Berada di tanah haram ini, Makkatul Mukarramah, daerah suci yang menghimpun margfirah yang tidak terhempang arusnya. Sungguh jiwa ini amat kerdil. Kala kaabah menjadi saksi segalanya. Dengan rendah dan hina diri ini. Titik noda yang bersarang. Dosa yang menyaluti diri. Ya Allah, demi nyawa ku ini, aku datang dengan jiwa seorang hamba. Mengharap keampunan dari-Mu yang membuhul. Ampunilah daku.
Sunday, March 23, 2014
Tuesday, March 18, 2014
Thursday, March 13, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Sunday, February 16, 2014
[Ziarah Tanah Haram - Siri 1 - Madinah Al-Munawwarah]
Di bawah kubah hijau itulah bersemadinya jasad agung baginda Rasulullah s.a.w.
Makam yang mulia Kekasih Allah
Raudhah - Taman diantara taman-taman syurga
Kembara rohani saya dan suri menyusuri sungai sejarah. Tenang jiwa ini. Tulus mengharap redho yang esa. Menempuh perjalanan yang amat panjang dari tanahair; KLIA ke Madinah. Namun semangat untuk menunaikan ibadah ini tidak pernah pudar. Dinihari kami sampai ke lapangan terbang Madinah. 9 jam yang lelah dalam pesawat; Saudi Airlines. Penat bercampur gembira. Terkenangkan juga 2 puteri kami di tanahair. Dengan jurang waktu di Saudi yang kelewatan 5 jam, mungkin mereka sudah bangun. Sedang kami di sini berselubung dengan pekat malam.
Sekitar 2 pagi kami sampai di hotel. 'Check in' langsung rebah di atas katil. Tentatif esok paginya ziarah ke Masjid Nabawi.
Bersambung.
Sunday, January 26, 2014
[ Kelana Rohani ]
Terasa lama singgah ke sini. Ya! waima cuma saya. Saya seorang yang bercerita, tanpa pembaca, tanpa pendengar. Ya! ruang ini sejak lama sudah jadi peribadi. Bukan tentang saya. Tapi seputar cerita putri-putri saya. Biarlah kadang ia menjengkelkan yang cuba singgah di sini. Seperti saya katakan tadi, ruang ini sudah peribadi sifatnya.
Sudah 25 januari 2014. Si kakak baru usai kebah dari demam. Si adik pula menyusul. Moga Allah memelihara mereka berdua.
P/s: InsyaAllah pagi 27 januari ini saya dan suri akan menunaikan umrah. Persiapan material alhamdulillah hampir siap. Cuma persiapan hati kadangakala jadi kerisauan saya. Kelana ke daerah suci, adakah hati ini sudah bersih? Astaghfirullah...Ampunilah daku. Permudahkan kembara rohaniku ini.
Sunday, January 12, 2014
[ 2 cahaya ]
2 cahaya saya. Menerangi hati saya kala suram. Malampun jadi cerah. Siang makin bersinar. Kadang juga cahayanya kadang malap. Namun yang malap itu lekas hilangnya. Kemudian berbunga-bunga semula hati saya.
Sunday, January 05, 2014
[ Semetri ]
Saya tidak menyambut ritual tahun baru seperti orang-orang lain. Sama ada berkonsert atau berguling. Cuma saya duduk diberanda rumah bersama puteri sulung saya memerhati percikan bunga api dari jauh. Suri dan si puteri bungsu sudah berselimut mimpi. Noktah.
Rasanya sudah lewat jika mahu bercerita tentang awal tahun baru. Tahun ujian buat rakyat Malaysia. Noktah.
p/s: Gambar satu Jan di Putrajaya. Langsung dari peranti telefon bijak saya. Terlupa pula mengusung X100s .
Saturday, January 04, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)




























