Sunday, June 02, 2013

[Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin]




Cerapan anjung minggu. Masjid ini sudah jadi distinasi biasa kala berhenti menunaikan solat waktu bertamu ke Putrajaya. Saya tidak mampu untuk bercerita tentang arkitektur dan senibinanya, samaada berperi moor atau timur tengah atau nusantara. Ia cantik di mata saya pastinya, dan itu sudah cukup. Saya bukanlah jurufoto yang bagus merakam momen. Namun bila berpeluang, pasti ada beberapa keping gambar yang saya abadikan dalam cakera keras. Itu sahaja. Walaupun ruang untuk merakam terhad lantaran bersama saya dua orang putri saya.
Noktah.
Suasana margrib waktu ini agak meriah. Cuti sekolah. Jemputan walimah melata. Lalu ramai yang singgah menunaikan yang fardu. Jemaah lokal kebanyakkannya rasa saya. 

[Projek Anjung - Fasa 2]


Sudah menghampiri satu bulan. Keadaan masih belum banyak berubah. Kata si kakak kala melihat rumah kami, 'rumah kita dah patah'. Kadangkala menuntut kesabaran. Terutamanya mahu mencari parkir usai pulang dari kantor. Apa-apapun tidak sabar melihat ianya siap.

ps: mohon abaikan saja gaya comel si alya tu ya.

Tuesday, May 21, 2013

Senyumlah


Senyumlah. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah. Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat… akan tekad mencari arah untuk terus mengalir

Monday, May 13, 2013

[Projek Anjung 13 Mei 2013-Siri 1]


13 mei 1969 api perkauman bertiup di swarnabumi ini.

13 mei 2013 saya bersama jiran & sahabat saya berbangsa cina, Mr Tan bersama-sama berkongsi membuat renovasi bumbung rumah bermula pagi ini.
Dapat harga murah kata beliau.
Kontraktor yang sama renovasi rumah beliau dahulu.
Saya nampak hasil kerja yang kemas.
2 orang pekerja mungkin dari ras bangla & seberang (saya berbaik sangka dengan status warganegaranya)
Jaman sekarang isu perkauman sudah lama dimakamkan.
Jaman ini jaman yang baik lawan yang jahat waima sipelaku sebangsa seagama dengan kita.
Jahat dan baik ada dalam setiap kaum.
Pilih yang baik, lawan yang jahat.

13 mei 2013. Suburkan cinta pepagi ini.

Monday, April 29, 2013

Sekilas di jantung kota





Sekilas di jantung kota
di sisi setiap rinci turun naik nafas
gelojak jiwa
kosong
airmata
bencana datang bergulir
dari guruh dan petir

Hasil di anjung minggu


Dua lensa dan buku-buku. 2 hari yang menghimpun lelah. Sabtunya saya, suri dan si kakak, Insyirah ke pesta buku kuala lumpur. Ada beberapa buku yang sudah ada dalam senarai saya untuk saya beli, sebahagian besarnya dari penerbit-penerbit bebas. Suri pula dengan novel-novel malar cinta dari toko-toko buku besar karangkraf dan PTS. Insyirah pula kami belikan buku yang sesuai dengan level dia. Cukup semua kami beransur pulang. Manusia semakin ramai, ditambah dengan rombongan sekolahnya lagi. Cukuplah hampir 2 jam di sana. Selepas ini tugas yang paling ruwet adalah mengkhatamnya. Moga-moga usai sehingga PBAKL tahun hadapan.
Noktah.
Esoknya yang keluar mencari lensa. Tujuan cuma mahu membeli lensa sudut luas (wide angle lens), 'conversion' tu tak masuk dalam senarai, tapi rasa macam berguna langsung turut saya beli. Kini dalam rangkaian lensa sudah ada 'prime', 'ultra wide angle' dan 'wide & macro converter'. Hampir lengkap sudah.
Noktah.

Wednesday, April 24, 2013

Mangga


Mangga. Jika buah enaklah dimakan. Ini mangga besi. Pemisah, dan penyelamat luar dan dalam. Kadang buat kita rasa selamat. Namun selalu kita lupai yang memegang hati-hati kita. Allah adalah kunci segala-segala yang ada. Kunci kepada segenap masalah yang datang yang juga kita rasa amat ruwet mau dirungkaikan. Anak kuncinya adalah iman. Paksinya syahadah yang agung. 

Tuesday, April 23, 2013

Peace!!!!


Musim pilihan raya. Rakyat memilih. Pemimpin yang dipilih. Jangan gelorakan rasa benci. Tolak perasuah dan pelucah. Rencanakan yang terbaik untuk 5 tahun lagi. Waktu itu Insyirah sudah 9 tahun. Masih belum layak mengundi lagi. Namun ubahlah sekarang. Ubah demi masa depan yang gemerlapan cahayanya. Demi Malaysia yang baru. Sirna yang gemilang. Namun Allah jua yang maha mengetahui. 
"Dan mereka merancang, Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik-baik perancang". (Surah al Imran ayat 54)

Waktu itu Insyirah sudah 9 tahun. Masih belum layak mengundi lagi.

Tuesday, April 16, 2013

eskalator


Ada yang memilih menuruni tangga. Ada yang selesa dengan kudrat kaki. Namun ramai yang memilih ini, jika diberi pilihan. Biarlah kita bebas memilih. Turun maupun naik. Tiada siapa yang melarang.
Noktah

Saturday, March 30, 2013

Pesta Belon Udara Panas Putrajaya



Gambar ini dirakam di simpang empat presint 2 kala lampu trafik masih merah. Kebetulan saya dan famili ke sini dengan tujuan mahu ke taman permainan di putrajaya. Namun hujan turun sore tadi lantas merencatkan rancangan kami. Mahu mencari parkir tapi nampaknya sesak dengan pengunjung, dan saya tidak betah untuk membawa anak-anak dalam keadaan begini. Jadi sayup-sayup dari motokar sajalah. 
Terima kasih kerajaan barisan nasional atas pesta ini. Sungguh besar jasa kalian membawa belon-belon ini untuk tatapan rakyat secara percuma. Pakatan Rakyat belum tentu dapat membawa belon-belon ini ke putrajaya. Long Live Be END....

Friday, March 29, 2013

Isi dan Raga




Mereka isi dan raga ku
Menjana kekuatan ku kala gundah
Teman ceria ku kala murung
Mereka memberi ku tujuan atas kelana ini

Sunday, March 24, 2013

Bonda


segalanya jelas
dari segenap rasa
membuhul kasih
betapa tak terhempang jasamu
dari setiap renta diwajahmu
bonda
dari kecil tapak tangan ku
hingga dewasanya aku
manakan sama kasih ku
dengan kasih mu
tanpa beza
bonda
ku titip segala doa
buat dirimu

Sunday, March 10, 2013

Raudah



Allah masih sudi menguji kita


“Anakku, kita akan terus diuji. Beruntunglah kerana ujian ini masih ada. Allah masih sudi menguji kita. Hidup masih berbaki. Kalau gagal, kita masih berpeluang untuk mengulang. Mencintai syurga bukan bererti meminggirkan dunia… kerana ada ‘syurga’ di sini, yang wajib kita miliki sebelum layak menikmati syurga di sana.”

“Syurga di hati kita…”

“Yang ditempa oleh setiap hamba Allah yang sejati… dengan keringat, dengan air mata dan sesetengahnya dengan darah. “

“Hidup di dunia untuk menderita?”

“Tidak anakku… hidup di dunia untuk diuji. Kita akan tenang, berjaya dan bahagia selagi Allah ada di hati kita. Ingat, ‘all is well’, kerana semuanya dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila diuji, jangan katakan.” ya Allah, ujian-Mu sangat besar. Tetapi katakan, wahai ujian, aku ada Allah yang Maha besar.”

‘Allah is bigger than your problems… insyaAllah, all is well!’ . Tetap adalah lautan kasihNya di sebalik ujianNya yang setitis.


- dari blog genta rasa -

Tuesday, March 05, 2013

hitam + putih = simbol



Boleh sahaja kita memilih simbol demi simbol yang merata keliling kita. Kanan kiri depan belakang. Kita bebas memilih. Dan merdeka untuk wisata kemana suka. Bila muncul sosok yang mahu menjarah keamanan ini kita lantas marah dan baran. Menuntut hak yang sudah jadi sejarah. Kedaulatan dan sempadan ini perlu dijaga. Ada maruah di situ. 

Tuesday, February 19, 2013

Kecil kakinya melangkah


Kecil kakinya melangkah.
Tapak demi tapak.
Susuri perjalanan hidup ini.
Simpang dan siurnya.
Dalam warna.
Indahnya dunia ujana mata
Dengan cinta dan air mata
Anak
Kelak kamu akan dewasa
Akan kau ketemu makna
Setiap derap langkah
Setiap desir pawana
Kucuplah bumi Tuhan
Tundukkan wajah mu kebawah
Dengan nyala syukur
Alhamdulillah....


Sunday, February 17, 2013

Buih dari secangkir teh


Sore Paradigm Mall


Insyirah @ J Kids Paradigm Mall






Raudhah @ J kids Paradigm Mall






Pagi 12 Februari lalu kami membawa 2 putri kami ke taman. Namun lokasinya terletak didalam pasaraya besar, dan berbayar pula. Namun beberapa kali janji yang tidak saya tepati (lantaran hujan) untuk membawa mereka bermain di taman. Ruang permainan begini sudah jadi satu bisnes pula hari ini. Tapi sekali-sekala saja kami bawa mereka ke sini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...