Memang susah untuk menjangka apa yang terjadi dalam sisi-sisi kehidupan kita yang mendatang. Masa takkan berjeda waimapun sebentar. Ia akan terus berjalan. Berjalan menyelusuri setiap perjalanan hidup ini yang tak terhempang arusnya. Pastinya kita memilih untuk yang lebih baik dalam kehidupan kita dan yang baik-baik itu bukan selalunya datang.
Noktah.
Buat seantero warga Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, khusus buat unit kewangan. Tiada kata dapat ditutur di tubir bibir. Seloka-tawa yang menguntum buak-buak ceria, kadangkala juga nargis datang bertiup kencang. Namun itu yang menjadikan perjalanan kita di sini ada manisnya. Dan rasa manis ini akan sentiasa melekat dibibir aku selamanya. Masa akan terus berjalan. Jarum panjang dan pendek akan sentiasa berkejaran. Namun segala kenangan di sini akan sentiasa terkapuk kukuh di hati.
Noktah.
4 comments:
amboi..bahasa2 saudara sukar sekali difahami..begitu kreatif dan inovatif..oh..nak tanya..ape maksud naratif tu?? cari dlm kamus dewan maksud dia tak jmpa pun..hu..hu..
saya suka dengan penggunaan ayat yang puitis...susah nak cari orang minat sastera sekarang ini.
saudari seri naratif bermaksud cerita atau kisah tentang peristiwa. mungkin saudari seri terlepas pandang. memang ada dalam kamus dewan edisi ke3. apapun terima kasih kerana sudi menjengah ke blog ini.
ala..patut pun tak jumpa2 maksud dia. rupa2 nye tgk kamus yang 1st edition..ketinggalan betul la..
Post a Comment