Monday, October 18, 2010

Wisata di Cherating 3

Wisata di Cherating 2



Wisata di Cherating 1





Rehlah dan wisata ke Cherating. Mengisi anjung minggu ini. Merasa dipuput bayu pantai yang sudah lama tidak disapa. Buat si kecil alya, ini adalah pengalaman pertama bermain dengan butir-butir pasir di pantai, juga merasa busa-busa ombak di gigi air. Rasa intuisi yang amat. Biar dia meneroka setiap rinci alam ini, merasa keagungan alam ciptaan tuhan Rabbuljalil.

Wednesday, October 06, 2010

Epilog

Semahunya saya mencari peluang untuk berwisata jauh dari kehidupan seharian yang semi ruwet ini. Membawa suri dan sekecil menikmati setiap helai nafas dengan bibit ceria dan ukiran senyuman. Entah. Serasa susah mahu mencarinya. Bumbu kehidupan ini kadangkala membawa saya jadi manusia materialisme. Laut fikir yang sentiasa berkelintar dengan kehendak duniawi. 30 tahun mungkin, sebelum pencen. Itupun jika nafas masih berombak. Duduk berteleku di meja. Menguliti setiap rinci tanggungjawab. Untuk upah di anjung bulan. Titik noktah masih jauh. Masih ada koma, tanda soal dan seru diantaranya.  

Tuesday, October 05, 2010

Di anjung syawal 1431H

Hari-hari terakhir bulan syawal 1431 hijrah. Di pejabat sambutannya masih terasa. Jamuan demi jamuan diadakan. Dari satu unit ke satu unit. Ada juga yang mengira puasa sunat enam hari yang masih berbaki sebelum syawal melabuhkan tirai, atau melangsungkan walimah mengutip berkat bulan mulia. Apa jua interprestasi kita, rangkuman aktiviti sepanjang bulan ini terangkum kemeriahan yang tersendiri. 
Noktah.

Senja

Sunday, September 19, 2010

Gambar


Untuk menyampaikan sesuatu maksud tidak semestinya dengan tutur perkataan. Ia boleh saja dizahirkan melalui apa saja medium samaada secara visual, sentuhan, isyarat, dan bunyi-bunyi. Gambar contohnya.
Sudah lama tidak menukilkan aksara demi aksara di laman ini. Mungkin fikiran sudah buntu. Ataupun mungkin juga sebab kekangan masa. Jika tiada apa yang mahu dikongsikan dengan perkataan, laman ini akan dipenuhi foto-foto dari pelbagai sisi kehidupan saya dan apa sahaja seputar saya. Mereka yang menemani saya saban waktu. Suri dan si kecil terutamanya. Biar gambar menukilkan maksud yang tersirat dan tersurat. Bebas berintepretasi, dan bereksperimen.     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...