April bagaikan perayaan besar di pejabat saya. Meriah dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang datang dengan rasa tanggungjawab pada negara, ada juga yang datang lantaran terpaksa dan mengharapkan april tidak akan muncul pada tahun ini. April juga waktu saya ketemu semula dengan rakan-rakan lama saya. Ada yang menelefon, ada juga yang terus bersua muka menemui saya di kantor. Pastinya mereka datang dengan niat yang satu. Semuanya berkenaan dengan cukai. Jika dikenakan 'fees' mungkin saya dah boleh buat duit muka civic hibrid atau prius. 'boleh tolong dapatkan no-pin tak', 'tolong resetkan password', 'checkkan refund aku bila boleh dapat', 'check nombor cukai', 'buatkan e-filling', ecetra ecetra. Namun kadangkala melayan mereka-meraka ini, menguntum senyuman di tubir bibir saya. Sudah memang kerja saya memberikan perkhidmatan dengan sedaya yang termampu. Ada rakan di tempat kerja lama saya dahulu menelefon saya bertanyakan berkenaan status cukainya. Ujarnya pada saya dia amat takut berurusan dengan jabatan kerajaan, tambah-tambah lagi dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Stigma bahawa orang-orang kerajaan ini garang-garang. Saya tersenyum digagang apabila dikatakan kami-kami ini garang-garang orangnya. Saya katakan padanya, datang saja ke mana-mana cawangan mesti ada pegawai yang sedia membantu dengan senyuman. Saya katakan pada rakan saya itu kebiasaan yang berlaku adalah sebaliknya, selalu kami yang kena marah, sindir dan maki hamun. Pengarah saya ada berpesan, bawa pensil apabila bertemu dengan pelanggan. Sekiranya dimarahi, lepaskan saja geram pada pensil tersebut. Namun tips tersebut belum saya amalkan lagi.
Koma.
Tinggal cuma 8 hari. Jangan tunggu hingga di saat-saat akhir. Namun dari pengalaman tahun-tahun sebelum ini. Makin suntuk waktu, makin ramai yang berkunjung ke kaunter atau kiosk e-filing. Mungkin ada yang suka menghantar di hujung-hujung waktu. Makin ramai makin meriah, makin bersemangat. Itu pelangan, petugas pula macam mana. Lenguh segala sendi, tekak pula kering. Jika mahu juga datang di saat-saat akhir, datanglah. Tidak pula kami menghalau. Tunaikanlah tanggungjawab pada negara. Kami sedia membantu.
Noktah
No comments:
Post a Comment