Tahun ini tiada entri awal menyambut Ramadhan Kareem. Namun tiada langsung niat dihati ini menidakkan kedatangannya. Nyatanya Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah esok masuk hari yang ke-11 berpuasa. Syukur masih lagi diberi peluang meneguk sumur segar penuh barakah dibulan mulia ini. Amal sepatutnya sudah kian cergas, bukan bermalasan lagi.
Tahun pertama ramadhan di Tasik Prima. Alhamdulillah surau untuk ahli karyah di sini sempat juga merasa menunaikan solat fardu dan tarawih, waima pembinaannya masih lagi berjalan, manakala kosnya pula masih lagi kurang.
Ramadhan kali ini dihidangkan dengan santapan ujian sukan olimpik. Manakala pasukan dari liga inggeris sebuk pula nak adakan perlawanan persahabatan dengan tim negara. Namun saya cuba bersangka baik pada peminat sukan tanahair. Puasa dan terawih harap tidak dilupakan. Amin..
Ramadhan kali ini saya cuba istiqmahkan diri mentaddabbur al-Quran, bukan setakat khatamkannya. Membaca beberapa helai mukasurat sehari berserta terjemahan. Mengambil ibrah daripada-Nya. Moga Allah membantu. Amin.
Syukur Allah atas nikmat ini. Nikmat Ramadhan yang tidak terhempang arus rahmatnya. Telah banyak Allah mengabulkan doa-doa insan kerdil ini. Waima sebahagian besar doa-doa yang dititipkan telah dilupai. Maha besar Allah. Hamba-Mu ini tunduk malu pada-Mu. Ya rabbil a'lamin.
No comments:
Post a Comment