Bila datang satu peluang; dan peluang itu cuma datang sekali sahaja seumur hidup. Mahu dilepaskan; sambil menunggu peluang-peluang lain datang ataupun terus mencuba.
Sudah banyak peluang yang saban waktu dan ketika hadir dalam kehidupan. Namun segalanya cuma bermain-main dalam kotak impian. Dan hari seterusnya didatangi dengan satu lagi peluang yang baru.
Mencari peluang memang susah, ditambah dengan kecemburuan masa yang tak sudah-sudah. Tapi bila peluang itu datang, terkandas di tengah jalan, terus dilenyek mobil yang menderu laju.
Masihkah ada peluang di hari depan?
Peluang akan sentiasa datang dalam hidup. Bagaimana figuranya atau bila ia akan mengetuk ruang hidup kita; cuma yang diatas sana yang tahu.
Kehidupan ini adalah satu peluang. Selagi masih bernyawa, peluang untuk bertaubat masih ujana terbentang. bertaubatlah sementara ada peluang. Kerana bila Izrail datang menepuk bahu; tiada guna peluang yang ada.
No comments:
Post a Comment