Cuaca panas di luar membawa kami ke sini. Saya dan si kecil alya sudah merasanya. Tinggal bonda yang masih belum lagi menikmatinya. Sebetulnya ia tidaklah dirancang, cuma kebetulan ketemu dengan 'tutti frutti' yang ada orang katakan sedap. Aiskerim yogurt ini sebetulnya tidak menepati tekak saya. Lebih enak aiskerim kampung yang pelbagai perisa dijual dalam bekas plastik panjang itu. Tapi sebab di kota ini, jika mahu dipandang urban, di sinilah tempatnya. Aiskerim kini sudah jadi kayu ukur status. Aduhai...
No comments:
Post a Comment