Kredit kepada bro Ijam atas penganjuran J.O.M edisi Batu Caves. Banyak ilmu yang diperolehi. Program yang santai, tapi bermanfaat.
Sunday, October 31, 2010
Monday, October 25, 2010
Sunday, October 24, 2010
Monday, October 18, 2010
Wisata di Cherating 1




Rehlah dan wisata ke Cherating. Mengisi anjung minggu ini. Merasa dipuput bayu pantai yang sudah lama tidak disapa. Buat si kecil alya, ini adalah pengalaman pertama bermain dengan butir-butir pasir di pantai, juga merasa busa-busa ombak di gigi air. Rasa intuisi yang amat. Biar dia meneroka setiap rinci alam ini, merasa keagungan alam ciptaan tuhan Rabbuljalil.
Sunday, October 10, 2010
Wednesday, October 06, 2010
Epilog
Semahunya saya mencari peluang untuk berwisata jauh dari kehidupan seharian yang semi ruwet ini. Membawa suri dan sekecil menikmati setiap helai nafas dengan bibit ceria dan ukiran senyuman. Entah. Serasa susah mahu mencarinya. Bumbu kehidupan ini kadangkala membawa saya jadi manusia materialisme. Laut fikir yang sentiasa berkelintar dengan kehendak duniawi. 30 tahun mungkin, sebelum pencen. Itupun jika nafas masih berombak. Duduk berteleku di meja. Menguliti setiap rinci tanggungjawab. Untuk upah di anjung bulan. Titik noktah masih jauh. Masih ada koma, tanda soal dan seru diantaranya.
Tuesday, October 05, 2010
Di anjung syawal 1431H
Hari-hari terakhir bulan syawal 1431 hijrah. Di pejabat sambutannya masih terasa. Jamuan demi jamuan diadakan. Dari satu unit ke satu unit. Ada juga yang mengira puasa sunat enam hari yang masih berbaki sebelum syawal melabuhkan tirai, atau melangsungkan walimah mengutip berkat bulan mulia. Apa jua interprestasi kita, rangkuman aktiviti sepanjang bulan ini terangkum kemeriahan yang tersendiri.
Noktah.
Monday, October 04, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Monday, September 27, 2010
Friday, September 24, 2010
Monday, September 20, 2010
Sunday, September 19, 2010
Gambar

Untuk menyampaikan sesuatu maksud tidak semestinya dengan tutur perkataan. Ia boleh saja dizahirkan melalui apa saja medium samaada secara visual, sentuhan, isyarat, dan bunyi-bunyi. Gambar contohnya.
Sudah lama tidak menukilkan aksara demi aksara di laman ini. Mungkin fikiran sudah buntu. Ataupun mungkin juga sebab kekangan masa. Jika tiada apa yang mahu dikongsikan dengan perkataan, laman ini akan dipenuhi foto-foto dari pelbagai sisi kehidupan saya dan apa sahaja seputar saya. Mereka yang menemani saya saban waktu. Suri dan si kecil terutamanya. Biar gambar menukilkan maksud yang tersirat dan tersurat. Bebas berintepretasi, dan bereksperimen.
Saturday, September 18, 2010
Tuesday, September 07, 2010
Sunday, September 05, 2010
Rumah
Ini merupakan fasa berikutnya dalam kehidupan kami sekeluarga. Memiliki rumah sendiri adalah saat yang paling bermakna. Ia bukan keputusan dalam masa satu hari. Perlu timbangtara sewajarnya, terutamanya soal kemampuan kewangan keluarga. Disamping pemilihan lokasi, harga dan fasiliti, teres ataupun apartmen, baru ataupun lama. Alhamdulillah. Tuhan tunjukkan jalannya. Akhirnya kami memilih rumah teres 2 tingkat di Puchong. Tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Insyaallah. Dalam penghujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan dijangka akan siap. Moga Allah permudahkan urusan kami, dan permurahkan rezeki kami. Amin.Friday, September 03, 2010
Thursday, August 26, 2010
Ramadhan dipertengahan
Ramadhan dipertengahan. Rasa alhamdulillah mengukir di tubir bibir. Masih diberi peluang meneguk madu kasih ramadhan besar ini. Nikmat yang tidak terhingga. Namun dalam rasa syukur yang tidak terhempang ini, gelojak nafsu kadang juga sukar dimengerti. Bayi kecil tiada dosa dibuang bagai sampah, anak kecil dan isteri jadi sembelihan si ayah, ada yang meneguk alkohol tanpa silu, kata maki politikus tanpa hujung dan aneka gejala yang berselimutkan nafsu.
Nun jauh di asia timur, di Pakistan sana, saudara kita dalam bencana tanpa tanda duga. Kehidupan yang sudah cukup payah, ditambah dengan tragedi ini. Apa lagi yang tinggal. Kita di sini hanya berdoa, sedang di sana tidak cukup sekadar titipan doa. Tapi bantuan untuk kelangsungan kehidupan. Pun begitu di Gaza, Baitumaqdis, Lubnan, yang masih dahagakan segala macam bantuan. Harapan bantuan dari umat islam yang simpati. Biarpun sedikit yang diberi, namun besar di sisi tuhan. Usahlah mengharapkan secupak beras dan gandum dari saudagar-saudagar arab yang melimpahkan dinar dan darhamnya untuk sepasukan bolasepak yang bukan dari leluhur bangsanya atau agamanya. Biarlah mereka lena di Palm Island, dubai, atau London, atau Paris, atau zurich, atau Manhantan, atau dimana-manapun. Bawalah kemana saja kunci gudang harta karun mu.
Ramadhan dipertengahan. Rasa alhamdulillah mengukir di tubir bibir. Masih diberi peluang meneguk madu kasih ramadhan besar ini.
Friday, August 20, 2010
Di fasa ke dua
Ramadhan memasuki fasa ke dua. Dimana diri kita waktu ini. Adakah masih lagi berwalah-walahan. Seperti bulan-bulan lain sebelum ini.
Friday, August 13, 2010
Ramadhan
Ramadhan mengusung rahmat yang tidak terhempang. Kedatangannya menyimpul barakah. Buat umat Islam, ramadhan adalah hadiah Allah buat hamba yang bertaqwa.
Monday, August 09, 2010
Suara
Hari ini suaranya masih sama. Seperti hari-hari sebelumnya. Gelak-tawa penuh ceria memecah setiap sisi yang sentiasa mahu berdamping dengannya. Hilang rasa asa yang amat. Seringkali merengkuh dirinya. Mendakap penuh mesra. Membangkitkan nyala rindu kala berjauhan. Dan itulah kuasa cinta.
Saturday, July 31, 2010
Misi mustahil

Sedang selongkar dalam poket seluar-seluar lama, kotak-kotak lama, bawah tilam, celah-celah bantal, bawah tikar, bawah peti ais, dalam bekas CD, rak buku, rak kasut, dasboard kereta, buku akaun bank lama-lama, tepi tong gas, dalam almari baju. Ecetra-ecetra. Takut-takut terjumpa 2-3 ribu RM. Dapat juga beli material di atas. Obsesi.
Wednesday, July 28, 2010
Sunday, July 18, 2010
Hari-hari tipikal
Hari-hari tipikal berlangsung seperti biasa. Kerja dikantor yang rigid. Politik nusa masih lagi memualkan. 5 item bersubsidi diselaraskan, seperti yang dilaporkan kerajaan dilidah-lidah media(baca: itu maknanya harga barang nak naiklah bodoh!!!). Rakyat sudah lali dengan kenaikan itu dan ini. Ini dapatlah dilihat stesen-stesen minyak masih lagi 'cool' seperti biasa. Tiada yang beratur panjang. Jadi tiada apa yang baru dalam hidup saya sekarang ini. Cuma yang bertransformasi dalam kehidupan saya hanya sikecil alya yang kian hantap (dalam loghat perak bermaksud berisi). Hatta opahnya sudah tidak larat mendukungnya dalam tempoh yang lama. Tingkahnya mula pelbagai. Matanya melihat setiap sisi dunia dengan rasa kuiri yang amat. Waima masih belum boleh menutur butir-butir perkataan. Reseptor-reseptornya cukup laju menyentuh apa sahaja yang baru muncul di bebola retinanya. Kini segala barang penting dan bahaya saya letakkan di tempat yang tidak mampu dijangkaunya. Kadangkala lelah juga menjaganya. Namun nyalahati saya tetap merasakan kepuasan dan keseronokan. Ya. Anak kecil yang innocent ini sudah cukup buat hati saya girang. Perasaan seorang ayah amat seni untuk dimengertikan. Itulah yang saya rasai kini. Mungkin lain ayah lain konsepnya. Arwah bapak dulu tegas dan garang orangnya. Arwah adalah pesara polis. Jadi tidaklah jadi kehairanan jika anak-anaknya dididik seperti merekrut pegawai polis. Susah mahu melihat arwah tersenyum. Namun jauh disudut hatinya, kami adik-beradik sedar yang arwah amat menyayangi kami sekeluarga. Tak pernah kami keputusan makanan, belanja sekolah, buku-buku, pakaian. Segalanya cukup dalam kesederhanan. Gaji pegawai polis pangkat rendah berapalah sangat waktu itu berbanding sekarang yang bermacam-macam elaun (tak termasuk elaun kopi saman). Pistolpun berkarat sebab jarang guna. Sekarang ini polis boleh juga main tembak-tembak dengan budak-budak sekolah yang memandu tanpa lesen. Itu cara didikan arwah untuk kami. Berkesan untuk kami, tapi mungkin tidak untuk alya dan adik-adik alya nanti. Mendidik anak di zaman blog, twitter dan facebook ini penuh dengan cabaran. Ditambah lagi seperti saya yang tinggal di metrokota. Sebab itu ramai pakar-pakar motivasi yang muncul untuk merawat penyakit-penyakit sosial yang bercambah. Alya memang masih kecil. Tapi mekanisme didikan yang bagaimana mahu saya terapkan? Kiri atau kanan. Liberal atau pluralis. Mungkin dalam dengkur saya malam ini akan saya perolehi ilham. Ah! kantuk menyerang biji mata saya. Jika tiada ilham dalam dengkur saya, esok seusai solat subuh akan saya fikirkan kembali.
P/S: kami merancang untuk ke i city malam tadi. Bawa alya jalan-jalan tengok lampu lip-lap. Namun apa yang dirancang tidak kesampaian. Suri pula tidak berapa sihat badannya. Jadi program ke i city bertukar kepada program membawa suri ke klinik. Suami mana yang tak sayang isteri. Badrul Muhayat saja yang sanggup pukul bini.
Subscribe to:
Posts (Atom)











































