Noktah
Usai membawa si kecil alya ke klinik. Kendati hujan masih lagi belum puas memandikan bumi. Menyapa kami dengan kedinginan.
Pulang dari kantor, dengan panahan terik matahari, meluncur disebelah sebuah bentley. Rakyat malaysiapun ada yang mampu pakai bentley. Benz atau BMW memang biasa sangat. Tapi bentley. Memang pemakainya punya citarasa tinggi. Aku? memang sampai hujung nyawapun takkan merasa nak pakai kereta mewah ni. Kecuali aku dapat kontrak jual pasir atau seludup minyak ke negara jiran, atau aku ni salah seorang pemain bola liga perdana inggeris. Sesekali terbang ke awan apa salahnya. Melayan mimpi marhean kota.Jiwa ini yang kekar
Terlontar ke mandala rindu
Namun tetap setia menanti mu
Datang mengetuk pintu hati
Berikan pada ku seberkas pesonamu
Untuk ku buka jendela sepimu
Saat camar mengacah ombak
Dengan balada syukur syahdu
Sekeping nota ku tinggalkan
Sebelum ku pergi beribu-batu
Kelak kau akan mengerti
Rahsia hatiku
Sungai Besi, Kuala Lumpur
Bertukang di laman kata
Dengan alas pengalaman lampau
Maksud yang tersurat dan tersirat
Gapuranya luas terbentang
Ujana mata
Tak tertampan indahnya
Tak tertahan rindunya
Sungai Besi, Kuala Lumpur
Tika pawana berdesir dengan kalam mujarad
Tungkas menyirat nirmala ke luar jendela
Nilam yang bersinar kirana
Kaku dipasak banir
Lalu daun-daun rontok menikam
Andai itu takdirnya
Kembara ini akhirnya
Menyimpan ranting-ranting hidup
Penyambung kehidupan
Waima dalam rona yang rusuh
Menggugah jiwa
Teguh dalam bicara yang kelu
Sungguh
Ranting ini bicara tentangnya
Bukan yang pertama
Sungai Besi, Kuala Lumpur

"Tak payah nak menegakkan benang yang basah, kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu. Jadi pada saya tak payahlah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah.
"Nak ambil yang ciri-ciri positif sahaja boleh, tapi tak perlulah nak dijadikan idola," katanya kepada hadirin dan pengunjung pusat beli belah yang sebahagian besarnya terdiri daripada para remaja.
-utusan malaysia-
Komen: Tiada sebab untuk artis (sebut: artis hiburan) menjadi idola rakyat. Diangkat dan dijulang di mata masyarakat sebagai idola. Memang ada artis yang bagus. Namun ia bukan neraca untuk di nobat setinggi itu. Kita ada negarawan yang boleh dijadikan ikutan. Dunia artis (sekali lagi sebut: artis hiburan) adalah dunia hibur semata, fantasi di peti tivi dan corong radio.
Jemari kecil ini
Sedang mengira-ngira rahsia hati
Yang bersimpuh malu di pangkuan diri
Sedang layarnya dielus pawana rindu
Lalu seulas senyuman terukir indah
Dari gerak jemari menari
Menukil bait-bait cinta
Serta segumpal mega yang berbaring di dada langit
Saat senja menoleh keseberang zat yang tak terhitung
Menuju samudera luas
Mencari salasilah diri
Jemari kecil ini
Nantinya akan membelah zaman
Diatur takdir
Dengan nafas bahagia