Setiap segi semetri jambatan putra dari kaca lensa yang dirakam waktu terik mentari memijar. Saya ke Putrajaya lagi. Kali ini seorang diri. Malam merdeka sebelumnya Putrajaya dihujani cahaya bunga api. Namun saya tidak berkesempatan untuk pergi (saya amat jarang hadir di program yang perlukan saya bersesak-sesak begitu). Kebebasan dan ketenangan merakam itu cara saya. Apapun ini hidangan saya yang tidak seberapa.
Monday, September 02, 2013
Thursday, August 29, 2013
Thursday, August 22, 2013
[ Erti Bahagia ]
“Kebahagiaan yang diukur dari hartan yang melimpah bukanlah sesuatu yang salah. Namun berucap syukur atas apapun yang telah Tuhan beri adalah kebahagiaan sejati.”
Apa erti bahagia. Definisi bahagia itu sudah subjektif. Barangkali. Adakala wujud secara zahir. Kadangkala hadir secara batin. Keamanan yang kita hirup di bumi malaysia ini juga bahagia. Bagi sesetengah orang. Bangun pagi dengan tenang, meneruskan rutin harian. Sama ada ruwet atau tidak. Hidup tanpa rencam. Lurus saja. Ikut konotasi masing-masing.
Ada juga sampai waktu-waktu sulit dan rencam mengundang jiwa untuk diuji. Bahawa Ilahi masih memandang kita. Apa tingkah kita. Lalu hampir dengan kita setiap saat.
'Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya' -Al-kahfi ayat 7-
|
Benarlah. Kita masih belum bahagia jika belum diuji. Bumi Mesir dibakar api khianat si munafik. Bumi Sham pula diracun senjata kimia. Dunia datang kepada mereka dalam keadaan yang hina. Namun pergi mengadap Tuhannya dengan penuh bahagia. Kurnia apakah yang lebih besar daripada syahid bagi orang awam yang tidak maksum ini. Syahid yang tidak dijumpai oleh Saidina Khalid al-Walid kendati badannya penuh digaru mata-mata pedang musuh.
Bahagialah buat mereka yang
di uji. Sesungguhnya Allah sedang memandang mereka. Sesungguhnya Allah
senantiasa dekat di hati-hati mereka.
'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?' -Al-ankabut ayat 3-
|
Sunday, August 18, 2013
[ Momen - Syawal 1434H ]
Merakam gelagat 2 putri kesayangan di sore idul fitri. Keletah mereka jadi sebahagian dari perca-perca keindahan di lebaran ini.
Saturday, August 03, 2013
Denyar kering kala Ogos
Ramadhan hampir di hujung. Ogos ini. Hujungnya Ramadhan. Denyarnya patut kian cemerlang dari biasa. Tidak pada orang lain. Pada diri ini yang acap kali lalai.
Foto ini mungkin sekadar hiasan. Namun dari wajah polos si putri berdua ini menyimpan rona jiwa penuh warna. Ada senyuman yang indah dan kekar di situ.
Noktah
Ramadhan hampir di hujung. Perbanyakkan mohon ampunan dari ALLAH. 'Allahumma inna nasaluka ridho kawaljannah'
Tuesday, July 23, 2013
Merenung Birunya Langit
Dengan hikmah jiwa berkelana
Suburnya hati mendamba cinta Ilahi
Tanah ini tempat singgahan
Benihnya kita tuai di sini
Hasilnya kita pungut di akhirat sana
Atas mizan-Nya kita kumpul segalanya
Berapa beratnya
Tidak mengapa kakimu sakit
Asalkan hatimu sihat
Hati yang sakit
Buat kita hilang tujuan dan harapan
Monday, July 22, 2013
Sunday, July 21, 2013
[Projek Anjung - Fasa 4]
Sudah julai. Ramadhan hadir mengetuk pintu jiwa kita. Namun projek anjung kami masih belum ke penghujung. Nampaknya masih ada lagi fasa yang akan kami lalui.
Noktah
Coretan-coretan di sini sudah berapa minggu saya tinggalkan. Kadangkala rentetan dari urusan dunia saya yang sebuk. Urusan dunia yang tidak pernah noktah. Akhirnya sekolah ramadhan datang. 1 ramadhan hadir dihari ulang tahun kelahiran saya. Tanpa saya sedar ini juga satu bentuk muhasabah diri. Bertanya kepada diri berapa banyak usia saya ini dilaburkan untuk bekal di yaumul mahsyar. Amat sikit rasanya. Bergelumang segala noda. Sedar maupun tidak. Usia boleh dikira. Urusan mati pula milik Allah.
"wahai Allah radholah aku dengan rahmat syurga-Mu. Lindungilah aku dari azab siksa api neraka-Mu"
Amin ya Rabbal A'lamin.
Tuesday, June 25, 2013
Buai laju-laju
Bismillah
Saat jerebu datang
Kita rindukan udara nan bersih
Namun adakah kita lebih perlukan udara
bersih daripada kita perlukan Allah
Kalau hidup tanpa Allah apalah guna kita
hidup
Hati akan mati, hidup hilang erti
TanpaNya kita akan hilang arah dan diri
sentiasa gelisah
Jiwa akan sentiasa terasa kosong
Sekalipun punya nama, rupa dan harta
Buai laju-laju
Hingga anjung sana
Apa sebab jerebu
Lupa pada yang Esa
Sunday, June 23, 2013
Friday, June 21, 2013
Sunday, June 16, 2013
Simbolisme
Simbol bukan sekadar penunjuk arah. Kadang juga ia jadi lubuk ekspresi. Ekspresi soal gelegak jiwa massa. Ada yang berani berdepan-depan. Ada juga (bahkan ramai) cuma di belakang tabir. Tiada terzahir. Seperti simbol-simbol ini. Betapa simbol juga punya magisnya tersendiri. Ada yang langsung haram di pamer. Swastika misalnya. Jika di barat takut di cop anti semetik.
Noktah.
Saya menyelami simbol-simbol ini. Ada rasa amarah si pembuat. Yang melihat juga menyelami dan menaakul. Ruang-ruang yang kecil tapi besar maksudnya.
Noktah.
Simbol agama yang kita guna. Di mobil contohnya. Muslim. Ada stiker selawat atau ayat Quran dengan gaya khat yang cantik. Ditampal di cermin belakang atau depan. Penyeri kononnya. Jika si pemandunya berhemah tinggi di atas jalanraya, alhamdulillah. Itulah cerminan seorang muslim yang baik. Namun kalau sebaliknya, langgar lampu merah, memandu ikut suka kepala bana. Jadi atas nama apa yang kita bawa. Nama Islam?. Sila buang apa jua simbol-simbol agama yang nampak cantik itu jika akhlak si pengguna simbol itupun.....
Noktah.
Wednesday, June 12, 2013
Rabu tanpa kata
Allah tidak akan menutup pintu keampunanNya dan kunci pintu keampunan itu harapan.
Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan.
Dan selagi ada perjuangan, selagi itulah peluang untuk menang sentiasa ada.
Keep hope a life!
Sentiasa hidupkan harapan
Sunday, June 09, 2013
Jangan sesekali lelah
"Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila" -kata inspirasi dari ust Pahrol Mohamad Juoi-
Jangan sesekali lemah apabila di jalan yang benar. Waima kita bersendiri dikelilingi kebatilan. Pahitnya perjuangan, manisnya kemenangan. Tanpa mengharapkan piala habuan yang sedikit. Teruskanlah berjalan. Buat lah yang baik-baik saja.
Saturday, June 08, 2013
Wednesday, June 05, 2013
Sunday, June 02, 2013
[Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin]
Cerapan anjung minggu. Masjid ini sudah jadi distinasi biasa kala berhenti menunaikan solat waktu bertamu ke Putrajaya. Saya tidak mampu untuk bercerita tentang arkitektur dan senibinanya, samaada berperi moor atau timur tengah atau nusantara. Ia cantik di mata saya pastinya, dan itu sudah cukup. Saya bukanlah jurufoto yang bagus merakam momen. Namun bila berpeluang, pasti ada beberapa keping gambar yang saya abadikan dalam cakera keras. Itu sahaja. Walaupun ruang untuk merakam terhad lantaran bersama saya dua orang putri saya.
Noktah.
Suasana margrib waktu ini agak meriah. Cuti sekolah. Jemputan walimah melata. Lalu ramai yang singgah menunaikan yang fardu. Jemaah lokal kebanyakkannya rasa saya.
[Projek Anjung - Fasa 2]
Sudah menghampiri satu bulan. Keadaan masih belum banyak berubah. Kata si kakak kala melihat rumah kami, 'rumah kita dah patah'. Kadangkala menuntut kesabaran. Terutamanya mahu mencari parkir usai pulang dari kantor. Apa-apapun tidak sabar melihat ianya siap.
ps: mohon abaikan saja gaya comel si alya tu ya.
Saturday, June 01, 2013
Tuesday, May 21, 2013
Senyumlah
Senyumlah. Tidak payah banyak cakap. Tidak tunggu sihat, orang beriman ketika sakit pun masih mampu berdakwah. Dakwah itu umpama akar, yang lembut dan keras dapat ditembusinya. Dakwah itu umpama air, tidak dapat disekat… akan tekad mencari arah untuk terus mengalir
Monday, May 13, 2013
[Projek Anjung 13 Mei 2013-Siri 1]
13 mei 1969 api perkauman bertiup di swarnabumi ini.
13 mei 2013 saya bersama jiran & sahabat saya berbangsa cina, Mr Tan bersama-sama berkongsi membuat renovasi bumbung rumah bermula pagi ini.
Dapat harga murah kata beliau.
Kontraktor yang sama renovasi rumah beliau dahulu.
Saya nampak hasil kerja yang kemas.
2 orang pekerja mungkin dari ras bangla & seberang (saya berbaik sangka dengan status warganegaranya)
Jaman sekarang isu perkauman sudah lama dimakamkan.
Jaman ini jaman yang baik lawan yang jahat waima sipelaku sebangsa seagama dengan kita.
Jahat dan baik ada dalam setiap kaum.
Pilih yang baik, lawan yang jahat.
13 mei 2013. Suburkan cinta pepagi ini.
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
Sekilas di jantung kota
Sekilas di jantung kota
di sisi setiap rinci turun naik nafas
gelojak jiwa
kosong
airmata
bencana datang bergulir
dari guruh dan petir
Hasil di anjung minggu
Dua lensa dan buku-buku. 2 hari yang menghimpun lelah. Sabtunya saya, suri dan si kakak, Insyirah ke pesta buku kuala lumpur. Ada beberapa buku yang sudah ada dalam senarai saya untuk saya beli, sebahagian besarnya dari penerbit-penerbit bebas. Suri pula dengan novel-novel malar cinta dari toko-toko buku besar karangkraf dan PTS. Insyirah pula kami belikan buku yang sesuai dengan level dia. Cukup semua kami beransur pulang. Manusia semakin ramai, ditambah dengan rombongan sekolahnya lagi. Cukuplah hampir 2 jam di sana. Selepas ini tugas yang paling ruwet adalah mengkhatamnya. Moga-moga usai sehingga PBAKL tahun hadapan.
Noktah.
Esoknya yang keluar mencari lensa. Tujuan cuma mahu membeli lensa sudut luas (wide angle lens), 'conversion' tu tak masuk dalam senarai, tapi rasa macam berguna langsung turut saya beli. Kini dalam rangkaian lensa sudah ada 'prime', 'ultra wide angle' dan 'wide & macro converter'. Hampir lengkap sudah.
Noktah.
Wednesday, April 24, 2013
Mangga
Mangga. Jika buah enaklah dimakan. Ini mangga besi. Pemisah, dan penyelamat luar dan dalam. Kadang buat kita rasa selamat. Namun selalu kita lupai yang memegang hati-hati kita. Allah adalah kunci segala-segala yang ada. Kunci kepada segenap masalah yang datang yang juga kita rasa amat ruwet mau dirungkaikan. Anak kuncinya adalah iman. Paksinya syahadah yang agung.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































