duit tambahan. Noktah.
Wednesday, December 25, 2013
[ Raudhah di hati Ku - 2 tahun berlalu ]
Di hari natal ini 2 tahun yang lalu lahir dirimu. Jadi peneman kedua kami.
Ingatlah pesan ayah
'Cinta perlu diperbaharui.
Baharuilah cinta itu dengan kata-kata yang baik.
Jangan bisu dan jangan tuli.
Sentiasalah jadikan lidah
menuturkan kata yang baik
dan telinga sentiasa terbuka untuk mendengar.
Kita akan diuji.
Melalui apa yang kita sayangi.
dan oleh apa yang selalu kita katakan.
Ingatlah, hati yang tidak mencintai Allah
akan sangat mencintai dunia dan takut mati.
Cinta Allah itu tujuan,
Cinta Rasulullah itu jalan.'
Selamat Hari Lahir jantung hati kami. Barakallahufiki....
Sunday, December 22, 2013
[ untitled ]
Lurus belum tentu lulus.
Berapa ramai orang yang tidak lurus ketika berjalan di jalan yang lurus...
-Ust Pahrol Mohamad Juoi-
Thursday, December 12, 2013
Tuesday, December 10, 2013
[Sobahan Khair]
Selamat pagi hari yang baru. Pagi yang cerah. Butir-butir cahaya yang menembusi celah-celah hari yang indah. Hari ini bersendiri. Suri ke kantor. Anak-anak di rumah pengasuh. Saya pulang lewat malam semalam. Ada majlis makan malam di hotel Concorde Shah Alam. Sengal-sengal rasanya tangan ini memetik 'shutter' kamera. Namun saya masih gagahkan jua. Tugas saya berada di belakang kemera, tanpa satupun gambar untuk diri. Gambar kenangan saya dalam wajah orang lain, bukan wajah sendiri. Namun begitu saya puas dengan apa yang saya lakukan.
Pagi ini ada beberapa urusan mau dilakukan.
Wednesday, December 04, 2013
Sunday, December 01, 2013
[ Senyumlah ]
Jika kita senyum hanya apabila berasa gembira, hidup kita akan penuh nestapa.
Tetapi senyumlah untuk menggembirakan orang lain.
Nescaya hidup kita akan ceria!
Sunday, November 24, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)



































