Wednesday, October 16, 2013

[ Allahuakbar! ]


[ CIC's Sporty Fruity Day ]







Sabtu 12.10.2013
Aktiviti sukan pertama buat Alya Insyirah
Bertempat di stadium taman tasik titiwangsa
Ada buak-buak ceria membutir
Menguntum senyuman dari bibirnya
Waima Alya Insyirah asyik mengadu pada kami yang matanya mengantuk
Resam si bocah. Tenaga yang datang entah dari mana.

Sunday, October 13, 2013

[ Dialah Suri ]


Dialah suri, dialah sandaranku, tempat bersandar kala rentan jiwaku. Tempat berkongsi segala ceritera suka dan duka. Dia terbaik di lensa, retina jua di hati. Selamat buatmu, selamat buat kita, selamat buat 2 bocah si putri kita.

Monday, October 07, 2013

[ Bila hati pada yang Satu ]



Bila hati bulat pada yang satu. Subhanallah, akan hadir ketenangan dalam jiwa. Hati akan sentiasa tenang. Syukur dengan rezeki yang sedikit, yang banyak boleh dibedak-bedakkan. Ketenangan itu cabang rohani. Waima untuk mencapainya juga sering sukar. Jauh dibawa hawa nafsu ke lubang zulmat. 
Cinta pada Allah. Waktu senang maupun susah.  Lurus atas sabda dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Sunday, October 06, 2013

[ Hidup adalah perjalanan ]


Setiap hari pasti ada sesuatu yang baru berlaku dalam kehidupan. Itulah perjalanan yang terpaksa kita tempuhi samada suka mahupun tidak. Redholah dengan setiap ketentuan. Waima kadang ia sukar. Penuh ranjau dan tribulasi. Itulah jalan solafussoleh. Jalan para Nabi, yang nyata amat jauh mahu dibuat perbandingan.

[ Siapa kita perlukan? ]


Segalanya milik Azzawajalla. Kita ini penumpang dan dunia sebagai transit menuju ke daerah abadi. Setiap helaian nafas yang kita hirup ini adalah percuma. Kenapa kadang sukar untuk menitip syukur. Iya. Kadangkala berat. Berat di hati. Apatah lagi di bibir.
Ya Allah. 
Ampunlah kami yang selalu terlupa ini.
Acapkali bertembung antara haq dan batil, kami terperosok ke lembah kebatilan.
Lemahnya kami di gigit hawa nafsu yang membuas ini.
Ya Allah.
Ampunlah kami yang selalu terlupa ini.
Perkenankanlah. Perkenankanlah.
 

Tuesday, October 01, 2013

[ Jangan dilupa ]


Kala hati ini gusar. Sukarnya memujuk jiwa. Untuk lebih redho. Senang yang kadang melupakan cerita derita. Syukur waktu senang. Pasrah digigit ujian. Sebelah mana kaki kita melangkah?

Saturday, September 21, 2013

[ percik bunga api ]


Malam yang agak lewat bagi kami. Berkunjung ke Putrajaya. Putrajaya yang bukan asing bagi kami. Malam ini malam sebelum hari Malaysia. Ramai yang bersesak-sesak. Manakala kami menonton dari jauh saja. Sudut untuk memetik 'shutter' nikon sayapun cuma tangkap muat sahaja. Ini saja hasilnya yang 'ok' dari lain.

Wednesday, September 18, 2013

[ Sore 16.09.13 ]




Sore indah bersama-sama dengan anak-anak. Lupakan sekejap kehidupan selain lingkungan keluarga. Urusan keluarga harus jadi prioriti utama, Melihat tubir bibir mereka yang acapkali menguntum senyuman, bahkan ketawa riang, kadang jadi penawar mujarab.
Ini dunia mereka. Yang kadang si dewasa kurang mengerti.

Sunday, September 08, 2013

[ PROJEK ANJUNG - FASA SIAP ]



Alhamdulillah. Akhirnya bertemu jua fasa akhir. Fasa-fasa sebelum ini menuntut kesabaran. Ujian yang datang dari Allah. Syukur Tuhan atas rezeki ini.

[ JERNIH ]

Dunia memandang dalam sekalian gelora
Datang memagut lara yang nyata
Tangan ini mengenggam setiap butir-butir pasir
Berbisik soal cakna pada deria penuh derita
Satu jari ini diangkat ke langit
Tanda kesaksian yang tiada tara

Saturday, September 07, 2013

[ A Wise Man Once Said ]



“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu,
niscaya kamu untung di keduanya,
dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu,
karena kamu akan rugi di keduanya.
Singgah di dunia ini sebentar,
sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

-Imam Hasan Basri-

Thursday, September 05, 2013

[ Menara ]




Setelah lebih lima dekad Melayu memerintah
merancang dan melaksanakan pembaharuan
mengapa katanya Melayu masih ketinggalan?
menjadi ‘penumpang’ dengan gelar ketuanan
menjadi ‘pengemis’ dalam watan yang kaya-raya
menjadi ‘miskin’ di kepuk bumi sendiri
menjadi ‘melukut’ dalam gantang peribumi
Ah, melayukah Melayu ini?
yang melarat di pertiwi sendiri?

- genta-rasa.com - 

Merdeka slogan? Atau merdeka jiwa? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...