Wednesday, June 25, 2008

Saat itu nanti

ku katakan kepadamu
dari gemersik suara mentafsir
dalam kerinduan yang mengbungkam
menatapi sisi kasihku
dari tutur pertama
mengucap bait cinta

menyanyilah beburung
hinggap dari tudung imanmu
desah angin menitip akrab suria pagi
ku katakan padamu
saat itu nanti
pasti terlukis seribu warna

9 comments:

mustika said...

nampaknya saudara ni sedang dilamun cinta yang amat mendalam.jangan hanya pada waktu sekejap sahaja perasaan itu membara..biarkan ia membara sehingga ke akhirnya.

mustika said...

saya harap saudari seri dapat juga memberi komen jugak.saya ingin mengetahui pendapat saudari.

seri said...

seri di sini..
nak komen pe ek?? no komen la

Hisham Alias said...

mustika. puisi ini datang dari nyalarasa. siapapun akan alami perasaan sebegini. bukan sahaja perasaan cinta tapi juga perasaan2 yang lain. mungkin saya cuba untuk menjadi neruda yang tenar dengan puisi2 cintanya. cinta itu milik Azzawajalla. saya cuma meminjamnya. sementara ada nafas yang berombak di dada.

mustika said...

memang kita meminjam cinta.Begitu senang bagi seseorang manusia itu mengkhianati cinta.Atas alasan cinta tiada lg dihati..manusia memang insan yang lemah dan terpengaruh dengan hawa nafsu. hanya iman sahaja bekalan di hati. Cinta adalah kurniaan Ilahi yang tak terhinggap kepada manusia.Jadi jagailah ia.Menyintai seseorang kerana Yang Maha Esa adalah sesuatu yang indah dan mencintai Yang Maha Esa adalah sesuatu yang agung.Saya harap kata-kata saya tidak silap dari pandangan saudara.

bilkis said...

saya setuju dengan mustika.. 'menyintai seseorang kerana Yang Maha Esa adalah sesuatu yang indah dan menyintai Yang Maha Esa adalah sesuatu yang agung' dan cinta itu adalah sejati dan berkekalan..CINTA MANUSIA..?kadang2 rasa nak tergelak bila bercakap pasal cinta.. yang pasti hati manusia bila2 masa saja boleh berubah.. :(

bilkis said...

Apapun saya doakan yang terbaik untuk saudara Hisham dan pasangan.. bila tarikh keramat tu? :)

gathiscun said...

Bertanya sang bayu padaku
Mengapa kau masih disitu
Tiadakah jemu kau menunggu?
Oh…

Dan buat seorang perindu
Penantian hanyalah waktu
Di kamus hatiku tiada istilah jemu
Oh..

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Bukalah sedikit hatimu
Kenali siapa daku
Perit ku pendam rasa hati
Malu mengakui

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanyalah mimpi (hanya mimpi) yang indah
Akhirnya nanti kecewa

Tanpa mahu mengakui kau pun dihati
Diluar sedar kau ku rindui

Penantianmu/ku hanya ruang waktu
Tiba masa kan terbukti cintaku

Tak mudah percaya pada pengakuan
Aku dihatimu yang tersayang

Hentikanlah saja jenaka bermadah
Biasa terlalu sering ku dengar
Ceritera cinta tiada berubah
Hanya mimpi (hanya mimpi)…yeah…yeah…

Hisham Alias said...

saya setuju dengan mustika. cinta yang agung ialah cinta kepada khaliq. jika tiada cinta pada yang Maha Pencipta mana bisa hadir cinta pada yang lainnya...cintailah seorang kerana Allah...pasangan yg soleh/solehah membawa kita ke syurga abadi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...