Cerita malam syawal ke-4. Tahlil kecil-kecilan sempena pernikahan bapa saudara kami yang tercinta, pakcik Leman. Tak sangka juga adik lelaki emak ini bakal menamatkan zaman bujang takkala sudah berpangkat tuk 'Yang' pada cucu-cucu saudaranya. Kerja Allah penuh rahsia. Raut wajahnya bersimpul dengan debaran menunggu hari esok.
Monday, September 03, 2012
Monday, August 27, 2012
Syawal 1433h | Irdina si mata bulat
Si mata bulat menyambut syawal pertamanya. Senyuman yang penuh. Memenuhi piala hati. Sekeping hati tulus. Tulus ikhlas. Ikhlas merekah jiwa. Jiwa yang tenang. Tenang air di kali. Air yang dingin. Dingin yang asyik.
Syawal 1433h
Ramadhan akhirnya melabuhkan tirai. Syawal pula mengambil tempat. Seperti biasa ada rakaman lensa dari kami. Tahun ini sudah bertambah seorang lagi. Tahun depan siapa tahu.
Sunday, August 12, 2012
Saturday, August 04, 2012
Dari Kuala Lumpur ke bumi Mesir
Sebelum berangkat
Mak dan Zaki
Lorong yang memisahkan kami
Selamat tinggal
Dari raut wajahnya saya yakin dia bakal jadi seorang da'i. Sungguh saya yakin sepenuh hati. Seluruh al-Quran sudah di hati. Cuma kini mahu dimantapkan lagi. Bumi Mesir yang diberkati tuhan. Bumi Musa dan Yusuf. Bumi lahirnya Ikhwanul Muslimin. Bumi revolusi Tahrir. Kocak Nil dan puing-puing piramid. Tinta tidakkan cukup jika mahu ditulis sejarahnya satu-persatu.
Allah, berkatilah anak ini, seperti Engkau berkati bumi mesir sekian lama dahulu.
Wednesday, August 01, 2012
Monday, July 30, 2012
Ini kalam Allah
Tahun ini tiada entri awal menyambut Ramadhan Kareem. Namun tiada langsung niat dihati ini menidakkan kedatangannya. Nyatanya Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah esok masuk hari yang ke-11 berpuasa. Syukur masih lagi diberi peluang meneguk sumur segar penuh barakah dibulan mulia ini. Amal sepatutnya sudah kian cergas, bukan bermalasan lagi.
Tahun pertama ramadhan di Tasik Prima. Alhamdulillah surau untuk ahli karyah di sini sempat juga merasa menunaikan solat fardu dan tarawih, waima pembinaannya masih lagi berjalan, manakala kosnya pula masih lagi kurang.
Ramadhan kali ini dihidangkan dengan santapan ujian sukan olimpik. Manakala pasukan dari liga inggeris sebuk pula nak adakan perlawanan persahabatan dengan tim negara. Namun saya cuba bersangka baik pada peminat sukan tanahair. Puasa dan terawih harap tidak dilupakan. Amin..
Ramadhan kali ini saya cuba istiqmahkan diri mentaddabbur al-Quran, bukan setakat khatamkannya. Membaca beberapa helai mukasurat sehari berserta terjemahan. Mengambil ibrah daripada-Nya. Moga Allah membantu. Amin.
Syukur Allah atas nikmat ini. Nikmat Ramadhan yang tidak terhempang arus rahmatnya. Telah banyak Allah mengabulkan doa-doa insan kerdil ini. Waima sebahagian besar doa-doa yang dititipkan telah dilupai. Maha besar Allah. Hamba-Mu ini tunduk malu pada-Mu. Ya rabbil a'lamin.
Sunday, July 29, 2012
Monday, July 23, 2012
Sunday, July 22, 2012
Saturday, July 21, 2012
Saturday, July 14, 2012
selamat malam 14 julai 2012
Gambar penutup malam ini. Dingin saja cuacanya. Siang tadi jenuh dengan aktiviti luar. Dua puteri telah pun beradu. Esok masih banyak sisi dunia untuk mereka teroka. Moga segalanya dapat mencerna akal fikir.
Thursday, July 12, 2012
Wednesday, July 11, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Mencari makna diangka 32
3 dasawarsa sudah saya lawati. Kini tahunnya mula beranjak. Menuntun usia yang kian renta. Apa pengalaman yang telah dikutip. Entah. Kehidupan saya tidaklah sebegitu dramatik seperti sesetengah orang, jauh lagi jika mahu di kacativikan. Yang ada hanya kata syukur pada tuhan atas usia ini. Masa yang berjalan. Kehidupan yang penuh keyakinan dan liku-liku curam. Saya hamparkan seluruh nyalarasa ini dengan syukur pada Allah atas kasih sayang dan rahmat-Nya.
Monday, July 09, 2012
Mencari masa untuk mengisi ruang yang sudah lama tidak diisi
Lama rasanya diri saya tidak diulit dengan bahan-bahan bacaan, samada bacaan jenis ilmiah, separa ilmiah, bacaan ringan atau berat, atau kosong tanpa punya apa-apa makna. Mungkin saya perlu membaca semula. Rujukan di alam maya tidak segalanya absah. Banyak yang perlu disaring. Meninggalkan dunia maya amat sukar untuk saya. Sering juga menerima teguran dari suri. Eskapisme mungkin. Ecstasy untuk saya keluar. Memulakan semula minat menulis. Puisi utamanya. Lavanya masih mengalir. Namun kadangkala hujan turun jadikannya keras. Idea demi idea kian membungkus. Aksara-aksara mulai mengecil. Anak-anak mula ajak saya melayan kerenah mereka. Suri mohon bantu urusan lauk-pauk, baju dan (shopping!!!). Memilih jenis bacaan bersastera tinggi tak termampu retina saya menatapnya sekarang ini. Menulis seperenggan ayat atau sebari puisi sudah jadi payah. Namun saya mahu cuba mulakannya semula. Walaupun dengan satu berkataan.
p/s : Pesta buku selangor adalah langkah mula saya. Namun berapa lama pula dapat saya khatam semuanya.
p/s : Pesta buku selangor adalah langkah mula saya. Namun berapa lama pula dapat saya khatam semuanya.
Sunday, July 01, 2012
Wednesday, June 27, 2012
ASUS
Sesuatu yang punya nilai sentimental amat sukar untuk cuba dilupakan. Apatah lagi memilikinya waktu-waktu sukar kala mula-mula membina kehidupan selepas graduasi. Komputer riba model ASUS ini antara beberapa cerita yang menjadi kelangsungan kehidupan saya secara peribadi. Antaranya menjadi sebab saya memiliki kad kredit. Kebetulan antara kerjaya awal saya kala itu adalah sebagai pegawai kecil di institusi perbankan riba tersohor tanahair. Lantas di situ ada sedikit keistimewaan yang diberikan pihak bank untuk pekerjanya memiliki kad kredit secara mudah. Hidup dan mencari rezeki di metro kota mana mungkin dapat mengumpul tunai yang banyak sekali gus untuk memiliki barang idaman. Jalan mudah adalah dengan cara berhutang. Makan tahun juga untuk melangsaikannya. Apatah lagi harganya agaklah mahal, dengan spesifkasi yang terbaik waktu itu. Akhirnya sudah hampir 7 tahun. Sudah beberapa kali dihantar kedai untuk baik pulih dan 'upgrade'. Masih boleh berfungsi dengan baik waima sudah tidak seiring dengan perkembangan teknologi terkini. ASUS saya ini menggunakan prosesor Intel Pentium M. Sekarang mungkin tiada lagi yang menggunakan prosesor ini yang sudah beralih kepada Intel i3, i5, i7 dengan turbo booast. Malahan telefon pintarpun lebih kedepan teknologinya.
Seperti yang saya katakan awal tadi, nilai sentimental ini melangkaui zaman. Zaman berubah, teknologi berevolusi. Namun ingatan pada sesuatu yang kita amat hargai akan kekal selamanya. Biarpun seberapa besarnya cakera keras, dan seberapa lajunya RAM dan prosesornya.
Entah kenapalah malam ini saya beremosi fasal komputer riba pula.
P/s: catatan ini saya taip menggunakan komputer riba yang sama sejak 7 tahun lepas di blog yang sama.
Noktah.
Monday, June 25, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)





































