Monday, July 30, 2012

Ini kalam Allah


Tahun ini tiada entri awal menyambut Ramadhan Kareem. Namun tiada langsung niat dihati ini menidakkan kedatangannya. Nyatanya Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah esok masuk hari yang ke-11 berpuasa. Syukur masih lagi diberi peluang meneguk sumur segar penuh barakah dibulan mulia ini. Amal sepatutnya sudah kian cergas, bukan bermalasan lagi. 
Tahun pertama ramadhan di Tasik Prima. Alhamdulillah surau untuk ahli karyah di sini sempat juga merasa menunaikan solat fardu  dan tarawih, waima pembinaannya masih lagi berjalan, manakala kosnya pula masih lagi kurang. 
Ramadhan kali ini dihidangkan dengan santapan ujian sukan olimpik. Manakala pasukan dari liga inggeris sebuk pula nak adakan perlawanan persahabatan dengan tim negara. Namun saya cuba bersangka baik pada peminat sukan tanahair. Puasa dan terawih harap tidak dilupakan. Amin..
Ramadhan kali ini saya cuba istiqmahkan diri mentaddabbur al-Quran, bukan setakat khatamkannya. Membaca beberapa helai mukasurat sehari berserta terjemahan. Mengambil ibrah daripada-Nya. Moga Allah membantu. Amin.
Syukur Allah atas nikmat ini. Nikmat Ramadhan yang tidak terhempang arus rahmatnya. Telah banyak Allah mengabulkan doa-doa insan kerdil ini. Waima sebahagian besar doa-doa yang dititipkan telah dilupai. Maha besar Allah. Hamba-Mu ini tunduk malu pada-Mu. Ya rabbil a'lamin.

Saturday, July 14, 2012

selamat malam 14 julai 2012


Gambar penutup malam ini. Dingin saja cuacanya. Siang tadi jenuh dengan aktiviti luar. Dua puteri telah pun beradu. Esok masih banyak sisi dunia untuk mereka teroka. Moga segalanya dapat mencerna akal fikir. 

Thursday, July 12, 2012

Belon


Tiada 'posting' yang mencerna minda. Cukuplah belon-belon ini jadi peneman malam jumaat.

Wednesday, July 11, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Mencari makna diangka 32


3 dasawarsa sudah saya lawati. Kini tahunnya mula beranjak. Menuntun usia yang kian renta. Apa pengalaman yang telah dikutip. Entah. Kehidupan saya tidaklah sebegitu dramatik seperti sesetengah orang, jauh lagi jika mahu di kacativikan. Yang ada hanya kata syukur pada tuhan atas usia ini. Masa yang berjalan. Kehidupan yang penuh keyakinan dan liku-liku curam. Saya hamparkan seluruh nyalarasa ini dengan syukur pada Allah atas kasih sayang dan rahmat-Nya. 

Monday, July 09, 2012

Mencari masa untuk mengisi ruang yang sudah lama tidak diisi


Lama rasanya diri saya tidak diulit dengan bahan-bahan bacaan, samada bacaan jenis ilmiah, separa ilmiah, bacaan ringan atau berat, atau kosong tanpa punya apa-apa makna. Mungkin saya perlu membaca semula. Rujukan di alam maya tidak segalanya absah. Banyak yang perlu disaring. Meninggalkan dunia maya amat sukar untuk saya. Sering juga menerima teguran dari suri. Eskapisme mungkin. Ecstasy untuk saya keluar. Memulakan semula minat menulis. Puisi utamanya. Lavanya masih mengalir. Namun kadangkala hujan turun jadikannya keras. Idea demi idea kian membungkus. Aksara-aksara mulai mengecil. Anak-anak mula ajak saya melayan kerenah mereka. Suri mohon bantu urusan lauk-pauk, baju dan (shopping!!!). Memilih jenis bacaan bersastera tinggi tak termampu retina saya menatapnya sekarang ini. Menulis seperenggan ayat atau sebari puisi sudah jadi payah. Namun saya mahu cuba mulakannya semula. Walaupun dengan satu berkataan.
p/s : Pesta buku selangor adalah langkah mula saya. Namun berapa lama pula dapat saya khatam semuanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...