Monday, April 29, 2013

Sekilas di jantung kota





Sekilas di jantung kota
di sisi setiap rinci turun naik nafas
gelojak jiwa
kosong
airmata
bencana datang bergulir
dari guruh dan petir

Hasil di anjung minggu


Dua lensa dan buku-buku. 2 hari yang menghimpun lelah. Sabtunya saya, suri dan si kakak, Insyirah ke pesta buku kuala lumpur. Ada beberapa buku yang sudah ada dalam senarai saya untuk saya beli, sebahagian besarnya dari penerbit-penerbit bebas. Suri pula dengan novel-novel malar cinta dari toko-toko buku besar karangkraf dan PTS. Insyirah pula kami belikan buku yang sesuai dengan level dia. Cukup semua kami beransur pulang. Manusia semakin ramai, ditambah dengan rombongan sekolahnya lagi. Cukuplah hampir 2 jam di sana. Selepas ini tugas yang paling ruwet adalah mengkhatamnya. Moga-moga usai sehingga PBAKL tahun hadapan.
Noktah.
Esoknya yang keluar mencari lensa. Tujuan cuma mahu membeli lensa sudut luas (wide angle lens), 'conversion' tu tak masuk dalam senarai, tapi rasa macam berguna langsung turut saya beli. Kini dalam rangkaian lensa sudah ada 'prime', 'ultra wide angle' dan 'wide & macro converter'. Hampir lengkap sudah.
Noktah.

Wednesday, April 24, 2013

Mangga


Mangga. Jika buah enaklah dimakan. Ini mangga besi. Pemisah, dan penyelamat luar dan dalam. Kadang buat kita rasa selamat. Namun selalu kita lupai yang memegang hati-hati kita. Allah adalah kunci segala-segala yang ada. Kunci kepada segenap masalah yang datang yang juga kita rasa amat ruwet mau dirungkaikan. Anak kuncinya adalah iman. Paksinya syahadah yang agung. 

Tuesday, April 23, 2013

Peace!!!!


Musim pilihan raya. Rakyat memilih. Pemimpin yang dipilih. Jangan gelorakan rasa benci. Tolak perasuah dan pelucah. Rencanakan yang terbaik untuk 5 tahun lagi. Waktu itu Insyirah sudah 9 tahun. Masih belum layak mengundi lagi. Namun ubahlah sekarang. Ubah demi masa depan yang gemerlapan cahayanya. Demi Malaysia yang baru. Sirna yang gemilang. Namun Allah jua yang maha mengetahui. 
"Dan mereka merancang, Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik-baik perancang". (Surah al Imran ayat 54)

Waktu itu Insyirah sudah 9 tahun. Masih belum layak mengundi lagi.

Tuesday, April 16, 2013

eskalator


Ada yang memilih menuruni tangga. Ada yang selesa dengan kudrat kaki. Namun ramai yang memilih ini, jika diberi pilihan. Biarlah kita bebas memilih. Turun maupun naik. Tiada siapa yang melarang.
Noktah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...