ada meja kecil di tepi tingkap. ada suara cicip beburung di dahan luar. pawana menghembus dingin. sayup dikejauhan menghijau belantara. ruas pandang saya tertancap pada keindahan ini. lari dari hiruk-pikuk manusia dan seputarnya yang pelbagai rencam.
noktah
berada di akademi percukaian malaysia kala saya sedang sebuk mempersiapkan segala macam untuk majlis walimah di anjung tahun nanti. rancangan telah dibuat dan disenaraikan apa yang perlu untuk keperluan majlis tersebut. tapi nampaknya yang paling sebuk adalah 'dia'. saya yakin 'dia' tahu mana yang terbaik. saya di sini pula bergelumang kembali dengan kuliah, ujian dan tugasan, memang payah rasanya untuk mengembalikan momentum untuk menelaah semula seperti di kampus dahulu. namun perjalanan ini perlu diteruskan juga. antara susur perjalanan-perjalanan yang perlu saya lalui dalam kehidupan yang singkat ini.
noktah
sore beranjak senja. peserta kursus asas perkhidmatan pegawai gred 7 lhdnm bergerak keluar dari auditorium seusai mendengar taklimat dari pihak penyelaras. suasana hingar sebentar sebelum beredar ke kamar masing-masing

1 comment:
tahniah saya ucapkan kepada saudara.semoga masjid yang dibina kukuh tanpa menggunakan konkrit yang murah.Maka tiadalah keretakan yang berlaku pada bangunan tersebut.
Post a Comment