Monday, October 07, 2013

[ Bila hati pada yang Satu ]



Bila hati bulat pada yang satu. Subhanallah, akan hadir ketenangan dalam jiwa. Hati akan sentiasa tenang. Syukur dengan rezeki yang sedikit, yang banyak boleh dibedak-bedakkan. Ketenangan itu cabang rohani. Waima untuk mencapainya juga sering sukar. Jauh dibawa hawa nafsu ke lubang zulmat. 
Cinta pada Allah. Waktu senang maupun susah.  Lurus atas sabda dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sunday, October 06, 2013

[ Hidup adalah perjalanan ]


Setiap hari pasti ada sesuatu yang baru berlaku dalam kehidupan. Itulah perjalanan yang terpaksa kita tempuhi samada suka mahupun tidak. Redholah dengan setiap ketentuan. Waima kadang ia sukar. Penuh ranjau dan tribulasi. Itulah jalan solafussoleh. Jalan para Nabi, yang nyata amat jauh mahu dibuat perbandingan.

[ Siapa kita perlukan? ]


Segalanya milik Azzawajalla. Kita ini penumpang dan dunia sebagai transit menuju ke daerah abadi. Setiap helaian nafas yang kita hirup ini adalah percuma. Kenapa kadang sukar untuk menitip syukur. Iya. Kadangkala berat. Berat di hati. Apatah lagi di bibir.
Ya Allah. 
Ampunlah kami yang selalu terlupa ini.
Acapkali bertembung antara haq dan batil, kami terperosok ke lembah kebatilan.
Lemahnya kami di gigit hawa nafsu yang membuas ini.
Ya Allah.
Ampunlah kami yang selalu terlupa ini.
Perkenankanlah. Perkenankanlah.
 

Tuesday, October 01, 2013

[ Jangan dilupa ]


Kala hati ini gusar. Sukarnya memujuk jiwa. Untuk lebih redho. Senang yang kadang melupakan cerita derita. Syukur waktu senang. Pasrah digigit ujian. Sebelah mana kaki kita melangkah?

Saturday, September 21, 2013

[ percik bunga api ]


Malam yang agak lewat bagi kami. Berkunjung ke Putrajaya. Putrajaya yang bukan asing bagi kami. Malam ini malam sebelum hari Malaysia. Ramai yang bersesak-sesak. Manakala kami menonton dari jauh saja. Sudut untuk memetik 'shutter' nikon sayapun cuma tangkap muat sahaja. Ini saja hasilnya yang 'ok' dari lain.

Wednesday, September 18, 2013

[ Sore 16.09.13 ]




Sore indah bersama-sama dengan anak-anak. Lupakan sekejap kehidupan selain lingkungan keluarga. Urusan keluarga harus jadi prioriti utama, Melihat tubir bibir mereka yang acapkali menguntum senyuman, bahkan ketawa riang, kadang jadi penawar mujarab.
Ini dunia mereka. Yang kadang si dewasa kurang mengerti.

Sunday, September 08, 2013

[ PROJEK ANJUNG - FASA SIAP ]



Alhamdulillah. Akhirnya bertemu jua fasa akhir. Fasa-fasa sebelum ini menuntut kesabaran. Ujian yang datang dari Allah. Syukur Tuhan atas rezeki ini.

[ JERNIH ]

Dunia memandang dalam sekalian gelora
Datang memagut lara yang nyata
Tangan ini mengenggam setiap butir-butir pasir
Berbisik soal cakna pada deria penuh derita
Satu jari ini diangkat ke langit
Tanda kesaksian yang tiada tara

Saturday, September 07, 2013

[ A Wise Man Once Said ]



“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu,
niscaya kamu untung di keduanya,
dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu,
karena kamu akan rugi di keduanya.
Singgah di dunia ini sebentar,
sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

-Imam Hasan Basri-

Thursday, September 05, 2013

[ Menara ]




Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah
merancang dan melaksanakan pembaharuan
mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?
menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan
menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya
menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri
menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi
Ah, melayukah Melayu ini?
yang melarat di pertiwi sendiri?

- genta-rasa.com - 

Merdeka slogan? Atau merdeka jiwa? 

Wednesday, September 04, 2013

[ Terik dan dingin September - Paya Indah Wetland ]


Derai hujan dari luar tingkap memecah sunyi malam. Hujan hampir setiap hari. Jika tidak pagi, petang, ataupun malam, membawa ke hari esoknya. Mencari mentari pada musim basah ini. Maka inilah masanya untuk bersama-sama wisata ke luar. Miski dalam daerah yang sama. 

Monday, September 02, 2013

[ SEMETRI #1 - Jambatan Putra ]







Setiap segi semetri jambatan putra dari kaca lensa yang dirakam waktu terik mentari memijar. Saya ke Putrajaya lagi. Kali ini seorang diri. Malam merdeka sebelumnya Putrajaya dihujani cahaya bunga api. Namun saya tidak berkesempatan untuk pergi  (saya amat jarang hadir di program yang perlukan saya bersesak-sesak begitu). Kebebasan dan ketenangan merakam itu cara saya. Apapun ini hidangan saya yang tidak seberapa.
  

Thursday, August 22, 2013

[ Erti Bahagia ]


“Kebahagiaan yang diukur dari hartan yang melimpah bukanlah sesuatu yang salah. Namun berucap syukur atas apapun yang telah Tuhan beri adalah kebahagiaan sejati.”


Apa erti bahagia. Definisi bahagia itu sudah subjektif. Barangkali. Adakala wujud secara zahir. Kadangkala hadir secara batin. Keamanan yang kita hirup di bumi malaysia ini juga bahagia. Bagi sesetengah orang. Bangun pagi dengan tenang, meneruskan rutin harian. Sama ada ruwet atau tidak. Hidup tanpa rencam. Lurus saja. Ikut konotasi masing-masing. 
Ada juga sampai waktu-waktu sulit dan rencam mengundang jiwa untuk diuji. Bahawa Ilahi masih memandang kita. Apa tingkah kita. Lalu hampir dengan kita setiap saat.

'Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya' -Al-kahfi ayat 7-

Benarlah. Kita masih belum bahagia jika belum diuji. Bumi Mesir dibakar api khianat si munafik. Bumi Sham pula diracun senjata kimia. Dunia datang kepada mereka dalam keadaan yang hina. Namun pergi mengadap Tuhannya dengan penuh bahagia. Kurnia apakah yang lebih besar daripada syahid bagi orang awam yang tidak maksum ini. Syahid yang tidak dijumpai oleh Saidina Khalid al-Walid kendati badannya penuh digaru mata-mata pedang musuh. 

Bahagialah buat mereka yang di uji. Sesungguhnya Allah sedang memandang mereka. Sesungguhnya Allah senantiasa dekat di hati-hati mereka.

'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?' -Al-ankabut ayat 3-


Sunday, August 18, 2013

[ Momen - Syawal 1434H ]







Merakam gelagat 2 putri kesayangan di sore idul fitri. Keletah mereka jadi sebahagian dari perca-perca keindahan di lebaran ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...