Awan hitam memayungi mandala ini. Entah mahu hujan atau tidak. Mungkin mainan alam. Di rumah ini dengan segala yang ada dan tidak ada, aku masih risau dengan diri yang membawa diari kelam dalam segala ketidakpastian. Kemurungan atau gelak tawa. Kadangkala bawa racau dalam diri. Tuntutan material dalam milenium ini kadangkala buat jiwa ini kacau.
Esok aku akan kekantor. Begitu juga isteriku. Kami sama-sama mencari rezeki halal. Pergi pagi, balik lewat petang. Kadangkala menjergah ke margrib. Lalu dalam kelelahan, tiada nafsu untuk diomongkan. Nanti, InsyaAllah, kami bakal punya anak. Dan anak ini datang bersama tanggungjawab. Ia menuntut aku, kami untuk berubah dan merubah. Gaya hidup, impian, cita-cita, mimpi, khayal, kompleksiti yang meratah jiwa. Aku mahu sedar. Sedar dari segala-galanya. Serta syukuri apa jua nikmatnya.

1 comment:
Salam,lama tak dengar citer,camner dengan kerja sekarang?ok tak?bini ko macamner lak da ada isi ke belum?ko sekarang tinggal kat mana sekarang rumah lama lagi ker?bila lak nak jumpa ko lagi lak ni...ok la jumpa lagi...ex-roomate ko kat ipn,
Post a Comment