Tuesday, February 12, 2013
Monday, February 11, 2013
Sunday, February 10, 2013
Thursday, February 07, 2013
Tuesday, February 05, 2013
Monday, February 04, 2013
Sunday, February 03, 2013
Taman PICC - 02.02.2013
Ini bukan Dubai. Tapi di Putrajaya kita. Semalam kami berkelintar memenuhi waktu sore yang pijar. Cuaca yang cerah namun syukur pada Allah di beri ruang membawa putri-putri kami mengambil angin petang.
Tuesday, January 22, 2013
Raudhah Si Mata Bulat
Raudhah sudah laju jalannya. Sudah panjang langkahnya. Hari demi hari kian aneka ragam tingkahnya. Sentiasa ada sesuatu yang baru di terokainya. Kami melihat perkembangannya Raudhah di hadapan mata kami, seperti juga kakak Insyirahnya. Rasa intuisi yang membuak-buak.
Dunia anak-anak ini penuh warna dan tanda duga.
Monday, January 21, 2013
bokeh
Kecilnya dunia
Kabur
Yang kadang meminta
Terang
Yang kadang berkilau
Tegak berdiri
Mendongak ke langit
Biru nilakandi
Awan berkepul-kepul
berpintal-pintal
diterjang pawana
Akur dengan kuasa
Tuhan maha esa.
Tuesday, January 15, 2013
Pertengahan januari
Januari sudah dipertengahan. Akhirnya baru diizinkan Tuhan mencoret di sini. 15 hari di tahun baru dengan bermacam-macam perkara berlaku. 12 Jan lalu berlangsung himpunan berskala besar di stadium merdeka. Himpunan yang aman tanpa provokasi pihak tidak bertanggungjawab. Beberapa hari kemudian fenomena 'listen, listen, listen, oleh wanita bernama 'syarifah' di UUM mula jadi fenomena di laman maya, terutamanya di laman FB. Malas untuk mengulas lanjut. Boleh tengok kemudian hurai sendiri.
Raudhah si mata bulat saya sudah mulai boleh berjalan bertatih-tatih. Kian membesar si putri ini. Kakaknya pula sudah memasuki sesi pra sekolah. Alhamdulillah segalanya 'ok'. Cuma pada awalnya kena membiasakan kakak untuk bangun seawal 6.30 pagi, bersiap-siap sebelum di hantar oleh bondanya ke sekolah. Sejak ke sekolah memang nampak ada perubahan. Balik dari sekolah tidak pernah putus dari bibirnya perkataan seronok pergi sekolah, waima waktu menghantarnya awal-awal pagi wajahnya masam mencuka. Sekarang sudah ada kerja rumah dibawa pulang. Waktunya kian terisi dengan sesuatu yang berfaedah. Kadangkala ada juga perkataan-perkataan yang saya dan suri sukar untuk mengerti. Saya rasakan mungkin ada sesuatu yang dipelajarinya di sekolah.
Monday, December 31, 2012
Ambang 2013
Malam tahun baru saya sama seperti malam-malam yang lain. Saya on unifi dan meluncur ke laman-laman web kegemaran saya. (yang baik-baik saja ya). Namun sejak selangor berwajah baru ini malam tahun baru saya terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Siaran 'live streaming' Ust Azhar Idrus yang tersohor melalui laman web selangorku dipancarkan dari dataran shah alam (amat hampir dengan kantor saya). Di i-city, dataran merdeka dan putrajaya macam biasa program tipikal sambutan malam tahun baru sama seperti sambutan di kota-kota besar dunia.
Noktah
Ketika ini Ust Azhar sedang bersiaran. Jom isikan malam tahun baru ini dengan sesuatu yang bermanfaat.
Sunday, December 30, 2012
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pertama | Raudhah di hati Kami
Mungkin sedikit terlewat. Sudah lewat 5 hari. Raudhah lahir kala umat kristian menyambut hari natal; 25 Disember tahun lalu. Mungkin ingatan pada tarikh ini agak kuat lantaran setiap dari kita mengetahuinya. Apapun Raudhah sudah melewati setahun. Kelatah dan telatahnya kian pelbagai. Waima dengan tubuh yang kecil (tidak padan dengan usianya), tingkahnya kadang sukar diramal. Semakin laju dan pantas kedepan. Semalam kami membawa Raudhah untuk melengkapkan suntikan imunisasinya di klnik pediatrik. Tuan doktor nyata sedikit hairan dengan bentuk fizikalnya yang kecil. Tidak banyak perkembangan fizikalnya berbanding kali terakhir dibawa ke klinik yang sama 6 bulan sebelum ini. Namun Raudhah ternyata sihat. Jarang ditimpa penyakit. Syukur Alhamdulillah.
Raudhah tautan cinta dan kasih kami. Raudhah penawar duka kami kala gundah. Raudhah bawa cahaya keceriaan di hati kami.
Thursday, December 27, 2012
25 Disember 2012 | Genap setahun Raudhah di hati kami
tiada ucapan selamat hari natal kerna saya tidak punya teman katolik, protestan, ortodok, koptik, mormon etc.. namun setiap 25 disember pasti kami raikan si mata bulat ini..selamat ulangtahun kelahiran pertama buat raudhah..sesungguhnya Raudhah di hati kami.
Sunday, December 23, 2012
Menjelang Ulang Tahun Pertama
Hari natal ini genap satu tahun usia putri kedua saya. Senyuman kian menguntum seribu makna. Telatahnya bersulam ragam yang kadang kala mencuit hati. Syukur Allah sepanjang satu tahun ini Irdina Raudhah jarang diserang penyakit. Berkat konsistensi susu badan yang diberi, waima suri saya acapkali mengeluh jumlah susu yang kadangkala mengecewakan. Namun dalam susah payah itu tanpa sedar sudah satu tahun Irdina Raudhah membesar di depan mata kami.
Tuesday, December 18, 2012
Monday, December 17, 2012
Debar Hari Pertama
Menghantar Alya pertama kali ke sekolah (waima baru bertaraf pra-sekolah) terasa debarnya. Risau takut ada lakonannya di pagi hari. Alhamdulillah tidak sukar memujuknya tadi kerana sebelum ini hasrat untuk kesekolah sudah membuak-buak di dadanya. Walaubagaimanapun pagi tadi diturutkan juga segala kehendaknya. Dari baju apa yang mahu dipakainya sehingga menu sarapan paginya. Apa-apa sahajalah.
Usai 2 jam orientasi tampak riak gembira diwajah Alya. Ada ramai kawan kata Alya. Saya diberitahu cikgu di situ hari ini cuma sesi pengenalan diri dan membentuk disiplin diri sewaktu di sekolah. Belum lagi masuk sesi pembelajaran di kelas.
Riak wajah Alya memulakan diari baru dalam kehidupan. Waima masih lagi kecil, saya harap Alya betah menyesuaikan diri di alam persekolahan. Ini langkah pertama. Kelananya masih jauh. Saya tidak memaksa Alya. Namun cuba saya selami nuraninya. Kemahuan anak kecil yang penuh dengan jiwa besar. Saya tidak mengharapkan Alya jadi orang besar, masuk ke universiti yang bagus dan punya status yang tinggi di alam pekerjaan (waima di sudut hati saya turut mahu anak berjaya dalam lapangan kerjaya), cukuplah saya titipkan doa buat dia agar jadi ahli syurga. Karekter ahli syurga salah satunya adalah taat kepada ayah dan bondanya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































